18/08/2022
DOA SUPAYA TIDAK DIANIAYA DAN DIZALIMI
Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri Baginda, Ummu Salamah ketika keluar daripada rumah. Mari sama-sama kita jadikan amalan.
Daripada Ummul Mukminin Ummu Salamah, nama sebenarnya ialah Hindun binti Abu Umayyah, Huzaifah al-Makhzumiyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW apabila keluar dari rumahnya, baginda membaca:
ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุชููููููููุชู ุนูููู ุงููููููุ ุงููููููู
ูู ุฅููููู ุฃูุนููุฐู ุจููู ุฃููู ุฃูุถูููู ุฃููู ุฃูุถููููุ ุฃููู ุฃูุฒูููู ุฃููู ุฃูุฒููููุ ุฃููู ุฃูุธูููู
ู ุฃููู ุฃูุธูููู
ูุ ุฃููู ุฃูุฌููููู ุฃููู ููุฌููููู ุนูููููู
Maksudnya : "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, dari tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bertindak bodoh atau dianggap bodoh oleh orang lain atas diriku."
(HR Tirmidzi, hasan sahih)
Satu doa yang sangat baik untuk diamalkan agar ahli keluarga kita tidak tergelincir melakukan tindakan yang salah, perkara maksiat atau terdedah kepada bahaya, kerana Allah Ya Wali yang Maha Melindungi akan memelihara mereka, insyaAllah.
SubhanAllah, Allahu Akbar.
Setiap hari sebelum melakukan apa jua urusan harian, bacalah doa ini agar Allah sentiasa membimbing setiap perlakuan kita.๐คฒ
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat beramal agar setiap urusan kita sentiasa dalam bimbingan Allah SWT serta menjadikan hidup kita lebih berkah dunia akhirat ๐น
Asma' binti Harun