25/12/2025
1 Kilo Silver sudah melepasi RM10,000 ( RM10/g)
Logam yg wajar diambil perhatian tahun 2026.
Cerita Pasal Silver lagi...
“Kenapa China, India, dan Russia beli PERAK gila-gila sekarang?
Apa benda yang diorang nampak, tapi rakyat Amerika langsung tak sedar?”
Jawapan dia simple:
Perak sedang jadi logam paling strategik abad ke-21…
pada waktu yang sama bekalan dunia makin ketat & kepercayaan pada dolar makin rapuh.
Bila kerajaan mula berebut logam… itu bukan spekulasi.
Itu survival.
Biar aku explain.
---
1. PERAK BUKAN SETAKAT ‘DUIT’ — INI SUMBER KUASA STRATEGIK
Ekonomi boleh hidup tanpa emas.
TAPI ekonomi moden tak boleh hidup tanpa perak.
Perak diperlukan dalam:
Solar panel
Kereta elektrik
Teknologi ketenteraan
Penapisan air
Hardware AI
Infrastruktur tenaga
Peralatan perubatan
Ia logam paling konduktif atas muka bumi.
Dan tak macam emas — perak ‘hilang’.
Bila dah digunakan industri, jarang sangat direcycle.
Maksudnya bekalan global makin susut…
ditambah p**a ketegangan geopolitik makin naik.
Sebab tu negara-negara besar mula bertindak pantas.
---
2. TENGOK APA CHINA BUAT
China antara pengeluar perak terbesar dunia…
TAPI sekarang diorang beli terus dari pelombong di Peru, sebelum sempat masuk pasaran.
Siap sanggup bayar dua kali ganda dari harga Barat.
Kenapa?
Sebab China tak percaya:
Bursa Barat
Vault Barat
Sistem settlement Barat
Diorang nak perak itu masuk China, proses dalam China, dan berada bawah kawalan China.
Itu petanda BESAR.
Negara buat macam ni bila mereka bersiap untuk:
Kejutan bekalan
Perpecahan perdagangan
Ketidakstabilan mata wang
atau masa depan di mana dolar tak lagi jadi raja.
Kalau negara sanggup beli apa saja tanpa kira harga…
itu bukan pelaburan.
Itu persediaan untuk sesuatu.
---
3. INDIA PUN TAK KURANG GILA PERAK
Dalam 5 tahun, India beli 900 juta ounce perak — lebih banyak daripada LBMA sendiri pindahkan dalam tempoh sama.
Kenapa besar sangat?
Sebab India tengah meletup dalam sektor:
Pembuatan solar
Elektronik
Teknologi pertahanan
Pertumbuhan pop**asi
Perak adalah TULANG BELAKANG industri ini.
India bukan ‘bet’ harga perak naik.
India sedang secure masa depan ekonominya.
---
4. SEKARANG RUSSIA MASUK PERMAINAN
Russia jadi negara besar PERTAMA yang umumkan secara terbuka:
Mereka mengumpul perak untuk kepentingan strategik negara.
❌Bukan untuk investment.
❌Bukan untuk trading.
✅Untuk keselamatan negara.
Bila kerajaan cop sesuatu sebagai “strategik”, itu bermaksud:
Mereka jangka kekurangan bekalan
Mereka jangka kejutan harga
Mereka jangka konflik geopolitik
Dan paling penting —
mereka tak percaya mata wang asing.
Ini simptom fasa-fasa akhir sistem monetari global.
---
5. SEJARAH DAH TUNJUKKAN — TAK ULANG, TAPI BERIRAMA
Setiap kali negara hilang kepercayaan pada mata wang dominan, mereka lari ke aset keras.
1960s — dolar lemah, syiling perak hilang dari edaran. Orang simpan "wang sebenar".
(Ini Gresham’s Law: duit buruk usir duit baik.)
1970s — lepas dolar tak lagi disandarkan pada emas, harga perak meletup masa inflasi mencengkam Amerika.
1920s Jerman — masa mata wang runtuh, aset keras termasuk logam industri kekal bernilai, kertas je jadi tidak berguna.
Bila mata wang lemah…
benda sebenar naik.
Dan hari ni, dolar makin merosot, kepercayaan global goyah, inflasi tak surut.
Patutlah semua negara rebut perak.
---
6. APA MAKSUD SEMUA NI UNTUK ANDA?
Bila tiga negara gergasi — lebih 40% penduduk dunia — mula sedut bekalan perak dunia…
Itu bukan trend.
Itu amaran.
Perak bukan lagi ‘pelaburan’.
Ia sedang berubah jadi:
✅ Rizab strategik
✅ Aset geopolitik
❗ Sumber keselamatan negara
❗ Dan perlindungan dari kejatuhan dolar
Sedangkan rakyat Amerika?
Rata-rata tak ada langsung perak.
Kurang dari 1% kekayaan Amerika ada dalam logam berharga.
Orang sibuk kejar saham, crypto pump, berita sensasi…
Sementara kerajaan diam-diam simpan perak.
Itu dah cukup jelas.
Perak bukan lagi komoditi.
Ia sedang jadi senjata geopolitik.
Soalan sebenar bukan:
“Berbaloi ke beli perak?”
Soalan sebenar ialah:
“Kenapa China, India & Russia bersiap untuk masa depan…
yang rakyat Amerika langsung tak perasan?”
Dan yang lebih penting…
Anda sendiri — dah bersedia ke belum?