Faizal Halim

Faizal Halim Saya ialah Authorised Dealer syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu PublicGol

01/08/2022

Pelaburan Emas: Antara Simpanan dan Spekulasi

Pelaburan emas sebenarnya ialah satu bentuk pengurusan kewangan melalui kaedah simpanan. Dalam simpanan, tujuannya hanya untuk mengekalkan harta, ia bukan bertujuan untuk pelaburan. Cuma ia dinamakan pelaburan emas sebab ia ada kemungkinan untung atau rugi melalui kenaikan dan penurunan harga emas berbanding wang utama saja.

Kalau untung pun ia taklah untung sangat dan kalau rugi pun ia taklah rugi sangat. Yang lebih utama ialah kemampuan simpan wang dan kemampuan menjaga nilai wang jangka panjang.

Ia sesuai untuk mereka yang susah mendidik diri menyimpan atau elakkan belanja duit kepada jalan yang tak perlu.

Konsep pelaburan simpanan emas sebegini juga tidak ada khilaf semua ulama membenarkannya.

Sekarang ada p**a syarikat yang memperkenalkan kaedah baru menggunakan leveraj. Saya tidak mahu ulas aspek kepatuhan Syariah susunan akadnya, biarlah penasihat Syariah produk itu sendiri menjelaskan dan berikan jawapan, pandai-pandai lah beri jawapan kalau dah berikan kepatuhan Syariah.

Saya cuma ingin ulas dalam aspek pelaburan. Menggunakan hutang untuk membeli emas akan mengubah konsep simpanan emas sebelum ini. Struktur berbeza, tujuan berbeza dan teknik pun berbeza.

Tak kiralah sama ada anda beli emas 1 dapat 10, atau beli emas, gadai dapatkan tunai untuk belanja hangus, kedua-dua kaedah ini bukan kaedah simpanan emas. Ia adalah pelaburan yang bersifat spekulasi. Ia menjadikan tujuan utama beli emas hanya untuk menunggu harga naik sahaja.

Spekulasi dalam pelaburan emas mengundang kritikan ramai ulama. Emas adalah mata wang dan majoriti ulama melarang spekulasi mata wang.

Dalam kaedah spekulasi, anda boleh rugi besar sekiranya emas jatuh. Emas dalam akaun boleh jadi 'negatif', inilah beza spekulasi dengan simpanan.

Dalam simpanan emas, walaupun menggunakan akaun, tidak akan wujud jumlah emas negatif. Selagi ada gram, selagi itu kita tidak rugi.

Tapi dalam pelaburan menggunakan hutang, emas boleh jadi negatif kerana kejatuhan. Mereka yang alami situasi negatif ini mungkin join semasa harga mencanak, tiba-tiba merudum.

Ada yang kata, sebab itu kena ada ilmu. Betul, tapi ilmu simpanan emas dengan ilmu spekulasi emas adalah berbeza.

Walaupun ulama berbeza pendapat tentang isu spekulasi emas ini, ulama tak berbeza tentang simpanan emas.

Jadi, untuk lebih selamat, elakkan terlibat dengan pelaburan secara spekulasi kerana mengundang pelbagai risiko.

Semoga pelaburan kita di dunia mendapat hasil di akhirat..pelaburan emas terbaik ialah menderma kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan.

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

09/02/2022
01/02/2022
Wang.. Masa.. dan Kepuasan.
07/08/2021

Wang.. Masa.. dan Kepuasan.

10/04/2021
Inflasi untuk emas adalah 0%.Harganya sentiasa meningkat dalam masa panjang. Selain dari menjadikannya sebagai pelaburan...
31/03/2021

Inflasi untuk emas adalah 0%.

Harganya sentiasa meningkat dalam masa panjang.
Selain dari menjadikannya sebagai pelaburan, ia juga boleh menjadi simpanan yang menguntungkan kita.

Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuan tahun.

Emas, sejenis adalah aset dalam kategori "aset cair" kerana senang untuk dijual disebabkan banyak tempat-tempat jual beli emas yang ada sekarang.

Emas bukan sahaja sejenis Aset yang Mudah Alih yang sesuai untuk pelaburan jangkamasa pendek dan panjang Emas juga mudah dimiliki kerana boleh didapati secara sedikit-sedikit.

Dengan Akaun Emas PublicGold, kita boleh membeli emas dengan murah dan mudah. Semuanya dihujung jari sahaja.

Dealer Aktif PublicGold

Saya lihat apabila kita menyimpan emas dalam dompet, ia bukan setakat menutup kebocoran wang. Saya perhatikan ada kelebi...
18/03/2021

Saya lihat apabila kita menyimpan emas dalam dompet, ia bukan setakat menutup kebocoran wang. Saya perhatikan ada kelebihan-kelebihan lain yang kita tak sedar selama ini.

Menyimpan emas dalam dompet, apa yang saya rasa. Saya lebih bermotivasi untuk terus menyimpan emas. Apabila terlihat emas dalam dompet. Fikiran bawah sedar kita akan beritahu, “Bulan ini aku belum tambah lagi emas.” Simpan emas dalam dompet lebih mendorong kita untuk terus menyimpan dan menyimpan.

Tapi kalau time sesak macam mana?
Boleh ja jual emas dalam akaun GAP tuan2 tu.
Dalam masa 48jam, duit masuk ke dalam akaun.

Nak tau caranya? Jom tengok sharing ni.

Address

Yan
06900

Telephone

+60133273949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faizal Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share