16/10/2024
Tahniah kepada Yayasan Ikram Malaysia kerana telah berjaya menghantar laporan kewangan bagi tahun berakhir 2023.
👍👍👍
Pada 30 September 2024, Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) telah menyerahkan laporan audit kewangan 2023 kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri. Penyerahan ini merupakan langkah penting untuk mengemaskini laporan audit kewangan yang ditetapkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Ts. Dr. Zaharuddin Bin Saidon diiringi oleh staf operasi, Zahieyra dan Nurhafizah. Turut hadir bersama ialah En. Faidzal, yang mewakili Setiausaha Syarikat.
Penyerahan laporan ini diterima oleh En. Tham Hong Loong bagi pihak BHEUU. Proses ini bertujuan untuk memastikan pematuhan kewangan Yayasan Ikram Malaysia mengikut piawaian yang ditetapkan, sekaligus memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus kewangan yaIKRAM.
Pematuhan yaIKRAM kepada Akta Pemegang Amanah ini mencerminkan komitmen kami terhadap integriti kewangan dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh BHEUU.
Anda boleh melihat senarai 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 sejak tahun 2019 hingga 2022 di sini:
https://www.yayasanikram.org.my/ #/laporan-tahunan
Yayasan Ikram Malaysia diperbadankan pada 31 Oktober 2011 mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) di bawah Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.