MPAS Resort

MPAS Resort Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPAS Resort, setapak.

23/08/2021

Kerja2 yang sepatut bermula Julai 2020 terpaksa ditangguh lagi.
Sumbangan orang ramai masih tersimpan dengan baik.
Insyallah akan diguna sebaik kerja2 bermula.

23/08/2021

Tergendala, tergendala.
Semua2nya ketentuan Allah SWT.
Covid-19.
Kita harap dan berdoa agar Covid beransur hilang.
Banyaklah berdoa.

03/04/2021

Matar untuk anak yatim dan mualaf

02/03/2021

MATAR RESORT
Merupakan pusat pengajian anak2 yatin dan mualaf.

Terdapat:-
1. Pengajian
2. Penempatan
3. Chalet
4. Reakrasi
5. Sukan
6. Pelancongan.

21/01/2021

APA YANG ANDA IMPIKAN DIHARI TUA?
1. Kebahagian
2. Keceriaan
3. Pengajian
4. Kesihatan
5. Kerehatan dan Ketenangan.

INSYALLAH ADA DI SINI.
* Anda ada rumah
* Anda ada penjaga/amah
* Anda boleh berlajar agama
* Anda boleh solat berjemaah
* Anda ada keluarga
* Kesihatan dijaga
* Rawatan berkala
* Kecemasan terbela
* Insyallah anda boleh beriadah.

Matar Resort
Maahad Tahfiz Al-Quran dan Pendidikan Silat ArRedhuani.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.
U2-F1, Tkt. 2, Menara Perbadanan
Jln. Tengku Petra Semerak
15000 Kota Bharu
KELANTAN.

18/01/2021

Apa yang anda impikan dihari tu..??
Tempat tinggal masa tua.
Kami menyediakan apartmen, chalet dan asrama kepada warga tua yang berminat untuk mengaji agama di sini.
Dengan pelbagai kemudahan
1. Makan minum disediakan
2. Rawatan kesihatan
3. Pengurusan tempat tinggal
4. Mengaji Al-Quran, kuliah agama dan belajar solat.
5. Keselamatan dan
6. Kecemasan

Mudah dilawati keluarga
Boleh bersama keluarga
Makanan disediakan
Riadhah

Apa yang anda impikan untuk hari tua..?.

06/01/2021

MAAHAD TAHFIZ ALQURAN DAN PENDIDIKAN SOLAT ARREDHUANI (KT0475551W)
Untuk :
1. Mualaf
2. Anak2 yatim

* Pengajian sepenuh masa
* Pengatar Bahasa Arab
* Pengajian percuma
* Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan wang saku disediakan.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang?
Beli dan wakaf tanah kakal bernilai RM100/1 kaki persegi. (Pahla berterusan)

Alamat
Pejabat Pengurusan
U2-F1, Tkt 2, Menara Perbadanan
Jln. Tengku Petra Semerak
15000 Kota Bharu
KELANTAN
Tel:
+60179292541 (Pengerusi)
H. Mat Jun b. Ismail
+60109074377 (Setiausaha)
Md Nasir b. Rani
+60129088320 (Bendahari)
Zulkepli b. Abu Bakar

Akaun:
RHB (25305200012016)

