03/07/2026
SETIA BERBAKTI
πππππππ πππππππππ ππππ πππππ πππππ ππ-ππ πππππππ πππππππππππ ππππππππ (ππππ)
3 Julai 2026 merupakan detik bersejarah yang menandakan ulang tahun ke-54 penubuhan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Sepanjang lebih lima dekad, RELA terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan serta menyumbang ke arah pemeliharaan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat demi kemakmuran negara.
Semoga RELA terus kekal sebagai sebuah organisasi kesukarelawanan yang berwibawa, progresif dan disegani, serta sentiasa komited dalam menyokong aspirasi pembangunan negara melalui semangat kesukarelawanan, perpaduan dan khidmat bakti kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga RELA, merangkumi pegawai, kakitangan dan anggota, atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi memelihara keselamatan, kesejahteraan serta kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada:
Pengarah serta seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah.