26/10/2026
PROGRAM REKA CIPTA SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
📅 25 Oktober 2026 | Ahad
📌 Dewan 2020
SMK Derma menerusi penyertaan murid-murid Kelab Alam Sekitar dengan bimbingan guru penasihat, Cikgu Nuraini dan Cikgu Norhafizah, telah berjaya meraih Anugerah Saguhati melalui penghasilan produk inovasi SENCOBIN (Sensor Eco Dustbin) – Tong Sampah Kitar Semula Pintar. ♻️💚
Inovasi ini menggabungkan teknologi sensor automatik dan penggunaan bahan kitar semula bagi menggalakkan amalan kitar semula, meningkatkan kesedaran alam sekitar serta memupuk budaya kelestarian dalam kalangan murid.
Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat serta guru pembimbing atas komitmen dan usaha yang dipamerkan.