Majlis Bandaraya Seremban

Majlis Bandaraya Seremban Laman Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Seremban
MAMPAN. BERSIH. SEJAHTERA

LAPORAN PEMASANGAN BANNER ARAHAN PEMBERSIHAN JABATAN PENYELENGGARAAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBANPada bulan April 2026, Maj...
13/05/2026

LAPORAN PEMASANGAN BANNER ARAHAN PEMBERSIHAN JABATAN PENYELENGGARAAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

Pada bulan April 2026, Majlis Bandaraya Seremban telah memasang banner arahan pembersihan di 17 tanah kosong dan premis terbiar dalam kawasan MBS.

Sehubungan dengan itu, mohon pemilik harta dalam kawasan MBS supaya membersihkan dan menyelenggara premis / tanah kosong dengan baik bagi mengelakkan didenda.





13/05/2026
Sama-sama semarakkan Hari Belia Negara 2026 edisi ke-62 pada 15 hingga 17 Mei 2026 di D'Tempat & X Park, Sendayan, Neger...
12/05/2026

Sama-sama semarakkan Hari Belia Negara 2026 edisi ke-62 pada 15 hingga 17 Mei 2026 di D'Tempat & X Park, Sendayan, Negeri Sembilan





🔥 Hari Belia Negara kembali lagi!

Sempena Hari Belia Negara 2026 edisi ke-62, ayuh jadi sebahagian daripada Himpunan Mega Belia MADANI. Bertemakan "Menggerak Belia", pelbagai aktiviti menarik, inspirasi baharu dan peluang menanti anda.
Inilah platform terbaik untuk belia berkumpul, berkarya dan melakar masa depan bersama.

📍 Temui kami pada 15 hingga 17 Mei 2026 di D'Tempat & X Park, Sendayan, Negeri Sembilan

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGUSAHA HOTEL BAGI PELAKSANAAN CAJ FI LESTARI DI BANDAR SEREMBANSeremban, 12 Mei 2026 - Majlis...
12/05/2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGUSAHA HOTEL BAGI PELAKSANAAN CAJ FI LESTARI DI BANDAR SEREMBAN

Seremban, 12 Mei 2026 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha Hotel di kawasan daerah Seremban bagi Pelaksanaan Caj Fi Lestari di Bilik Mesyuarat Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. Seramai 40 orang pengusaha / pemilik hotel berlesen yang telah menghadiri sesi libat urus ini

Tujuan sesi libat urus ini diadakan bagi mewar-warkan pelaksanaan fi lestari di semua hotel dan rumah tumpangan dalam daerah Seremban

Taklimat bagi sesi libat urus ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan. Turut hadir pegawai dari Jabatan Kewangan, Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan, Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi.





KAWALAN VEKTOR (FOGGING) OLEH JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN MBSTARIKH : 11/05/2026HARI : Isnin.MASA : 5.00pm - 8.00pmLO...
12/05/2026

KAWALAN VEKTOR (FOGGING) OLEH JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN MBS

TARIKH : 11/05/2026

HARI : Isnin.

MASA : 5.00pm - 8.00pm

LOKASI :
Pusat Perniagaan Wira, Nilai 3.

TUJUAN :
Kawalan populasi nyamuk dewasa penyebab demam denggi.

Mengawal penularan kes demam denggi yang berlaku dalam kawasan MBS.

HASIL PEMANTAUAN :
1) Aktiviti semburan kabus bermula pada jam 6.30 petang.

2) Kawasan semburan di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak kesihatan.

3) Bilangan premis yang disembur adalah 55 unit premis.






12/05/2026

Saksikan sorotan Lawatan Turun Padang Datuk Bandar (LTPDB) Meninjau Projek Menaiktaraf Longkang Monsoon di Kg.Jiboi pada 7 Mei 2026 yang lalu.





Not our day, but the fight goes on.Bangkit Lebih Kuat, MBS FC! ⚽🔥
11/05/2026

Not our day, but the fight goes on.
Bangkit Lebih Kuat, MBS FC! ⚽🔥





🎨 Hargai Seni, Pelihara Identiti Bandar Raya Seremban🎨Lorong Seni Seremban diwujudkan sebagai ruang kreatif untuk dinikm...
11/05/2026

🎨 Hargai Seni, Pelihara Identiti Bandar Raya Seremban🎨

Lorong Seni Seremban diwujudkan sebagai ruang kreatif untuk dinikmati bersama serta menjadi tarikan warga dan pelancong. Namun, perbuatan vandalisme seperti contengan dan kerosakan mural telah mencemarkan keindahan kawasan ini.

Majlis Bandaraya Seremban menyeru semua pihak agar bersama-sama menjaga kemudahan awam dan menghormati hasil karya seni yang telah dihasilkan dengan penuh usaha dan kreativiti.

❌ Jangan rosakkan.
âś… Sama-sama pelihara.

Marilah kita menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dengan:
• Tidak melakukan vandalisme
• Menjaga kebersihan kawasan
• Menghormati karya seni dan harta awam
• Menegur secara berhemah jika terlihat perbuatan merosakkan

đź’™ Lorong Seni Seremban milik kita bersama.

Keindahannya mencerminkan sikap dan budaya masyarakat kita.





LAPORAN TUGASAN KERJA ZON ALPHA BP1,BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, JUUP MBSAKTIVITI : TUGAS KHUSUS RUMAH URUT/OPERASI SITAAN P...
11/05/2026

LAPORAN TUGASAN KERJA ZON ALPHA BP1,BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, JUUP MBS

AKTIVITI :
TUGAS KHUSUS RUMAH URUT/OPERASI SITAAN PAPAN IKLAN RUMAH URUT

TARIKH : 6 MAY 2026/ RABU

MASA : 9:00 AM - 12:00 PM

LOKASI :
-JALAN TUN DR ISMAIL

HASIL LAPORAN
1. PEMERIKSAAN :

OPERASI SITAAN PAPAN IKLAN TELAH DIJALANKAN,DIBANTU BERSAMA JABATAN KEJURUTERAAN MBS DI PREMIS RUMAH URUT BERALAMAT TAMAN UNIAN,JLN TUN DR ISMAIL.

1 KOMPAUN SITAAN DIBAWAH UUK IKLAN TELAH DIKELUARKAN DAN REPORT POLIS JUGA TELAH DIBUAT DI BALAI BERDEKATAN.

PAPAN IKLAN YANG DISITA TELAH DI HANTAR KE STOR GALLA.

-MEMPAMERKAN IKLAN TANPA
KEBENARAN DARI MBS






DATUK BANDAR TINJAU PROJEK MENAIKTARAF LONGKANG MONSOON KG. JIBOIAmpangan, 7 Mei 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj.  Masri b...
11/05/2026

DATUK BANDAR TINJAU PROJEK MENAIKTARAF LONGKANG MONSOON KG. JIBOI

Ampangan, 7 Mei 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah turun meninjau Projek Menaiktaraf Longkang Monsoon Sediada kepada Longkang U drain sepanjang 570 meter di Kg. Jiboi, Ampangan.

Projek yang dilaksanakan adalah daripada rentetan daripada longkang telah uzur melebihi 40 tahun. Selain itu, ia meminimumkan kejadian banjir yang kerap berlaku setiap tahun akibat daripada punca kejadian 'backflow' dr Sg Batang Penar.

Hadir sama YB Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, ADUN Ampangan merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, pegawai-pegawai MBS dan wakil penduduk setempat.





Address

Wisma Bandaraya Seremban, Persiaran Forest Heights 1, Jalan Seremban-Tampin
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Majlis Bandaraya Seremban:

Share