26/08/2026
π KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-56 SK ST MARY LABUK 2026 π
πΈ ACARA BALAPAN AKHIR | KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN
Sabtu, 22 Ogos 2026
Alhamdulillah, berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan Acara Balapan Akhir Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-56 SK St Mary Labuk 2026 di Kompleks Sukan Sandakan pada Sabtu yang lalu. πββοΈπββοΈπ₯
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid SK St Mary Labuk yang telah memberikan komitmen, keberanian, disiplin dan semangat juang yang luar biasa dalam setiap acara yang disertai. Menang atau kalah bukan ukuran utama β keberanian mencuba, semangat bersaing dan kesungguhan memberikan yang terbaik itulah kemenangan sebenar. ππ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan guru, jurulatih, urus setia serta semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah bertungkus-lumus mencurahkan masa, tenaga dan komitmen bagi memastikan kejohanan pada tahun ini berlangsung dengan lancar dan jayanya. β€οΈ
Tidak dilupakan juga sokongan ibu bapa serta seluruh warga SK St Mary Labuk yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada anak-anak sepanjang kejohanan. ππ
π Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan teruskan mencipta kejayaan!
Kerana di SML, kita sentiasa berpegang kepada semangat:
π KEEP ON LEARNING
β€οΈ MISSO GINAWO
Semoga pengalaman dan semangat kesukanan yang dibina melalui kejohanan ini menjadi kenangan indah serta pembakar semangat untuk anak-anak SML terus mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.
πββοΈ Tahniah semua atlet cilik SML!
π Syabas kepada semua guru dan PIBG!
β€οΈ Satu hati, satu semangat, satu keluarga SML!
KEEP ON LEARNING β’ MISSO GINAWO π