04/01/2021

PAS JANGAN BERDUKACITA TERHADAP 5 GOLONGAN MANUSIA
1. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang membalas tuba setelah diberi bunga. Kerja kita adalah kerja harakah, dakwah dan tarbiyah. Kita angkat sesiapa yang rebah. Kita papah mana yang parah. Kita padam segala gundah. Kita tidurkan resah gelisah. Kuasa dan kedaulatan yang dicari adalah untuk kesejahteraan ummah.
Biarkan manusia nanar mendabik dada. Tonggak sokongan harapan bangsa dialah punya. Segala kuasa mesti berpusat kepadanya. Jangan dilayan suara yang memberi katadua agar kita menuruti segala hajatnya. Kita berlapang dada dengar sabar. Menutup mulut dari berkata kerana kita pasti itulah hajat dan gendang musuh di sebelah sana.
Teruskan menebar salam walaupun ada suara terpencil mengajak kita berlawan. Manis mulut ketika rebah untuk berpaut. Bila terasa kuat jiwa meronta kerana hajat tak diturut. Kuasa dan harta hendak dikaut. Pengorbanan kita dibuang ke laut. Pedulikan manusia yang tersilau pandangan, berkarat hati tumpul fikiran. Politik Islam mengajak perdamaian. Politik mereka menjurus perselisihan. Politik kita mencari keredhaan. Politik mereka mencari kepuasan.
2. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang berpaling bai’ah dan janji. Dengan musuh mereka saling memasang strategi. Ulama kita asyik dimaki dan dimusuhi. Tak puas difitnah, dikorek kesilapan untuk dicaci. Mereka adalah mantan pembocor rahsia dan mesyuarat parti; lalu dengan si kafir maklumat dikongsi. Kini berstatus khadam; dengan harbi wala’ diberi.
Mereka mengamal politik fitnah membina persepsi. Perkiraan dosa dan pahala dalam politik ditolak tepi. Nafsu amarah menguasai diri. Tak ada satu kebaikan yang kita buat mereka boleh berkompromi. Namun kita teruskan perjuangan yang murni demi kesejahteraan pertiwi.
3. PAS jangan berdukacita terhadap manusia kafir yang menentang Islam. Mereka tidak akan pernah redha dengan ketuanan Islam. Biarpun mereka sedar mereka asal pendatang namun begitulah dasar manusia yang lupa daratan. Perut dan tembolok tak pernah kenyang. Kalau mampu, tanah sekangkang kera ini mahu ditelan.
Islam mengharamkan judi, arak dan persundalan. Semua itu kontradik dengan nafsu dan syaitan. Ekonomi tauke dan taikun jadi taruhan. Biar pun mencemar pelosok kampung, sungai dan kelestarian alam. Undang-undang negara tergamak mereka persetan. Sebuas-buas binatang, akan berhenti apabila kenyang.
4. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang begelar alim ulama atau golongan dakwah yang menjauhkan diri. Nabi berpesan bahawa muslim itu berpecah kepada beberapa firqah dan fikrah. Justeru adakalanya mereka seakan bersama dan ada masanya mereka membantai kita. Teruskan berdoa agar mereka menjadi batu-batu yang sama-sama menguatkan binaan.
5. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang menolak politik Islam. Penjajah laknatullah telah berjaya membuat pemisahan. Mereka mengasingkan politik dari masjid, fardhu ain dan sembahyang. Bukan senang kerja berjuang mendaulatkan Islam. Apalagi kita hidup dengan segala etnik pelbagai budaya aneka kerencaman.
Susahnya berbicara dengan manusia yang bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Kita memberitahu kebenaran mereka kata karut. Mereka yang kelihatan cerdik, tetapi akidah, kata dan pidato seakan mabuk. Yang tak berilmu p**a sanggup menjadi pak turut. Kita dibelasah bertubi-tubi berturut-turut di segala media termasuk facebook.
Kadang-kadang kebenaran s**ar difahami. Kejujuran adalah rahsia hati dan budi. Kebenaran dinilai dari sudut apa yang boleh diberi. Segala kebaikan sirna apabila material digalangganti.
Al-Quran membekalkan kita dengan sirah perjuangan para Nabi. Taraf Rasulullah, dibaling batu mengalir darah sampai ke kaki. Apalah kita yang tidak maksum, diusik dirasuk tak henti-henti. Selagi al-Quran dan as-Sunnah jadi panduan dan diikuti. In sha Allah, akan tiba saat ‘Fathul Makkah’ berlaku di bumi ini.





BayangDiAir,
4/1/2021

31/12/2020
30/12/2020
29/12/2020

Matar untuk anak2 yatim dan mualaf

20/12/2020

Sekut Mayat
Nama populer ditahun2 60an, 70an dan 80an. Walaupun tahun 80an dah mula berkurangan, tapi produk itu masih digemari warga tua.

Sekut Mayat atau nama saintifiknya "Sekut Tawar" sangat digemari ramai kerana ketika itu "dialah" yang sohor. Kalau bertandang ke rumah jiran, keluarga, sekut itulah dihidangkan.

Asalnya Sekut Mayat dihidangkan pada majlis kematian. Bila ada kematian Sekut ini dihidang kepada "pelawat" juga kepada penggali kubur. Penunggu kubur menerima bekalan Sekut ini bertin2 bagi menampung seminggu berjaga.

Konsep makan yang diamalkan oleh pengguna dengan merendang ke kopi panas berasap. Sekali rendang berbelas keping. Kamudian guna sedu untuk mamakannya.

Sedap weiii.. tak cara try laa...
Syarat dengan kopi 0 panas2.

Kata orang kalau makan sekut mayat cicah air kopi, tak tua lalu kat belakang pun tak kabar.

Sekarang...kadang2 kelihatan. Bagi Ambo masih s**a kepada sekut mayat, Ambo rendang sampai bekok, pastu kait dengan sudu panas.

Bila nak suap ke mulut kena lenggak sikit sambil hembuskan asap keluar.

Suh Suh Suh....panas
Mnr

Address

Setapak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPAS Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share