Media Dakwah Perlis

Media Dakwah Perlis 1pemikiran,1perasaan,1peraturan hidup yakni ISLAM Bagi sesiapa yang berminat mengikuti halaqah hizb,sila hubungi syabab hizb untuk keteranagn lanjut .....

08/07/2020

Penjarakan Dalam Solat Adalah Bidaah, Penguasa Menanggung Dosa

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Segala puji hanya milik Allah (swt). Selawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada Rasulullah (saw), keluarga dan para sahabat baginda serta orang yang mengikuti baginda. Wa ba’du.

Kepada semua orang yang mengirimkan kepada saya pertanyaan tentang penjarakan dua meter di antara Makmum dalam solat berjemaah dan solat Jumaat…Mereka mengatakan bahawa para penguasa di beberapa negeri kaum Muslimin menutup masjid-masjid, dan ketika mereka membukanya, mereka mewajibkan orang-orang yang solat untuk saling berjauhan dengan jarak dua meter…Penguasa ini menjustifikasi perkara ini bahawa orang yang sakit itu ada keuzuran, dan boleh solat sambil duduk. Jadi, boleh diqiyaskan bahawa ia boleh duduk dengan jarak dua meter daripada orang di sebelahnya, walaupun ia tidak sakit, tetapi ia khuatir adanya penyakit, maka ia kena menjaga jarak…Mereka tertanya-tanya, apakah boleh penguasa mewajibkan orang-orang yang solat untuk saling berjauhan menurut jarak yang telah disebutkan di atas? Atau, apakah penjarakan ini merupakan suatu bidaah, yang mana penguasa akan menanggung dosanya? Para penanya mendesak untuk mendapatkan jawapan segera…

Sebagai jawapan atas pertanyaan-pertanyaan mereka, saya katakan dan dengan taufik dari Allah (swt):

Kami telah mengeluarkan lebih daripada satu jawapan mengenai bidaah. Seandainya para penanya merenungkannya nescaya jelas untuk mereka akan jawapan bahawa penjarakan sebagaimana yang disebutkan itu adalah bidaah yang mana penguasa akan menanggung dosanya jika mereka mewajibkan masyarakat untuk solat dengan penjarakan tersebut. Penjelasannya adalah sebagaimana berikut:

[[…bidaah adalah menyalahi perintah asy-Syari’ (Allah) yang dinyatakan kaifiyat (tatacara) penunaiannya. Bidaah secara bahasa seperti dinyatakan dalam Lisan al-Arab:

“المبتدع الّذي يأتي أمراً على شبهٍ لم يكن…، وأبدعت الشّيء: اخترعته لا على مثالٍ”

(al-mubtadi’ alladzi ya’ti amran ala syubhin lam yakun…, wa abdata asy-syai’a: ikhtaratahu la ala mitsalin)

Orang yang melakukan bidaah adalah orang yang melakukan suatu perkara menurut kemiripan yang belum ada…, anda melakukan bidaah: anda melakukan inovasi (sesuatu yang baru) yang tidak menurut contoh.

Bidaah itu secara istilah juga demikian, yakni di situ ada contoh yang dilakukan oleh Rasulullah (saw) dan seseorang Muslim itu melakukannya dengan menyalahi contoh tersebut. Jadi, bidaah bererti menyalahi tatacara syarie yang telah dijelaskan oleh syarak untuk menunaikan perintah menurut syarak. Makna ini ditunjukkan oleh hadis:

[وَمَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ» [البخاري ومسلم»

“Siapa saja yang melakukan perbuatan yang tidak ada ketentuan kami atasnya maka ia adalah tertolak” [HR al-Bukhari dan Muslim, dan ini adalah lafaz al-Bukhari].

Demikianlah, siapa sahaja yang sujud tiga kali dalam solatnya dan bukannya sujud dua kali, maka dia telah melakukan bidaah, kerana dia menyalahi perbuatan Rasulullah (saw). Siapa sahaja yang melontar jamrah lapan kali lontaran, bukannya tujuh kali, di Mina, maka dia telah melakukan bidaah, kerana dia telah menyalahi perbuatan Rasulullah (saw). Siapa sahaja yang menambah lafaz azan atau menguranginya, maka dia telah melakukan bidaah, kerana dia telah menyalahi azan yang ditetapkan oleh Rasulullah (saw).

Bagaimanapun, menyalahi perintah asy-Syari’ yang tidak dinyatakan tatacaranya, maka itu termasuk dalam bab hukum-hakam syarak. Ia akan dikatakan haram, makruh dan sebagainya, jika ia termasuk dalam Khithab Taklifi, atau dikatakan batil, fasad dan sebagainya, jika ia termasuk dalam Khithab Wadh’i. Ia bergantung kepada Qarinah (indikasi) yang menyertai perintah tersebut.

