Puspanita Daerah Kuantan

Puspanita Daerah Kuantan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.

Program Ziarah Kasih Ramadhan Puspanita Daerah Kuantan Ke Atas 13 Buah Rumah Di Sekitar Mukim Sg Karang, Kuantan Pada Ha...
23/04/2022

Program Ziarah Kasih Ramadhan Puspanita Daerah Kuantan Ke Atas 13 Buah Rumah Di Sekitar Mukim Sg Karang, Kuantan Pada Hari Ini 23 April 2022...

Boleh cuba tips2 ni..haha❤️Hari ini genap setahun Wife saya menabung hanya ditepi mesin Bash sahaja. Tadi saya pecahkan ...
18/04/2022

Boleh cuba tips2 ni..haha❤️

Hari ini genap setahun Wife saya menabung hanya ditepi mesin Bash sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira

Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling).

Tips nya mudah. beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka letak tepi mesin basuh.

kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal (ad)

KeTiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak
satu tabung disebelah mesin bash,jadi bila suami
tia tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.

KeEmpat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta
suami, dalam bilik, rang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.

KeLima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas. Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada
masjid.

Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.

-EnMatt-

Jom Join Telegram t.me/elewschannel

You can view and join right away.

Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. Bukan bermaksud,...
18/04/2022

Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun.

Bukan bermaksud, tak boleh bersara lagi awal. Boleh bersara lagi awal. Tiada masalah.

Boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang²nya 10 tahun.

Bersara seawal pada usia tersebut, apa yang layak terima?

Kalau kalian cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, kalian sudah layak bergelar 'pesara Kerajaan'. Kalian sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen :

1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan /perubatan percuma di premis kesihatan Kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa),
2. Ganjaran Perkhidmatan; dan
3. Award Wang Tunai GCR

Pencen bulanan sahaja kena tunggu, dan boleh terima nanti pada usia 55 tahun, sekiranya kalian dilantik selepas tarikh 12 April 1991.

Untuk terima pencen pertama pada bulan hari lahir ke 55 tahun tu, pastikan akaun bank yang telah kalian daftarkan semasa urusan persaraan kalian dahulu, masih aktif.

Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari kalian telah masuk usia 55 tahun.

Kalau dilahirkan pada 1 hb, dapatlah penuh. Kalau dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tu, dikira 1 hari sahaja. Berbeza.

Masuk bulan berikutnya, baru dapat bayaran penuh. Ramai teruja apabila terima bayaran pencen pertama. Teman pun tumpang teruja 😆.

Ramai yang tidak arif juga yang bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dan dikira 'proportionate' ikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.

Sekian, terima kasih. Harap bermanfaat. 😊

CnP daripada Pages JPA Pencen..

Ibadat infirodi ini penting. Namun kena tengok keadaan, pandang kiri kanan. Sebagai suami yang inginkan ibadah yang semp...
15/04/2022

Ibadat infirodi ini penting. Namun kena tengok keadaan, pandang kiri kanan. Sebagai suami yang inginkan ibadah yang sempurna:

1. Jika isteri sedang memasak dan kita nak solat sunat tanya isteri. Awak nak saya bantu apa-apa tak? Saya nak solat 2 rakaat sekej*p. Jika isteri kata abang main dengan anak j*p saya nak masak. Maka suami utamakan anak-anak.

2. Jika anak-anak berbelit ajak Mak mereka main, suami tutup Mushaf Al Quran dan main dengan anak-anak. Atau bawa anak-anak keluar sekej*p mungkin isteri nak rehat atau nak siapkan juadah berbuka.

3. Apabila isteri hidangkan makanan, suami kena terus ucap terima kasih sayang, kucup dahi dan tangan isteri dan doa. “Ya Allah moga asbab kebaikan isteriku masak untukku dan anak-anak, maka Ya Allah terimalah ibadat isteriku ini dan gantikan kebaikan ini dengan syurga buatnya”.

4. Ringankan tulang untuk kemas atau basuh segala pinggan mangkuk setelah makan. Inilah paling berat buat suami, namun ketahuilah senangkan hati isteri seperti kita senangkan hati ibu kita. Senangkan hati isteri kita senangkan hati ibu kepada anak-anak kita.

Demi Allah. Nilai Setitik susu yang anak kita minum dari badan isteri sampai khiamat tidak akan mampu kita balas.

