26/05/2026
KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA MURID PENOLONG KETUA MURID SBP KEBANGSAAN
Tempat : MMU CYBERJAYA
Anjuran : KOLEJ TUNKU KUSHIAH dan BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Tarikh : 18 hingga 21 MEI 2026
Sasaran : KETUA DAN PENOLONG KETUA MURID SBP
๐Pencapaian Pertandingan Video Amalan Baik Kepimpinan SBP : Anugerah EMAS๐ฅ
Kursus Kepemimpinan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid SBP Kebangsaan diadakan bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berkarisma serta mampu menjadi contoh teladan kepada warga sekolah. Sebagai pemimpin utama pelajar di sekolah, Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid memainkan peranan penting dalam membantu pihak pentadbiran membentuk budaya sekolah yang positif, berdisiplin dan harmonis.
Selain itu, kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah dalam kalangan pemimpin pelajar agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran semasa. Pendedahan melalui aktiviti, perkongsian pengalaman dan latihan kepimpinan mampu membentuk jati diri, keyakinan serta semangat kepimpinan yang tinggi.
Kursus ini juga menjadi platform untuk menghimpunkan pemimpin-pemimpin pelajar daripada Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara bagi berkongsi idea, amalan terbaik dan membina jaringan kepimpinan yang berkualiti. Melalui program ini, diharapkan lahir generasi pemimpin muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai integriti, empati dan semangat patriotisme selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
IHSAN ILMU KHALIFAH