Sebagai contoh, Imam Muslim telah mengeluarkan hadis dari Aisyah (ra), yang mana beliau menggambarkan solat Rasulullah (saw). Aisyah (ra) berkata,

…« وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ، حَتَّى يَسْتَوِيَ قَائِمًا، وَكَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ السَّجْدَةِ، لَمْ يَسْجُدْ حَتَّى يَسْتَوِيَ جَالِسًا»…

“Rasulullah (saw), jika mengangkat kepala dari rukuk, baginda tidak sujud sehinggalah baginda tegak berdiri, dan jika mengangkat kepala dari sujud, baginda tidak sujud hingga baginda duduk tegak”

Dalam hadis ini, Rasulullah (saw) menjelaskan bahawa seseorang Muslim, setelah bangkit daripada rukuk, ia tidak sujud hingga ia berdiri tegak, dan jika ia mengangkat kepala dari sujud, ia tidak sujud lagi sehingga ia duduk tegak. Kaifiyat (tatacara) ini dijelaskan oleh Rasulullah (saw). Maka siapa saja yang menyalahinya, ia telah melakukan bidaah. Jadi, jika orang yang sedang solat bangkit dari rukuk kemudian sujud sebelum berdiri tegak, bermakna ia telah melakukan bidaah sebab ia menyalahi kaifiyat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (saw).

Akan tetapi contoh lain, Imam Muslim telah mengeluarkan hadis dari Ubadah bin as-Samit (ra), ia berkata,

«يَنْهَى عَنْ بَيْعِ الذَّهَبِ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةِ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرِّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرِ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرِ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحِ بِالْمِلْحِ، إِلَّا سَوَاءً بِسَوَاءٍ، عَيْنًا بِعَيْنٍ، فَمَنْ زَادَ، أَوِ ازْدَادَ، فَقَدْ أَرْبَى»

“Baginda melarang menjual emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kecuali sama, barangnya dengan barangnya, maka siapa yang menambah atau meminta tambah, sungguh ia telah melakukan riba.”

Seandainya seseorang Muslim menyalahi hadis ini, lalu ia menjual emas dengan emas tetapi menambah satu dengan lain, dan tidak sama timbangannya, maka ia tidak dikatakan melakukan bidaah, melainkan dikatakan bahawa ia telah melakukan keharaman yakni riba.

Kesimp**annya: Bahawa menyalahi kaifiyat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (saw) adalah bidaah. Sementara menyalahi perintah Rasulullah (saw) yang bersifat mutlak tanpa ada penjelasan kaifiyatnya, maka hal itu termasuk dalam bab hukum-hakam syarak – boleh jadi haram, makruh batil, fasad dan sebagainya, bergantung kepada dalil yang menunjukkannya]

Kedua: Atas dasar itu, sekiranya mana-mana negeri kaum Muslimin yang memaksa orang-orang yang menunaikan solat agar saling berjauhan antara satu sama lain dengan jarak satu atau dua meter, baik solat Jumaat atau solat berjemaah kerana khuatir penularan, khususnya tanpa ada gejala-gejala patologi, maka dengan itu mereka telah melakukan dosa besar. Ini kerana penjarakan ini merupakan satu bidaah. Saling berjauhan dalam solat itu merupakan satu penyimpangan yang jelas terhadap kaifiyat saf yang mesti dirapatkan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (saw) dengan dalil-dalil syarie. Di antara dalil-dalilnya:

Imam al-Bukhari telah mengeluarkan di dalam Sahihnya dari Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairis, ia berkata: “Kami mendatangi Nabi (saw) dan kami para pemuda yang sebaya. Kami habiskan dua puluh malam bersama baginda…dan baginda seorang yang lemah lembut dan penyayang…baginda bersabda,

«فَقَالَ ارْجِعُوا إِلَى أَهْلِيكُمْ فَعَلِّمُوهُمْ وَمُرُوهُمْ وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي وَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ»

“Kembalilah kepada keluarga kalian dan ajarkan mereka ilmu dan latihlah mereka dan solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat, dan jika waktu solat telah datang, maka hendaklah salah seorang daripada kalian mengumandangkan azan, kemudian orang paling tua di antara kalian yang mengimami kalian”

Imam al-Bukhari telah mengeluarkan dalam Sahihnya dari Anas bin Malik (ra), ia berkata: “Dibacakan Iqamah, kemudian Rasulullah (saw) menghadap kepada kami lalu bersabda:

«أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ، وَتَرَاصُّوا، فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي»

“Luruskan saf kalian dan rapatkanlah, kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku”

Imam Muslim telah mengeluarkan dalam Sahihnya, dari an-Nu’man bin Basyir (ra), ia berkata, Rasulullah (saw) memerintahkan kami meluruskan saf seperti anak-anak panah. Baginda terus menekankannya hingga kami memahami (akan kepentingannya). Suatu hari baginda datang ke masjid dan berdiri (untuk solat). Ketika hampir bertakbir, baginda melihat seorang lelaki yang dadanya menonjol dari saf, maka baginda bersabda:

«عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ»

“Wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kalian meluruskan saf kalian atau sungguh Allah akan memalingkan wajah-wajah kalian”

Imam Muslim juga telah mengeluarkan dalam Sahihnya dari Jabir bin Samrah, ia berkata: “Rasulullah (saw) bersabda,

«أَلَا تَصُفُّونَ كَمَا تَصُفُّ الْمَلَائِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا؟» فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ تَصُفُّ الْمَلَائِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا؟ قَالَ: يُتِمُّونَ الصُّفُوفَ الْأُوَلَ وَيَتَرَاصُّونَ فِي الصَّفِّ»

“Mengapa kalian tidak berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Tuhan mereka?” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana para malaikat berbaris di hadapan Tuhan mereka?” Baginda menjawab, “Mereka melengkapi saf pertama dan rapat dalam saf”

Al-Hakim telah mengeluarkan, dan ia berkata: “Hadis sahih menurut syarat Muslim, dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah (saw) bersabda,
«مَنْ وَصَلَ صَفّاً وَصَلَهُ اللَّهُ، وَمَنْ قَطَعَ صَفّاً قَطَعَهُ اللَّهُ»

“Siapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya”

Imam Ahmad telah mengeluarkan dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah (saw) bersabda,

«أَقِيمُوا الصُّفُوفَ فَإِنَّمَا تَصُفُّونَ بِصُفُوفِ الْمَلَائِكَةِ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا فِي أَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفّاً وَصَلَهُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَمَنْ قَطَعَ صَفّاً قَطَعَهُ اللَّهُ»

“Luruskanlah saf, tidak lain kalian (hendaklah) berbaris dengan safnya para malaikat, luruskan antara bahu-bahu, tutuplah celah yang kosong, lenturkan pada tangan saudara kalian dan jangan biarkan ada celah untuk syaitan. Siapa yang menyambungkan saf, maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutusnya”

Ini merupakan penjelasan yang sempurna daripada Rasulullah (saw) untuk kaifiyat (tatacara) penunaian solat berjemaah, dan para sahabat (ra) mematuhinya. Imam Malik telah meriwayatkan dalam al-Muwatha’ dan al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra:

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَانَ “يَأْمُرُ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ، فَإِذَا جَاءُوهُ فَأَخْبَرُوهُ أَنْ قَدِ اسْتَوَتْ، كَبَّرَ

“Bahawa Umar bin al-Khattab (ra) memerintahkan untuk meluruskan saf-saf. Apabila mereka datang kepadanya dan memberitahunya bahawa saf-saf telah lurus, (maka) Umar bertakbir (untuk solat)”

Ketiga: Tidak boleh dikatakan bahawa penyakit yang menular adalah uzur yang membolehkan penjarakan dalam solat. Tidak boleh dikatakan demikian. Sebab penyakit yang menular adalah uzur untuk tidak pergi ke masjid dan bukan uzur untuk pergi (ke masjid) tetapi saling berjauhan dengan orang yang solat di sisinya satu atau dua meter!! Penyakit menular (tha’un) terjadi pada masa Rasulullah (saw) dan tidak pernah diriwayatkan daripada Rasulullah (saw) bahawa orang yang terkena tha’un pergi solat (di masjid) dan menjarakkan diri daripada saudaranya sejauh dua meter. Tetapi (yang diriwayatkan ialah) dia diberi uzur untuk solat di rumahnya…Kawasan di mana tersebarnya penyakit, maka di situ diintensifkan rawatannya secara percuma dan dengan bersungguh-sungguh di bawah pemeliharaan negara, dan orang yang sakit tidak dicampurkan dengan orang-orang yang sihat…Sebagaimana dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya dari Usamah bin Zaid, ia berkata, “Rasulullah (saw) bersabda,

«الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاساً مِنْ عِبَادِهِ، فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلَا تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَفِرُّوا مِنْهُ»

“Tha’un merupakan suatu tanda bencana, yang dengannya Allah Azza wa Jalla menimpakan ke atas manusia di antara hamba-hamba-Nya. Maka jika kalian mendengarnya (terjadi di suatu daerah), jangan kalian masuk ke dalamnya dan jika terjadi di suatu daerah sementara kalian ada di dalamnya, maka jangan lari daripadanya”

Sehubungan itu, orang-orang yang sakit dengan penyakit menular tidak dicampur dengan orang-orang yang sihat, dan untuknya disediakan rawatan yang mencukupi dengan izin Allah (swt). Adapun orang yang sihat, maka mereka pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa tanpa adanya penjarakan…

