02/01/2026
Assalamualaikum sahabat semua.
Di hari jumaat yg penuh barakah yg mulia ini, ada seorang insan di kalangan kita juga memerlukan sedikit bantuan. Dia salah seorang customer lama dari zaman arwah ada lagi bnyak support peniagaan kecil kami. Ape yg di ceritakan semasa call td amatlah berat dan sedih bagi kami, seorang ayah mengadu, dari tempat berteduh kene bencana banjir hujung tahun lepas sampai masih menumpang rmh org, anak 2 org nak start sekolah masih tiada pakaian dan keperluan mampu dibeli, makan pn ape yg org beri sahaja, Allahu berat ujian dia. Dgn berbekalkan 2 utas jam tangan yg masih ada, dia nak gadaikan utk keluarga. InsyaAllah kami dan sahabat² semua akan bantu ape yg boleh.
Perhatian malam ni kami akan buat bidaan utk jam yg diberi, dan satu topi G-tatsugin. Segala duit dari bidaan dan sumbang yg anda berikan akan kami sumbangkan teros ke beliau. Sesiapa ingin membantu, sy ada sediakan QR wakil sementara di bawah. Semoga segala urusan sahabat² semua dipermudahkan insyaAllah 🤲🏻