26/05/2026
Ramai sangka pinjam dengan ah long online boleh selesaikan masalah dengan cepat.
Hakikatnya, masalah kecil boleh jadi musibah paling besar.
Ada yang pernah pinjam cuma RM2000.
Masa mula pinjam, semuanya nampak mudah.
Duit masuk cepat, syarat pun ringkas saja.
Tapi bila terlambat sehari sahaja, di caj RM100.
Bayangkan kalau seminggu lewat?
Hutang makin naik sampai tak terkawal jadi nya.
Dari RM2000, jadi beribu-ribu dalam masa singkat.
Telefon keluarga pun tak henti-henti berbunyi.
Ugutan mula datang siang dan malam.
Akhirnya, jalan terakhir yang ada hanyalah jual surat pajak barang kemas milik isteri.
Barang kemas yang disimpan bertahun-tahun, yang asalnya untuk masa susah dan kecemasan keluarga… terpaksa dilepaskan demi menutup hutang ah long online.
Paling menyedihkan, hutang belum tentu selesai sepenuhnya.
Duit boleh di cari semula, tetapi ketenangan rumah tangga yang hilang sangat mahal nilainya.
Pinjaman ah long nampak seperti “penyelamat segera”, tetapi ramai akhirnya terperangkap dengan caj melampau dan tekanan emosi yang berat.
Kalau sedang susah, carilah jalan yang lebih selamat.
Berbincang dengan keluarga, cari bantuan kewangan yang sah, kurangkan komitmen sementara, atau jual aset secara baik sebelum keadaan jadi lebih parah.
Iktibarnya, jangan kerana mahu selesai masalah sehari, kita membuka pintu kepada masalah yang lebih panjang.