Keempat: Demikian juga tidak boleh dikatakan bahawa penjarakan dalam solat ketika wabak diqiyaskan terhadap rukhshah (keringanan) solat sambil duduk ketika sakit. Ini bukan qiyas yang syarie, kerana orang yang sakit, dia dibolehkan solat sambil duduk kerana rukhshah daripada Allah (swt), yakni kerana uzur iaitu sakit. Uzur merupakan asbab dan bukan ‘illat. Syarak tidak menjadikannya ‘illat, tetapi syarak menjadikan setiap uzur sebagai uzur untuk hukum, yang uzur itu didatangkan untuk hukum itu, bukan untuk hukum lainnya. Jadi, itu (sakit yang menjadi rukhsah bolehnya duduk ketika solat) dinilai sebagai uzur khusus dengan hukum yang uzur itu datang untuknya, dan bukan uzur yang umum untuk semua hukum. Uzur tersebut tidak memberi pemahaman (kepada) aspek peng’illatan. Oleh kerana itu, tidak boleh diqiyaskan kepadanya (yakni tidak boleh diqiyaskan rukhsah solat sambil duduk ketika sakit kepada penjarakan dalam solat berjemaah). Ini kerana, asbab itu bersifat khusus kepada apa yang menjadi asbab kewujudannya, dan tidak melangkaui (berlaku) kepada yang lainnya, sehingga tidak boleh diqiyaskan kepadanya. Ini berbeza dengan ‘illat. ‘Illat tidak bersifat khusus dengan hukum yang disyariatkan kerananya. Tetapi ‘illat itu melangkaui (berlaku) kepada yang lainnya sehingga boleh diqiyaskan kepadanya…Dari sini jelaslah bahawa ibadah, dari sisi keberadaannya sebagai asbab dan bukan sebagai ‘illat, menjadikan ibadah itu bersifat tauqifiyah (diambil seadanya, tidak boleh ditambah atau dikurangi), yang tidak disertai ‘illat dan tidak boleh diqiyaskan terhadapnya, kerana asbab itu berlaku khusus kepada apa yang menjadi asbab untuknya sahaja.

Kelima: Rukhshah juga adalah sebahagian daripada hukum Wadh’i, yang merupakan seruan asy-Syari’ (Allah) berkaitan dengan perbuatan hamba menurut keadaan (wadh’u). Memandangkan ia adalah seruan asy-Syari’, maka di sana mesti ada dalil syarie yang menunjukkannya. Misalnya berkaitan dengan solat orang yang sakit sambil duduk – Imam al-Bukhari telah mengeluarkan dalam Sahihnya dari Imran bin Husein (ra), ia berkata, “Aku ada penyakit buasir. Maka aku bertanya kepada Nabi (saw) tentang solat. Lalu baginda bersabda,

«صَلِّ قَائِماً فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِداً، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ»

“Solatlah dengan berdiri dan jika kamu tidak mampu maka sambil duduk, dan jika kamu tidak mampu maka sambil berbaring”

Inilah rukhshah, yakni uzur yang syarie (yang dinyatakan oleh dalil syarak). Semua yang dinyatakan oleh dalil syarie bahawa itu merupakan uzur untuk hukum tertentu, maka ia dinilai sebagai uzur. Apa yang tidak ada dalil syarie tentangnya, maka tidak ada nilainya dan tidak dinilai sebagai uzur syarie sama sekali…dan oleh kerana tidak ada dalil bahawa orang yang sakit boleh saling berjauhan dalam solatnya dengan orang yang ada di sisinya sejarak satu atau dua meter, maka kenyataan ini tidak ada nilainya di sisi syarak, dan ia adalah menyalahi syarak…Lalu, apatah lagi bagi orang tidak sakit, tetapi hanya dijangka akan sakit!?

Keenam: Ringkasan daripada apa yang telah dijelaskan di atas adalah seperti berikut:

1. Mengubah kaifiyat (tatacara) solat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (saw) adalah dinilai sebagai bidaah. Hukum syarak dalam keadaan ini ialah – orang yang sihat tubuh badannya, maka dia pergi untuk menunaikan solat seperti biasa di saf-saf yang lurus, tanpa renggang. Sedangkan orang yang sakit dengan penyakit menular, maka dia tidak pergi solat sehingga tidak menulari yang lain.

2. Jika negara menutup masjid-masjid, dan berikutnya orang-orang yang sihat terhalang daripada pergi ke masjid untuk solat Jumaat dan solat berjemaah, maka negara berdosa besar kerana mengabaikan solat Jumaat dan solat berjemaah. Masjid-masjid wajib terus dibuka untuk solat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (saw).

3. Demikian juga jika negara melarang orang-orang yang solat daripada menunaikan solat mengikut tatacara yang telah dijelaskan oleh Rasulullah (saw), sebaliknya negara mewajibkan mereka untuk solat saling berjauhan dengan jarak satu atau dua meter dengan orang-orang di sisinya kerana khuatir penularan, apatah lagi tanpa adanya gejala-gejala patologi, maka negara berdosa besar.

Ini adalah hukum syarak yang saya rajihkan dalam masalah ini, Wallahu a’lam wa ahkam…dan saya memohon kepada Allah (swt) agar memberi petunjuk kepada kaum Muslimin kepada perkara yang paling lurus, dan agar kaum Muslimin menyembah-Nya sebagaimana yang Dia perintahkan, dan agar mereka patuh dan mengikuti apa yang ditetapkan oleh Rasul-Nya (saw)…dan agar mereka menegakkan syariah yang hanif tanpa penyimpangan dengan tegaknya al-Khilafah ar-Rasyidah…dan sungguh pada yang demikian itu ada kebaikan dan pertolongan dengan izin-Nya, yang suatu apa pun di muka bumi dan di langit tidak dapat melemahkan-Nya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

04/01/2020

A meminjamkan wang dari B sebesar Rm 5 ribu selama 6 bulan. Pihak A mempunyai sawah. Lalu A mengatakan kepada B bahwa selama A belum dapat memngembalikan semua hutangnya kepada B, maka B boleh mengusahakan sawah A tersebut dan mengambil hasilnya. Bolehkah muamalah ini menurut syariah Islam?


Jawapannya

Dalam bab hutang-piutang memang dibolehkan ada jaminan yang diberikan oleh pihak penghutang kepada pemberi hutang. Itulah yang disebut dengan rahn (gadai) dalam fiqih Islam. Rahn adalah harta yang dijadikan kepercayaan dalam berhutang (ad-dayn) yang harganya akan digunakan untuk melunaskan hutang jika yang berhutang tidak mampu membayar hutangnya (An-Nabhani, Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah, II/290).

Hal ini pernah dilakukan Nabi SAW iaitusuatu ketika Nabi membeli makanan (Arab:sya’ir, jewawut) dari seorang Yahudi secara berhutang lalu beliau menggadaikan baju besi beliau pada Yahudi tersebut (HR. Asy-Syaikhani, Lihat Kifayatul Akhyar, I/263). Barang gadai itu tujuannya adalah untuk dijual (oleh pihak penerima gadai/murtahin), jika pengutang tak mampu membayar hutang lalu nilai harga hasil penjualannya digunakan untuk selesaikan hutang.

Rukun rahn ada 4 (empat), iaitu :

(1) Adanya Raahin (orang yang menyerahkan gadai) dan Murtahin (penerima gadai). Kedua pihak disyaratkan mempunyai kelayakan untuk melakukan tasharruf (ahliyah at-tasharruf) dan tidak boleh ada paksaan maksudnya keduanya rela. Jika rahin dan/atau murtahin gila, belum tamyiz, atau ada paksaan atas salah satu pihak, maka akad rahn tidak sah.

(2) Adanya Marhuun (barang yang digadaikan). Syaratnya ia harus berupa barang (‘ain) yang sah dijual-belikan. Maka jika menjadikan khamr (minuman beralkohol) atau babi, misalnya, sebagai marhuun, adalah tidak sah.

(3) Adanya Marhuun bihi (sesuatu yang menjadi objek rahn), iaitu maksudnya adalah hutang (ad-dayn), sebab hutang itulah yang menimbulkan adanya rahn. Hutang (ad-dayn) ini disyaratkan harus ma’lum (diketahui jumlahnya secara jelas). Jika jumlah hutangnya majhul (tak jelas diketahui jumlahnya), maka rahn tidak sah.

(4) Adanya shigat, iaitu ijab dari pihak raahin dan qabul dari pihak murtahin. Tanpa adanya shighat (akad), maka rahn tidak sah. (Lihat Prof Mahmud Yunus, Al-Fiqh Al-Wadhih, II/44-45).



Adapun hukum memanfaatkan barang gadai adalah sebagai berikut :

(1) Pada dasarnya manfaat dari barang gadai adalah hak milik si rahin bukan hak milik murtahin. Misalnya barang gadai itu berupa tanah, sawah, motosikal dan sebagainya. Maka dari itu, memanafaatkan dari barang-barang ini seperti mengolah sawah dan menggunakan motosikal dan juga hasil-hasil manafaat seperti hasil menuai hasil sawah adalah milik rahin bukan milik murtahin. Dengan demikian adanya barang gadai di tangan murtahin bukan berarti murtahin berhak mengambil manfaat barang gadaian atau telah memiliki barang gadai itu. Sebab maksud adanya barang gadai di tangan murtahin hanyalah sebatas untuk memberikan kepercayaan kepada murtahin atas hutang si rahin. Sedang kepemilikan dan hak memanafaatkannya tetap milik rahin bukan milik murtahin.

(2) Jika pihak rahin memberikan izin kepada orang lain untuk memanfaatkan barang gadai tersebut maka di sini perlu diperhatikan rinciannya.

Pertama, jika yang diberi izin adalah pihak ketiga iaitu orang lain bukan murtahin maka orang lain itu boleh memanfaatkan barang gadai tersebut. Sebab barang gadai adalah milik rahin maka dia berhak memanfaatkannya atau mengizinkan orang lain untuk memanfaatkannya selama tak ada nash yang melarangnya. Misalnya pihak ketiga adalah kawan rahin maka jika rahin mengizinkan kawannya itu untuk mengolah sawah hal ini dibolehkan.

Kedua jika yang diberi izin adalah murtahin itu sendiri bukan pihak ketiga maka hukumnya pun ada rinciannya iaitu :

(A). Jika rahn terjadi atas hutang berupa harga barang yang dibeli atau wang sewa dari ijarah atau utang apa pun yang bukan qardh maka boleh murtahin memanfaatkan barang gadai dengan seizin rahin. Sebab dalam hal ini tak ada nash yang melarangnya maka rahin berhak memberi izin murtahin atau pihak lainnya untuk memanfaatkan barang gadai. Lagi p**a jika yang terjadi adalah akad jual beli atau akad ijarah dibolehkan adanya tambahan harga atau tambahan wang sewa jika akadnya bertangguh. Misalnya, A membeli gula dari B secara hutang sebanyak 100 kg dengan harga perkilogram rm3 (total utang = rm300). Si A berjanji akan membayar hutangnya kepada B dalam jangka waktu 1 bulan. Lalu A menggadaikan motorsikalnya kepada B dan mengizinkan B untuk menggunakan motorsikalnya. Maka dalam keadaan seperti ini boleh si B memanafaatkan motorsikal A selama 1 bulan, sebab hutang A kepada B (murtahin) adalah hutang berupa harga dari barang yang dibeli.Atas persetujuan dan sama nilai dengan barang yg di beli menurut kedua2 pihak.

(B). Jika rahn terjadi atas akad qardh (pinjam meminjam wang) maka murtahin tidak boleh memanfaatkan barang gadai. Walau pun diizinkan oleh pihak rahin. Hal ini disebabkan adanya nash yang melarang hal tersebut. Dari Anas bin Malik RA, dia meriwayatkan bahwa ada seorang laki-laki dari kami menanyakan [kepada Rasulullah] mengenai perihal dirinya yang memberi pinjaman (qardh) kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberi hadiah kepadanya. Maka Rasulullah SAW bersabda,”Jika salah seorang kalian memberikan suatu pinjaman (qardh) lalu dia diberi hadiah, atau dinaikkan di atas kendaraan [milik peminjam], maka janganlah ia menaikinya dan janganlah ia menerima hadiah itu kecuali hal itu sudah biasa terjadi antara keduanya sebelumnya.” (Lihat juga dalil-dalil lainnya dalam Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah, II/291).

Dari dalil-dalil ini, jelaslah bahwa jika seseorang memberikan pinjaman kepada orang lain, lalu mengambil manfaat atau tambahan (ziyadah) atas pinjamannya itu, maka hal itu haram hukumnya. Tambahan ini tiada lain adalah riba. Adapun jika berupa hadiah, hukumnya dilihat. Jika sebelum terjadinya akad qardh si pemberi pinjaman sudah biasa diberi hadiah oleh peminjam, hukumnya boleh. Jika sebelum terjadinya akad qardh si pemberi pinjaman tidak biasa diberi hadiah oleh peminjam maka hukumnya haram.



Dari seluruh huraian di atas maka jawaban kami untuk pertanyaan di atas adalah sebagai berikut : bahwa pemberi pinjaman tidak boleh memanafaatkan sawah dan mengambil hasil tanaman milik peminjam meskipun telah diizinkan oleh peminjam. Sebab dalam akad rahn seperti dijelaskan di atas jika rahn terjadi atas akad qardh haram hukumnya bagi murtahin untuk memanfaatkan barang gadai. Meskipun atas izin atau kerelaan rahin. Karena itu muamalah di atas tidak sesuai dengan syariah Islam. Wallahu a’lam [ ]

Allah akan sekat rezeki jika suami kedekut nak berkongsi rezeki dengan isteri. Isteri sebenarnya mampu kalau nak mencari...
02/10/2019

Allah akan sekat rezeki jika suami kedekut nak berkongsi rezeki dengan isteri. Isteri sebenarnya mampu kalau nak mencari duit lebih untuk membeli barang keperluan sendiri. Tetapi adakalanya mereka meminta sebab sayangkan suami, tak nak rezeki suami tersangkut dek sebab kedekut sangat dengan isteri.

Jangan tanya kenapa sentiasa tak cukup, sebab suami tak pernah nak cukupkan dulu yang wajib. InshaAllah kalau tak kedekut dengan isteri, hujung bulan macam mana sangkut sekalipun, inshaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan.

