29/09/2021
Soalan asas bila ajak rakan simpan EMAS...
Adakah sebagai penyimpan emas kita perlu mengkaji graf?
Belajar teknikal untuk dapatkan harga terbaik?
Jawapannya TIDAK PERLU.
Sebabnya :
Kita bukan trader yang cari makan dengan buy low dan sell high. Dapat makan 10 point dah untung USD100. Kita bukan pelabur yang sekali beli 1 kg, naik RM10 segram dah untung RM10,000.
Kita adalah penyimpan emas yang konsisten, membeli setiap bulan tanpa mengira harga. Kita fokus pada GRAM dan bukan RM.
Cuma apabila tiba-tiba harga lebih rendah dan ada duit lebih, kita tambah gram.
Waktu terbaik beli emas?
Bukan waktu harga rendah, tapi waktu ada duit.
Tak guna tunggu harga terbaik tapi bila harga terbaik sampai kita tak ada duit.
Bukan sedikit kononnya yang menunggu harga terbaik nak beli, tapi bila tiba harga terbaik mereka tak boleh nak beli sebab dah tak ada duit.
Kenal pasti kedudukan kita kat mana ? Adakah kita pelabur, penyimpan atau peniaga emas.
Nak buat duit jangkamasa pendek dengan emas perlu jadi pelabur emas atau peniaga emas. Lock 300-400 gram sekali beli baru kita panggil pelabur, jika sikit-sikit, kita hanya penyimpan emas. Peniaga emas dapat hasil dari keuntungan jual beli emas.
Contoh dealer Public Gold akan dapat insentif 1% - 2% dari pembelian customer Public Gold. Keuntungan penyimpan emas adalah hasil kenaikan harga emas untuk jangkamasa panjang (biasanya lebih dari 3 tahun).
Tak perlu belajar graf secara detail kalau kita penyimpan emas. Cukup sekadar ambil tahu kenapa harga emas turun, kenapa harga emas naik. Kalau naik, kita sebagai penyimpan tetap beli, kalau murah dan ada duit lebih kita borong.
Ramai pengkaji graf tidak ada emas di tangan kerana asyik mengkaji tanpa membeli. Apa yang lebih penting adalah beli secara konsisten.
Nak bermula ? Tanya jer caranya kat saya...