03/01/2023
Nasihat Pakar Kewangan
KEMANA SIMPANAN KITA?
1. Kita banyak habiskan simpanan untuk kahwin, sekali majlis RM20k-RM30k itu biasa.
2.Tak cukup itu, kita buat pinjaman lagi baru majlis kahwin berseri seri.
3. Kita s**a bergaya dengan kereta, beli kereta diluar kemampuan kita. Kita malu bawa kereta local yang harga RM30k sahaja.
4. Bila naik pangkat sikit keutamaan kita tukar kereta bukan beli harta. Kita s**a bau plastik kereta baru rupanya.
5. Kita juga s**a habiskan duit dengan jalan jalan, pantang ada cuti semua jalan sesak memanjang. Paling kurang RM1000 akan habis atas jalan.
6. Kita juga s**akan perayaan, kita akan sambut dengan sakan.
Setiap keluarga habiskan RM2000-RM5000 sepanjang perayaan itu biasa.
"Setahun sekali, apa salahnya" itu alasan kita.
Kawan saya cerita, paling sebuk bila nak raya ramai yang buat pinjaman di Bank tempatnya kerja.
7. Kita banyak habiskan duit diatas talian dan semua jualan. Dari AEON sale, Air Asia, SOGO, IKEA, Lazada dan banyak sale sepanjang zaman.
Pantang murah kita beli walaupun tak pernah guna.
Kita kurang kisah tentang SIMPANAN, apatah lagi PELABURAN.
8. Ada hartanah saya yang beri p**angan antara 16.5% hingga 32% setahun lebih baik dari ASB.
9. Biarkan duit dalam ASB itu jika itu yang kita mampu, jangan gelabah dan keluarkan nak simpan dimana?
10. Jangan semua benda kita nak panik, lepas isu Tabung Haji, duit hilang CIMB, sekarang nak keluar dari ASB.
Jangan kita mudah bermimpi duit boleh dicipta dalam sehari, kerana skim cepat kaya sedang menanti dengan janji bawa kesyurga hari ini.
Kredit : Azizul Azli Ahmad