09/09/2022
HIBAH TAKAFUL adalah PERLINDUNGAN TAKAFUL di mana jika pemegang SIJIL TAKAFUL meninggal dunia, terkena sakit kritikal atau hilang upaya kekal, syarikat takaful akan membayar sejumlah wang pampasan kepada pewaris atau penerima hibah.
Apa fungsi Hibah Takaful ni ?
❤️ Sebagai pengganti gaji jika pemegang polisi sudah tidak dapat bekerja atau menjana pendapatan dan memberi nafkah kepada keluarga disebabkan kematian, sakit kritikal atau hilang upaya kekal.
❤️ Membantu pewaris dalam menyelesaikan hutang-hutang bagi pihak arwah dengan menggunakan pampasan yang diterima.
❤️ Untuk pasangan menyambung legasi, tanggungjawab dan amanah yang ditinggalkan oleh pasangannya dalam menyara keluarga dan memulakan hidup baru dengan pampasan yang dihibahkan.
❤️ Untuk digunakan sebagai dana pendidikan anak-anak supaya pembelajaran tidak terabai.
❤️ Boleh dijadikan MLTT “Mortgage Level Term Takaful” bagi pewaris menyelesaikan baki pinjaman perumahan untuk terus tinggal dikediaman yang banyak meninggalkan kenangan bersama.
❤️ Penerima hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja walaupun bukan ahli keluarga dan ia adalah penerima mutlak dan pihak lain tidak boleh menuntut.
❤️ Tempoh penerimaan pampasan yang sangat cepat dan mudah untuk pewaris mendapat “instant cash” bagi kelangsungan hidup sementara menunggu proses faraid selesai.
Your Life Planner,
Hafizahrahim
Harith Faisal Group