13/07/2023
Emas tiada Dividen!
Hati-hati jika ada syarikat yang menjanjikan keuntungan dividen atau p**angan berlipat ganda.
Keuntungan emas sebenarnya:
1. ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ธ
โ
Duit kita selamat dari bocor.
โ
Duit kita selamat dari sifat boros berbelanja
โ
Duit kita selamat dari dimamah inflasi
โ
Emas mengekalkan nilai sepanjang zaman sejak zaman Rasulullah lagi
2. ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด
โ
Kenaikan harga emas sekurang-kurangnya 10% setahun.
Ini contoh pengalaman saya sendiri:
Saya beli 1 Dinar (4.25 gram) pada tahun ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ฑ - RM600
Sekarang 1 Dinar (4.25 gram) pada tahun ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ - RM1,300+
Nampak tak?
Dari pengalaman saya sendiri, keuntungan emas telah melebihi 10% setahun!
Jadi kenapa kita nak ambil risiko join skim-skim emas yang pelik-pelik dengan janji keuntungan berlipat ganda? ๐ค
Kenapa kita masih tak mahu belajar dari kesilapan orang lain?
Kenapa kita mudah sangat gelap mata bila ditawarkan keuntungan berlipat-lipat ganda?
Biasanya syarikat-syarikat emas sebegini akan berikan keuntungan beberapa tahun awal sahaja.
Sebab mereka perlukan testimoni-testimoni ini untuk mengaburi mata lebih ramai lagi di luar sana.
Kita seharusnya mengambil iktibar dari skim pelaburan emas Tok Berlagak dan juga Skim Pelaburan Emas Genneva. Semuanya dah lingkup dengan kerugian berjuta ringgit.
Keratan akhbar di atas pun dah cukup menakutkan.
Emas sebenarnya adalah ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฎ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ.
Tapi bila kita terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda, emas menjadi aset yang sangat berisiko!
Jadilah Penyimpan Emas yang bijak. Beli emas, pastikan dapat emas.
Simple kan?