SK Seksyen 24, Shah Alam

SK Seksyen 24, Shah Alam SK Seksyen 24

🌙 Ucapan Guru Besar Sempena Cuti Pertengahan Tahun & Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakat...
23/05/2026

🌙 Ucapan Guru Besar Sempena Cuti Pertengahan Tahun & Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kita telah melangkah ke cuti pertengahan tahun sesi persekolahan. Saya mewakili seluruh barisan pentadbir sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, guru, staf sekolah serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pihak sekolah.

23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026 (Cuti Pertengahan Tahun)

Gunakanlah masa cuti ini dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengisi hari-hari dengan aktiviti yang bermanfaat. Walau bercuti, anak-anak murid diharapkan terus menjaga disiplin, keselamatan diri dan tidak mengabaikan pembelajaran.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, saya turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa yang beragama Islam. Semoga pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan dalam ibadah korban menjadi inspirasi untuk kita terus mendidik dan membentuk generasi yang berakhlak mulia, berilmu serta berjaya dunia dan akhirat.

Berhati-hatilah sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman dan semoga semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Dr Noor Lina binti Mohd Yusuf
Guru Besar
SK Seksyen 24, Shah Alam 🌸

15/05/2026
15/05/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas jasa dan khidmat bakti sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM).

Seluruh warga Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, dedikasi dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga YBhg. Dato' terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"






15/05/2026

Setiap didikan yang disampaikan bukan sekadar ilmu di bilik darjah, tetapi satu amanah besar dalam membentuk insan berakhlak dan berwawasan.

“Guru Bitara, Nadi Negara” menggambarkan peranan guru sebagai pemacu kecemerlangan pendidikan yang menyemai ilmu dan membentuk insan demi masa depan negara.

Jasa dan pengorbanan guru merupakan tunjang utama dalam melestarikan kecemerlangan negara, melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing dalam mendepani cabaran global.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana den...
15/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Tahun 2026 dalam suasana penuh harmoni dan penuh makna.

Saya ingin merakamkan setulus penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan komitmen yang dicurahkan demi mendidik anak bangsa. Sesungguhnya tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah membentuk akhlak, menyemai nilai murni dan mencorakkan masa depan generasi pewaris negara.

Di sebalik kejayaan murid, terselit usaha gigih para guru yang sentiasa memberi bimbingan tanpa mengenal penat dan lelah. Keikhlasan serta dedikasi para guru menjadi tunjang kecemerlangan sekolah dan inspirasi kepada anak-anak didik.

Sempena Hari Guru ini, saya mendoakan agar semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan jiwa, ketenangan hati serta terus bersemangat dalam mendidik dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Selamat Hari Guru 2026.

“Guru Bitara Nadi Negara”

DR Noor Lina binti Mohd Yusuf
Guru Besar
SK Seksyen 24 Shah Alam

Sekian, terima kasih.

09/05/2026

Acara balapan akhir. | Check out Haze Bani Hassim's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Haze Bani Hassim.

Hari kejadian
09/05/2026

Hari kejadian

Hari Sukan kali ke 34. | Check out Haze Bani Hassim's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Haze Bani Hassim.

🌟 JEMPUTAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SEKSYEN 24 KALI KE-34 🌟Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa /...
08/05/2026

🌟 JEMPUTAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SEKSYEN 24 KALI KE-34 🌟

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa / penjaga murid SK Seksyen 24. 😊

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, pihak sekolah menjemput seluruh ibu bapa dan penjaga untuk hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Seksyen 24 Kali Ke-34 yang akan diadakan pada:

📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
📍 SK Seksyen 24 Shah Alam

Kehadiran tuan/puan bukan sahaja dapat memeriahkan suasana kejohanan, malah menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi kepada anak-anak yang bertanding. 🎉🏃‍♂️🏃‍♀️

Sehubungan dengan kejohanan tersebut, pihak sekolah juga ingin memaklumkan bahawa:

📌 11 Mei 2026 (Isnin) merupakan Cuti Peristiwa sekolah.
📚 Sesi persekolahan akan bermula semula pada 12 Mei 2026 (Selasa).

Marilah kita bersama-sama mencipta suasana sukan yang ceria, meriah dan penuh semangat kekeluargaan. Kehadiran dan kerjasama semua ibu bapa amatlah dihargai.

✨ *Jumpa anda semua di padang nanti 💐

08/05/2026

Saringan tarik tali. | Check out Haze Bani Hassim's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Haze Bani Hassim.

Address

Jalan Petola 24/8
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seksyen 24, Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SK Seksyen 24, Shah Alam:

Share