10/02/2015
Emas Sebagai Penyimpan Nilai Terbaik.
Emas sentiasa bernilai, walaupun kerajaan yg ada didunia ini sentiasa silih berganti. Dari dahulu hingga kini, emas diiktiraf dan diterima oleh semua. Tidak seperti wang kertas, apabila musnah dan hancurnya sesebuah kerajaan, lebur jugalah nilai matawang tersebut. Oleh itu, emas terkenal sebagai penyimpan nilai yang terbaik.
Antara kisah terkenal yg menunjukkan emas sebagai penyimpan nilai terbaik ialah kisah bagaimana 1400 tahun yg lalu, nilai 1 dinar adalah bersamaan dengan nilai seekor kambing. kisah ini berlaku pada zaman Rasullullah S.A.W seperti yg telah diceritakan oleh Ahmad dalam Musnadnya daripada Urwah yang bermaksud:
" Pada suatu hari, Rasullullah S.A.W menemui sekump**an binatan ternakan yg hendak dijual. Lalu Rasulullah S.A.W memberi kepadaku 1 Dinar dan berkata :
" Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing"
Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Dalam perjalanan seorang lelaki menemuai aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah S.A.W dengan membawa seekor kambing dan satu DInar dan berkata.
"Wahai Rasulullah, inilah Dinar dan kambing milikmu"
Rasulullah bertanya, "Bagaimana Kamu melakukannya?" Akupun menceritakan kepada Baginda apa yg telah aku lakukan . Lalu Baginda berkata:
"Ya Allah, berkatilah perniagaanya."
1 dinar = seekor kambing
1 dirham = seekor ayam
Dan sampai sekarang kita mampu membeli seekor kambing dengan 1 dinar, dan seekor ayam dengan 1 dirham....ianya kalis inflasi !!
Simpanlah emas dari sekarang! Mulakan dengan sedikit, insyaAllah lama-kelamaan akan bertambah b*k..