Dari Facebook Isteri: Abang, saya nak minta duit sikit nak beli baju, make-up dan barang keperluan saya. Saya dah lima tahun tak tukar (suami tidak pernah beri belanja bulanan). Suami: Isk! Tak boleh, tak cukup. Saya kena bayar kereta, rumah dan bil lagi. Isteri: Okey, tak apalah. Beberapa bulan kem...

SEPUTAR FIKIH LEBARANBanyak di antara umat Islam yang menganggap Aidilfitri sekadar waktu untuk makan-makan, hura-hura. ...
04/06/2019

SEPUTAR FIKIH LEBARAN

Banyak di antara umat Islam yang menganggap Aidilfitri sekadar waktu untuk makan-makan, hura-hura. Padahal banyak persoalan hukum terkait Aidilfitri atau lebaran ini. Maka, sewajarnya sebagai seorang Muslim, kita mengetahui persoalan fikih seputar masalah tersebut.

Fikih Lebaran di sini maksudnya adalah sejumlah hukum syarak yang terkait dengan hari raya Aidilfitri, baik sebelum, pada ketika, mahupun sesudah solat Aidilfitri. Berikut ini di antara hukum-hukum syarak tersebut:

(1). Diwajibkan secara fardhu kifayah untuk melakukan rukyatul hilal bulan Syawal pada saat maghrib malam ke-30 bulan Ramadhan. Hal ini kerana menurut ulama empat mazhab rukyatul hilal inilah yang merupakan sebab syarie bagi pelaksanaan solat Aidilfitri, termasuk hukum-hukum lain yang terkait, seperti zakat fitrah dan takbir pada malam Aidilfitri. Sabda Rasulullah SAW,”Berpuasalah kamu kerana melihat hilal [Ramadhan], dan berbukalah kamu (berAidilfitrilah) kerana melihat hilal [Syawal]…” (HR Bukhari no 1810; Muslim no 1080).

(2).Diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah pada malam Aidilfitri bagi yang mempunyai kelebihan makanan pada malam itu, meski dibolehkan menyegerakan mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan. Zakat fitrah berupa makanan pokok dengan takaran satu sha’ (sekitar 2.5 kg), bukan berupa wang. Demikian menurut jumhur ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah. (AlMudawwanah alKubra, 1/392; AlMajmu’, 6/112; AlMughni, 7/295).

Zakat fitrah dibahagikan kepada siapa? Ada dua pendapat; pertama, kepada seluruh mustahiq zakat dari lapan golongan. Ini pendapat jumhur ulama empat mazhab. Kedua, khusus kepada kaum miskin saja. Ini pendapat sebahagian ulama, seperti Ibnul Qayyim. Yang rajih, pendapat jumhur. (Wahbah Zuhaili, Al Fiqh Al Islami wa Adillatuhu, 2/387).

(3). Disunnahkan takbir sejak malam Aidilfitri, baik di rumah atau di jalan menuju lapangan/masjid, hingga keluarnya imam untuk mengimami solat Aidilfitri. Dalam lafaz takbir ini dibolehkan bertakbir dua kali “allahu akbar allahu akbar (dan seterusnya…)” dan boleh juga tiga kali “allahu akbar allahu akbar allahu akbar (dan seterusnya… )”. (Imam Nawawi, Al Adzkar An Nawawiyyah, hlm. 237). Dalil bertakbir dua kali adalah atsar dari Ibnu Mas’ud ra, dia bertakbir, ”Allahu akbar allahu akbar, laa ilaaha illallahu wallaahu akbar, allahu akbar wa lillahil hamd.” (Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah, 2/168).

Namun dari Ibnu Mas’ud ra juga, bahawa beliau bertakbir sebanyak tiga kali (Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah, 2/165). Kedua sanad hadis tersebut sama-sama sahih, sebagaimana penjelasan Syeikh Nashiruddin Al Albani dalam kitabnya Irwa`ul Ghalil juz 3 hlm. 125. Jadi berlebihan kiranya kalau ada yang membida’ahkan lafaz takbir sebanyak tiga kali. Imam Shan’ani berkata,”Terdapat tatacara takbir yang bermacam-macam dari para imam. Ini menunjukkan adanya kelonggaran (tawassu’ah) dalam urusan ini.” (Subulus Salam, 3/247).

(4). Disunnahkan mandi pada pagi hari sebelum solat Aidilfitri, juga makan sebelum keluar rumah, dan berjalan menuju lapangan tempat solat (musolla). Dari Sa’id bin Musayyab, dia berkata, ”Sunnah Aidilfitri ada tiga; iaitu berjalan menuju lapangan tempat solat, makan sebelum keluar rumah, dan mandi.” Kata Syeikh Nashiruddin Al Albani dalam Irwa`ul Ghalil, 3/104, “Sanad riwayat tersebut sahih.” (Sa’id Al Qahthani, Solatul ‘Iedain, hlm. 12).