Isteri sapu halaman rumah itu pun dikira ibadat. Ibadat tidak semestikan solat, zikir, baca Al Quran sahaja. Jom bahagia.

Gambar ihsan dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi

-EncikMatt-

Alhamdulillah..berada d taman syurga pagi ini bersama PU Mizi..tahniah team Puspanita Jab Perhutanan Negeri Pahang di at...
15/04/2022

Alhamdulillah..berada d taman syurga pagi ini bersama PU Mizi..tahniah team Puspanita Jab Perhutanan Negeri Pahang di atas penganjuran majlis llmu pada pagi ini..terbaik👍❤️

Assalamualaikum semua..mari2 lah sama2 kita memgimarahkan keberkatan Ramadan.Kareem pagi ini dgn berada d taman2 syurga....
15/04/2022

Assalamualaikum semua..mari2 lah sama2 kita memgimarahkan keberkatan Ramadan.Kareem pagi ini dgn berada d taman2 syurga..aaminn..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,YB./YH. DS/DI/Dato'/Tuan/Puan,                                                     ...
13/04/2022

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YB./YH. DS/DI/Dato'/Tuan/Puan,

Program Ramadhan, Bacaan Yassin dan Ceramah Agama Siri 2
Tarikh: 15 April 2022 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Secara dalam Talian (Aplikasi Cisco Webex)
Pautan :
https://suknegeripahang.webex.com/suknegeripahang/j.php?MTID=m4d867a7a7f0fffbd2958e471dc96f542

Meeting number :
2516 862 8748

Password :
Programramadhan2

Nota:
Semua ahli PUSPANITA Daerah Kuantan & JPNP dimohon untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit dan memastikan capaian internet yang optimum sebelum bacaan yassin bermula.

Sekitar Majlis Bacaan Yassin Anjuran Puspanita Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bersama Puspanita Daerah Kuantan pada 8....
08/04/2022

Sekitar Majlis Bacaan Yassin Anjuran Puspanita Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bersama Puspanita Daerah Kuantan pada 8.4.2022 secara atas talian..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,YB./YH. DS/DI/Dato'/Tuan/Puan,                                                     ...
05/04/2022

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YB./YH. DS/DI/Dato'/Tuan/Puan,

Program Ramadhan, Bacaan Yassin dan Ceramah Agama Siri 1
Tarikh: 8 April 2022 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Secara dalam Talian (Aplikasi Cisco Webex)
Pautan Mesyuarat:
https://suknegeripahang.webex.com/suknegeripahang/j.php?MTID=m9c22850ebb36c6e0109220448ad6c49f

Meeting number :
2510 625 7053

Password :
Programramadhan1

Nota:
Semua ahli PUSPANITA Daerah Kuantan & JPNP dimohon untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit dan memastikan capaian internet yang optimum sebelum program bermula.

Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kuantan.Kali Ke 31...sedang berlangsung...mohon ahli-ahli cawangan daerah hadir yea.....
18/03/2022

Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kuantan.Kali Ke 31...sedang berlangsung...mohon ahli-ahli cawangan daerah hadir yea..😍

28/02/2022

Meh geng2 kita...

Perempuan...KITA LAH YE..hihi💃💃Kalau takde tudung yg match dgn baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya pe...
16/02/2022

Perempuan...KITA LAH YE..hihi💃💃

Kalau takde tudung yg match dgn baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.

Kalau baju yg sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.

Keronsang yg dia beli RM10 dpt 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia kata dia tak makan keronsang tu. Dan dgn muka mcm org dah ambil keronsang dia, dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.

Beratnya 50 kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet.

Dia yg buat hal, lepas tu dia yg merajuk.

Kalau org usik tudung yg dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu thn lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je baik². Dah pakai kang kedut gak balik.

Dia boleh pakai tudung dgn pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial org lain, tapi lipat kain dia malas.

Org marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.

Dia tahu sakit bersalin tu mcm nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekej*p je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.

Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa.

Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yg kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla... Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam² la... so, jgn silap kaler ok.

Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila org tak paham, dia sedih.

Dia tahu sakitnya dianiaya orang yg dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yg mengerti.

Dia boleh jadi dragon fly yg comel, boleh jadi dragon fire yg menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yg susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dpt pun boleh terlepas balik ok.

Itulah perempuan, penghibur terbaik yg Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan kamu, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah.

Kredit to owner

Address

Kuantan

Telephone

+601112945400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share