Koputra Gold

Koputra Gold DINAR EMAS & GOLD BAR
KOPUTRA

21/07/2026

Hadiah boleh dilupakan, tetapi nilai emas kekal dihargai.

Dengan Gold Bar Custom KOPUTRA, anda boleh mencipta emas eksklusif yang lebih bermakna untuk setiap momen istimewa.

Sesuai untuk:
- Hadiah premium
- Cenderahati korporat
- Penghargaan khas

Jadikan setiap pemberian lebih bernilai dengan emas yang direka khas untuk anda.


21/07/2026

Dulu simpan emas kena simpan fizikal. Sekarang, semuanya boleh dibuat hanya dari telefon anda.

Lebih mudah, lebih cepat, lebih terkawal.


16/06/2026

πŸŒ™ DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN HIJRIAH πŸŒ™

Sambut kedatangan tahun baharu Hijrah dengan memperbanyakkan doa, istighfar dan muhasabah diri.

πŸ“– Doa Akhir Tahun
Dibaca pada akhir bulan Zulhijjah sebelum Maghrib.

πŸ“– Doa Awal Tahun
Dibaca selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan yang lalu, memberkati usia yang berbaki serta mengurniakan kehidupan yang lebih baik pada tahun yang baharu.











12/06/2026
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA PEMBUKAAN AR-RAHNU KOPUTRA CAWANGAN SENAWANGSenawang, 3 Jun 2026 – Pembukaan...
04/06/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA PEMBUKAAN AR-RAHNU KOPUTRA CAWANGAN SENAWANG

Senawang, 3 Jun 2026 – Pembukaan Ar-Rahnu KOPUTRA Cawangan Senawang pada hari ini telah diserikan dengan penganjuran Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan keberkatan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh barisan kepimpinan KOPUTRA yang terdiri daripada Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin Alias; Timbalan Pengerusi KOPUTRA, Encik Jasni Ahmad; Setiausaha KOPUTRA, Encik Sazali Sajidin; serta Bendahari KOPUTRA, Tuan Haji Saifulzaman Ahmad.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Puan Hajah Norizan, dan Jawatankuasa Audit ANGKASA (JAD), Tuan Raja Rusman bin Raja Samah, yang bersama-sama memeriahkan dan memberkati majlis berkenaan.

Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Ustaz Hafiz, Penyelia Tahfiz KOPUTRA. Majlis kemudianya diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin Alias, yang memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada warga kerja Ar-Rahnu KOPUTRA Cawangan Senawang.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa Ar-Rahnu KOPUTRA Cawangan Senawang merupakan cawangan Ar-Rahnu pertama yang ditubuhkan di luar Lembah Klang, melengkapkan rangkaian enam cawangan Ar-Rahnu KOPUTRA yang kini beroperasi.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Puan Hajah Norizan, yang menyatakan sokongan penuh ANGKASA Negeri Sembilan terhadap usaha KOPUTRA dalam menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang mudah, cepat dan patuh Syariah kepada masyarakat sekitar Senawang dan Seremban.

Sebagai penutup acara, sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu khas telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas kehadiran dan sokongan mereka. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar bersama semua tetamu dan hadirin sebelum bersurai.

Semoga pembukaan Ar-Rahnu KOPUTRA Cawangan Senawang ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan yang mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui perkhidmatan kewangan Islam yang dipercayai dan berdaya saing.

MEMACU KEJAYAAN

22/05/2026

Jalinan kerjasama kukuh bersama pelbagai rakan industri demi membina kepercayaan dan mengukuh masa depan anda.

Address

WISMA KOPUTRA, NO 43A & 43B, Jalan SG. BESI INDAH 1/19
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koputra Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koputra Gold:

Shortcuts

Share