(5). Disunnahkan memakai wangi-wangian dan bersiwak, sebagaimana perkataan Ibnu Abbas mengenai adab solat Jumaat,”Jika ada wangi-wangian, maka gunakanlah wangi-wangian dan juga bersiwaklah.” (HR Ibnu Majah, 1/326). Kata Imam Ibnu Qudamah, “Jika ini disyariatkan untuk solat Jumaat, maka untuk solat Eid tentu lebih utama.” (Ibnu Qudamah, Al Mughni, 3/257).

(6). Disunnahkan memakai pakaian terbaik pada Aidilfitri. Imam Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa Imam Ibnu Abi Dunya dan Imam Baihaqi telah meriwayatkan dengan sanad sahih bahawa Ibnu Umar ra memakai pakaiannya yang terbaik pada hari Aidilfitri dan Aidiladha.

(Ibnu Hajar Al Asqalani, Fathul Bari, 2/439).

(7). Disunnahkan pergi ke lapangan tempat solat melalui satu jalan dan p**ang melalui jalan lain. Kerana demikianlah apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. (HR Bukhari no 986).

(8).Disunnahkan secara sunnah mu`akkadah untuk solat Aidilfitri. Inilah pendapat mazhab Syafie yang menurut kami paling kuat mengenai hukum solat Aidilfitri/Adha di antara tiga pendapat ulama yang ada; pertama, hukumnya fardhu kifayah. Ini pendapat Imam Ahmad. Kedua, hukumnya fardhu ‘ain. Ini pendapat Imam Abu Hanifah dan satu versi riwayat dari pendapat Imam Ahmad. Ketiga, hukumnya sunnah, tidak wajib. Ini pendapat Imam Malik dan majoriti para sahabat Imam Syafie. (Sa’id Al Qahthani, Solatul ‘Iedain, hlm. 7).

(9). Disunnahkan solat Aidilfitri di lapangan, namun boleh juga mengerjakannya di masjid meski yang lebih afdhal adalah di lapangan. Hal ini kerana Rasulullah SAW melakukan solat Aidilfitri dan Aidiladha di lapangan, yakni tempat lapang yang jaraknya seribu hasta dari pintu masjid Nabawi di Madinah. (HR Bukhari no 956, Muslim no 889, dari Abu Said Al Khudri ra).

(10). Tidak disyariatkan solat apa pun sebelum dan sesudah solat Aidilfitri. Dalilnya, hadis Ibnu Abbas ra bahawa Nabi SAW keluar pada Aidilfitri dan melakukan solat Aidilfitri dua rakaat dan beliau tidak melakukan solat sebelum dan sesudahnya. Nabi SAW saat itu bersama Bilal.” (HR Bukhari no 989; Muslim no 884).

(11) Tidak disyariatkan azan dan juga iqamah dalam solat Aidilfitri/Adha. Dalilnya hadis dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata.”Saya pernah solat Aidilfitri dan Idul Adha bersama Nabi SAW tak hanya sekali atau dua kali, dan solat tersebut tanpa azan dan juga tanpa iqamah.” (HR Muslim, no 887).

(12). Disyariatkan khutbah setelah selesainya solat Aidilfitri. Para ulama berbeza pendapat apakah khutbahnya itu dua kali khutbah seperti khutbah Jumaat ataukah hanya sekali khutbah. Fuqaha empat mazhab sepakat khutbah eid itu dua khutbah seperti khutbah Jumaat. Bahkan Imam Ibnu Qudamah dan Ibnu Hazm menegaskan dalam masalah ini sesungguhnya para fuqaha tak berbeza pendapat. (Abdurrahman Jazairi, Al Fiqh ‘Ala Al Mazahib Al Arba’ah, 1/238).

Namun sebahagian fuqaha berpendapat khutbah eid hanya satu khutbah, bukan dua khutbah. Inilah pendapat Imam Syaukani, Imam Shan’ani, dan lain-lain. (Imam Syaukani, Nailul Authar, hlm. 695; Imam Shan’ani, Subulus Salam, 2/679). Pendapat yang rajih, khutbah eid dilaksanakan dua kali, bukan satu kali. (Mahmud ‘Uwaidhah, Al Jami’ li Ahkam As Shalah, 2/177).

(13) Dibolehkan mengucapkan selamat (tahniah) setelah solat, dengan ucapan,”Taqabbalallahu minnaa wa minka/minkum.” (semoga Allah menerima amal kami dan amal anda). (Ibnu Hajar Al Asqalani, Fathul Bari, 2/446). Memulai mengucapkan selamat adalah boleh, namun menjawabnya wajib. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ul Fatawa, 24/253).Wallahu a’lam.

Address

324, Jalan Penjara
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Dakwah Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share