16/07/2024
Dalam banyak-banyak cerita, ada 1 cerita ni yang paling terkesan pada jiwa saya bila baca buku ni..
(AWAS : SEDIAKAN TISU SEBELUM BACA)
Cerita ini dipetik dari Buku Ustazah Basikal.
Waktu kami di India & dalam perjalanan nak ke arah Nepal, masa tu hujan renyai-renyai..
"Ayang, jom berteduh kat Madrasah tu j*p" aku beri signal pada Adilah untuk kayuh basikal ke arah madrasah di depan kami.
Sampai je kat madrasah, hujan bertambah lebat.
"Ayang jaga basikal j*p, abang nak masuk solat asar. Kalau ada jemaah kat sini, abang minta izin sekali untuk tidur kat Madrasah malam ni" kata aku.
Adilah mengangguk.
Aku tukar baju dan masuk ke masjid kecil untuk solat jamak asar & zohor.
Masa tu aku berjumpa dengan seorang jemaah masjid, namanya Shaukat Ali, rupanya dia tok siak kat masjid tu & jaga madrasah di sebelah masjid.
Aku minta izin untuk tidur kat madrasah malam tu dengan bahasa isyarat, beliau tak faham bahasa inggeris, ada seorang jemaah bantu terjemahkan pada beliau.
Beliau benarkan. Alhamdulillah, syukur sangat.
Shaukat tunjuk bilik untuk kami tinggal. Bilik tu dah berhabuk sebab lama orang tak duduk.
Shaukat kata, sekarang ni pelajar cuti, sebab tu sekarang ni takda pelajar.
Madrasah ni tiada sumber elektrik, nak cas telefon, kena pakai generator.
Kami tak kisah pun, dapat tempat berlindung pun dah syukur nikmat dah. Alhamdulillah.
Tiba-tiba..
Perut aku & Adilah berbunyi.
Rupanya kami tak makan sejak sarapan pagi tadi. Memang lapar gila lah.
Aku tanya Shaukat dalam bahasa isyarat, kat mana kami nak beli makan? sambil tunjukkan tangan ke mulut.
Malas betul nak keluarkan barang masak sebab semua beg dah basah.
Dia buat isyarat, tiada kedai makan kat luar.
Rasanya macam nampak kedai jual makanan kat jalan luar tadi. Aku cakap nak keluar j*p kat Adilah.
Dia nak ikut, sebab takut nak duduk sorang-sorang kat Madrasah.
Betul jugak tu. haha
Shaukat Ali beri isyarat jangan keluar. Malam ni makan kat rumah dia.
"Dia ajak makan ke rumah dia Yang, cane? Abang dah lapar gila ni.." kata aku pada Adilah sambil pegang perut yang kempis.
"Dia macam beriya nak ajak tu bang, kita ikut je, tak baik tolak rezeki.." kata Adilah pada aku.
"Achaa!" kata aku sambil geleng kepala sikit dan tunjuk ibu jari pada Shaukat Ali.
Lepas tu kami buka dapur, masak air & makan biskut je dulu untuk lapik perut sebelum ke rumah Shaukat Ali.
Jam menunjukkan 10 malam, bayang-bayang Shaukat Ali pun tak nampak lagi.
Perut aku dah menari-nari minta makanan. Mood aku terus down masa tu.
"Janji dicapati!" getus hati aku geram.
Tiba-tiba kami nampak kelibat Shaukat Ali dari gelap gelita. Beliau beri isyarat untuk kami ikut dia.
Kami ikut beliau masuk dalam kampung.
Kawasan kampung tu langsung takda lampu. Semua orang duduk lepak kat luar pasang lilin.
Seram gila bila kami lalu depan mereka, mereka senyap dan tengok kami dari atas ke bawah.
15 minit kemudian, kami sampai ke sebuah rumah besar terang benderang.
Rumah orang lain semua gelap, tiba-tiba ada rumah yang terang.
"Mesti Shaukat Ali ni orang kaya kampung ni." kata aku dalam hati.
Kami dijemput meriah oleh wanita-wanita di dalam rumah tersebut.
Kami dibawa ke atas katil. Tempat paling bersih di dalam rumah mereka untuk jamu tetamu.
Masa tu riuh dengan suara mereka tanya kami macam-macam dalam bahasa hindi. Kami tak faham sepatah halal pun.
"Baabi, baabi!"
Tiba-tiba seorang makcik tunjuk makcik yang lain pada Adilah.
Aku nak tergelak waktu tu & aku tahan je. Sebab tak faham dia kata apa.
(Rupanya Baabi tu maksudnya kakak ipar. 😂)
Mereka hidangkan biskut & chai pada kami.
Mood aku down terus masa tu. Yelah, kami ni lapar gila kot, kalau bagi sekor lembu pun boleh habis!
"Biskut je???!" jerit aku dalam hati.
"Sabar bang.." kata Adilah perlahan. Dia macam faham je apa perasaan aku masa tu.
Tiba-tida dengar suara Shaukat Ali kat bahagian dapur tengah bergaduh mulut dengan seorang wanita.
Tak lama lepas tu, Shaukat Ali masuk ke bilik dan ajak kami keluar dari rumah tu.
"Pulak dah?.."
"Habis tu takda makan-makan ke??" getus aku dalam hati.
"Siot! Kena game!" saitan mula membisikkan ke telinga saya yang bukan-bukan.
Masa tu, aku ingat Shaukat nak hantar kami balik ke Madrasah, tapi dia bawa kami masuk ke dalam kampung lagi.
Yang peliknya, kat tangan dia ada mangkuk bertutup. Tadi masa datang ke rumah tadi tu takda p**a mangkuk tu.
Aku & Adilah senyap je ikut dia. Kami pun tak tahu lepas ni jadi apa.
Kami sampai ke 1 rumah kecil dalam gelap.
Di pintu rumah, kelihatan cahaya lilin menerangi kawasan pintu. Ada seorang wanita yang sarat mengandung sedang membongkok memasak sesuatu di tepi pintu.
Kami dijemput masuk ke rumah kecil tersebut & dijemput duduk di atas katil.
Dalam rumah cuma ada sebatang lilin yang menerangi kawasan bilik yang gelap tersebut.
Di atas katil tersebut ada 2 budak perempuan sedang nyenyak tidur.
Wanita itu memperkenalkan diri, dia adalah isteri kepada Shaukat Ali, namanya Mursalina.
Shaukat Ali meletakkan mangkuk yang dia bawa tadi di atas katil, dihadapan kami.
Rupa-rupanya kari ayam. Mungkin beliau ambil dari rumah yang kami singgah tadi.
Aku rasa mereka bergaduh disebabkan tuan rumah suruh kami makan kat rumah dia, tapi Shaukat Ali berkeras untuk jemput kami ke rumah dia. Aku rasa lah..
Mursalina hidangkan pada kami nasi & beberapa keping capati.
"Makan!" Shaukat Ali tunjuk isyarat untuk kami mula makan.
Lepas baca bismillah, kami melantak tak ingat dunia. Sebab lapar gila, tak makan dari pagi.
Aku suruh Shaukat Ali makan sekali, tapi dia tolak dengan baik.
Dia suruh kami habiskan semua lauk.
Sambil makan sambil bersembang. Sepanjang kami makan, muka Shaukat Ali ni senyum je.
"Dia dah makan kot.." aku buat kesimp**an dalam hati, sebab dia tak makan sekali.
"Habiskan!" Shaukat Ali tunjuk isyarat menyuruh kami habiskan semua lauk.
Masa tu aku & Adilah memang betul tak larat nak makan dah. Kami tinggalkan seketul ayam dalam kari tersebut, sedikit nasi & beberapa keping capati.
Lepas kami cuci tangan, Mursalina berikan pinggan pada suaminya.
Masa tu aku dah rasa pelik dah.
"Bukan dia dah makan ke???" tanya aku dalam hati.
Mursalina ceduk baki nasi dan letakkan dalam pinggan suaminya, dia cedukkan baki kari ayam ke dalam pinggan suaminya.
Aku dan Adilah terdiam masa tu.
Speechless.
"Dia tak makan lagi!!! Kita dah melantak semua lauk dia!!" aku dan Adilah seolah-olah tengah berbual dalam hati.
Berat gila perasaan masa tengok Shaukat Ali makan baki lauk kami. Rasa bersalah tu jangan cakaplah! 😭
Masa Shaukat Ali tengah makan, 2 anak lelakinya balik entah dari mana, tiba-tiba dah tercegat di depan pintu.
Mereka tengok dalam rumah dah penuh dengan orang, mereka cangkung di pintu.
Mursalina letakkan 2 pinggan di atas tanah, di depan anak-anaknya. Dia ambil baki capati dan kuah kari, dihidangkan depan anak-anaknya. 😭😭
Aku menangis dalam hati. Tak tergamak nak tengok situasi yang berlaku depan mata kami tu.
(Masa tulis cerita ni pun, aku menangis lagi 😭)
Sewaktu anak-anaknya makan, Mursalina yang sarat mengandung p**a ambil pinggan dan makan baki dari anak-anaknya. 😭😭😭
Dah tinggal apa je wehh!!
Dah la dia mengandung. Dia yang sepatutnya makan banyak, tapi kami yang melantak paling banyak!
"Ya Allah.. apa yang kami dah buat ni?.. Maafkan kami Ya Allah, kami tak tahu.."
Serius, masa tu rasa berdosa gila.
Lagi rasa berdosa bila tengok 2 orang anak perempuannya yang tidur atas katil.
Mereka dah makan ke belum??? 😭
Sejak dari itu, bila orang jemput kami makan di India, kami hanya makan ala kadar je walaupun tengah kebulur. Sebab kami tak tahu sama ada tuan rumah dah makan ke belum.
"Ya Allah.. Ampunkan kami...😭😭😭"
Tuan puan yang mulia..
Cerita macam ni, selalu saya dengar pada zaman nabi je. Rupanya masih ada lagi yang amalkan sunnah baginda dengan memuliakan tetamu bersungguh-sungguh.
Besar hikmah yang kami belajar dari kisah Shaukat Ali ni.
Apa yang Shaukat Ali buat, sama-sama kita boleh amalkan, kerana ada banyak kebaikan dalam memuliakan tetamu.
Salah satunya, memuliakan tetamu adalah tanda kita beriman pada Allah swt.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya dia memuliakan tamunya.” (Muttafaq ‘alaih)
Oh ya, kalau anda belum baca cerita penuh kisah kembara mereka, boleh dapatkan dengan ketik link ini >>
https://ahmadbmi.my/order/form/UB2024/816