11/05/2026
🚨 LORONG KECEMASAN ADALAH UNTUK KECEMASAN! 🚨
“NINO, NINO” kedengaran bunyi siren kecemasan.
Tahukah anda bahawa lorong kecemasan bukan laluan alternatif untuk memotong kesesakan? Lorong ini diwujudkan khusus bagi memastikan bantuan dapat sampai dengan pantas ketika berlaku kecemasan di jalan raya.
👮♂️ Siapa yang dibenarkan menggunakan lorong kecemasan?
Lorong ini hanya boleh digunakan oleh:
• 🚑 Ambulans
• 🚒 Jabatan Bomba dan Penyelamat
• 🚓 Polis Diraja Malaysia
• ⚖️ Agensi penguat kuasa lain yang berkaitan
❌ Orang ramai tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan sesuka hati.
Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh melambatkan bantuan kecemasan kepada mangsa yang benar-benar memerlukan.
⚠️ Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan:
• Denda sehingga RM2,000, atau
• Penjara sehingga 6 bulan, atau
• Kedua-duanya sekali
Ingatlah, satu keputusan kecil di jalan raya boleh memberi kesan besar kepada nyawa orang lain. Hormati lorong kecemasan demi keselamatan semua.
📌 Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)