Emas Public Gold by Azizul Faizei

Emas Public Gold by Azizul Faizei Authorised Dealer Public Gold

Mindset
23/05/2024

Mindset

AMBIL TEMPOH BERTENANGSEBELUM BERBELANJAEmas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit ...
20/05/2024

AMBIL TEMPOH BERTENANG
SEBELUM BERBELANJA

Emas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit dalam bentuk emas, duit simpanan kita lebih bertahan lama sebab kita terpaksa ambil "tempoh bertenang" sebelum berbelanja; samada kena jual atau gadai dulu emas tu untuk dapatkan tunai segera.

Bila nak jual, rasa sayang pulak nak jual emas tu. Walaupun emas tu kita boleh jualnya pada bila-bila masa sahaja, tapi "tempoh bertenang" tu membuatkan kita lebih teliti bila berbelanja, dan banyak menyelamatkan duit kita daripada berbelanja yang bukan-bukan. Kita hanya akan jual atau gadai emas itu hanya bila ada hal yang benar-benar perlu sahaja.

Simpan duit dalam bentuk emas ni dapat elakkan masalah biasa ramai orang bila menyimpan, iaitu "simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit!".

Jadi kalau nak selesaikan masalah simpan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpananlah tunai (dibank) cukup sekadar 3 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik tukar kepada emas.

Simpan emas pada hakikatnya sama seperti simpan wang TUNAI juga. Bila pakai duit segera, kita boleh jual atau gadai sahaja di ar-rahnu.




Sumber: Tuan Mohd Zulkifli Shafie

TIPS UNTUNG DENGAN EMASItem paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi. Selain 1 dinar, saya suggest gold bar 5 gram ni...
20/05/2024

TIPS UNTUNG DENGAN EMAS

Item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.

Selain 1 dinar, saya suggest gold bar 5 gram ni sebagai item paling kecil dan terbaik dikeluarkan dari .

Saya dah mula tersuka item ni bila sedar;

✅ Caj premium jauh lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Cuma RM10 sekeping.

✅ Mudah pajak atau jual sikit-sikit kalau nak pakai duit. Nilai sekarang sekitar RM1,900 ++

✅ Mudah dibawa, boleh sorok dalam jahitan baju macam pelarian Vietnam bawa lari emas Kim Thant.

✅ Tak melekat pada sarung plastik. Mudah dipajak tanpa perlu koyakkan sarung plastik macam item 1 dinar terbaru.


PELABURAN ATAU SIMPANAN?Emas dianggap sebagai pelaburan, tapi emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan.Pesan Mentor sa...
19/05/2024

PELABURAN ATAU SIMPANAN?

Emas dianggap sebagai pelaburan, tapi emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan.

Pesan Mentor saya, nak simpan emas perlu ada ilmu.

Kita kena tahu, kita simpan emas sama ada untuk pelaburan atau simpanan?

Jika beli emas untuk pelaburan, item goldbar 250gram ke atas adalah lebih sesuai sebab harga per gram nya lebih rendah, caj premium lebih murah dan spread lebih nipis.

Contohnya, kalau bajet beli emas cuma 1 gram, anggaplah ia sebagai tabungan, bukannya pelaburan.

Menabung dulu dengan sabar sampai cukup sebagai "life boat" keluarga ketika kecemasan.

Nak mudah dan murah, menabunglah melalui . Menabung sikit-sikit dan letakkan target simpanan emas kita. Mula dulu serendah RM100 di Public Gold. Jangan tunggu duit banyak baru nak mula simpan emas tapi mulakan dulu walaupun hanya 1gram.

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/0192604621

Jom! Sertai keluarga besar G100Network!


Emas bernilai sepanjang zaman
18/05/2024

Emas bernilai sepanjang zaman

15/05/2024
Beli emas dengan duit simpanan untuk jangkamasa panjang
15/05/2024

Beli emas dengan duit simpanan untuk jangkamasa panjang

Fakta rahsia potensi emas
15/05/2024

Fakta rahsia potensi emas

Simpanan emas
14/05/2024

Simpanan emas

𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐋𝐀𝐒𝐈?Inflasi saban tahun makin teruk. Dulu pisang goreng RM1 dapatlah 10 keping. Sekarang, RM2 d...
14/05/2024

𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐋𝐀𝐒𝐈?

Inflasi saban tahun makin teruk. Dulu pisang goreng RM1 dapatlah 10 keping. Sekarang, RM2 dapat 5 biji, tu pun ramping bukan main lagi pisangnya! Maksudnya, nilai ringgit makin jatuh.

Bayangkan kalau kita menabung duit dekat rumah, selepas 5 tahun, duit tu "nampak banyak" tetapi sebenarnya kita tertipu dengan nombor. Nilai duit terus susut. Sebab itulah, kita perlu segera alihkan sebahagian ringgit kita kepada emas 999 sebab emas 999 kalis inflasi.

Ye ke kalis inflasi? Betul. Jom kita tengok sejarah. Buktinya, harga kambing 1400 tahun dulu sehinggalah sekarang kekal 1 dinar emas. Tapi, kalau beli pakai ringgit, harga kambing pada tahun 2000 adalah RM150. Sekarang sekitar RM1100

Harga emas kelihatan semakin mahal. Hakikatnya, nilai ringgit yang makin jatuh. Bagi mereka yang tahu nilai sebenar emas, mahal macam mana sekalipun harga emas pada satu-satu masa, mereka tetap simpan emas kerana emas kalis inflasi!

Tukarlah sebahagian kekayaan anda kepada emas 999 kerana emas mengekalkan kuasa beli anda!

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/0192604621

Jom! Sertai keluarga besar G100Network!


Emas Vs Kwsp
14/05/2024

Emas Vs Kwsp

Address

12G, Jalan 1A/2, Taman Suci, Bandar Ainsdale
Seremban
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Emas Public Gold by Azizul Faizei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Emas Public Gold by Azizul Faizei:

Share