Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman Pertubuhan kebajikan anak yatim dan miskin Nur iman

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. hari penuh kemuliaan  dah keberkatan. jom perbanyakkan sedekah dah selawat di h...
17/03/2023

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. hari penuh kemuliaan dah keberkatan. jom perbanyakkan sedekah dah selawat di hari yang mulia ini

Khamis 26 Januari 2023/4 Rejab 1444HMenjaga Alam Sekitar Tanggungungjawab Manusia Sebagai KhalifahIslam sangat menikbera...
26/01/2023

Khamis
26 Januari 2023/4 Rejab 1444H
Menjaga Alam Sekitar Tanggungungjawab Manusia Sebagai Khalifah
Islam sangat menikberatkan aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi mewujudkan suasana yang harmoni, selesa dan seimbang.
Firman Allah SWT: “Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dgn perintah-Nya? Dan ia p**a menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dgn izin-Nya; sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya dan rahmat-Nya kepada umat manusia” (Surah al-Hajj, 22: 65)
Alam sekitar merupakan satu nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada umat manusia sebagai satu tanda kebesaran dan rahmat-Nya kepada umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab manusia sebagai Khalifah di atas muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara kelestarian alam sekitar.
Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Surah al-A’raaf, 7: 56) Islam menganjurkan manusia supaya tidak melakukan kerosakan ke atas alam sekitar.
Ayat ini menunjukkan bahawa tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang tidak diingini kepada alam ciptaan Allah yang dianugerahkan kepada kita.
Pertama sekali, penting bagi kita mengetahui peranan kita di bumi Allah ini. Di dalam Al-Quran, Allah menerangkan dengan jelas bahawa kita diciptakan sebagai Khalifah; dalam surah Al-Baqarah ayat 30:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."
Ayat ini menunjukkan kita berada di kedudukan yang tinggi jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain. Ini sekali gus menunjukkan kita adalah penjaga alam dan semua yang ada di dalamnya.

Tambahan dengan itu, Allah menghadiahkan kepada kita anugerah istimewa jika dibandingkan dengan makhluk lain; iaitu keupayaan berfikir.
Anugerah tersebut datang dengan amanah yang diberikan kepada kita; dan kita akan disoal di akhirat kelak terhadap apa yang kita lakukan kepada diri sendiri, makhluk lain dan alam ini.
Dengan itu, kita sebagai khalifah dan ketua alam ini dipertanggungjawab untuk mentadbir alam ini dengan sebaiknya, selaras dengan tujuan penciptaan kita.
Islam menggalakkan kita untuk melihat alam dan bertadabbur akan keagunganNya. Dengan menggunakan akal fikiran untuk melihat ciptaan Allah, ini kemudian membawa kepada penghargaan yang paling mulia iaitu menghargai dan bersyukur atas belas kasihan-Nya.
Melihat kepada alam sekitar sambil mensyukuri rahmat Allah yang luas memang digalakkan di dalam Quran, seperti di surah Ali-Imran ayat 190 yang bermaksud,:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."
Ini selaras dengan kata-kata Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri dalam kitab Pelajaran Tauhidnya, bahawa mengenal Allah dengan cara yang ringkas adalah dengan mempercayai adanya Allah Tuhan yang Esa, yang berlainan daripada makhluk- Nya, yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan Maha Suci daripada kekurangan. Dengan dalil bahawa alam ini adalah ciptaan Allah yang menunjukkan adanya Allah.
Jika kita mengimbas kembali, kita akan sedar bahawa nenek moyang kita telah banyak mengajar kita ilmu dan hikmah yang ditukil dari alam sekitar. Mereka peka dengan keindahan alam sehingga mampu mengambil iktibar daripadanya, sekali gus mencerminkan tahap intelektual yang amat tinggi.
Bukti ketara yang masih kelihatan pada hari ini adalah penggunaan elemen alam dalam peribahasa.
Salah satu contoh peribahasa yang berkaitan dengan alam ialah 'air pun ada pasang surutnya' yang bererti nasib seseorang itu ada baik dan buruknya.
Seperti yang dilakukan moyang kita, tentu sekali ada banyak yang boleh kita pelajari daripada alam kita. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, ia menjadi tanggungjawab kita menjaga bumi kita supaya generasi akan datang dapat meraih faedah daripadanya.
Salah satu amalan yang kita lakukan dan sering membawa kepada pembaziran ialah berwuduk.
Secara amnya, setiap Muslim perlu mengambil wuduk sebanyak lima kali sehari. Malangnya, ramai di antara kita yang menggunakan air yang berlebihan.
Ini jelas ditegah oleh Nabi Muhammad saw, di mana daripada hadis 'Abdillah bin 'Amr, ketika Rasulullah saw melewati Sa'ad yang sedang berwuduk, beliau mengatakan:
"Jangan berlebihan!" Maka Sa'ad berkata, "Ya Rasulullah apakah ada berlebihan dalam masalah air?" Beliau berkata, "Ya, walaupun engkau berada pada sungai yang mengalir." (Ibn Majah).
Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya kita berhemah dan mengelakkan pembaziran dalam ibadah harian kita. Jika ketika berwuduk Nabi Muhamamd saw mengarahkan kita supaya tidak berlebihan, apatah lagi dengan aktiviti harian kita yang lain?
Dengan itu, sangat digalakkan agar kita menyumbang secara positif kepada alam seperti tidak membazir elektrik, tidak membazir makanan dan minuman, menggunakan produk yang mesra alam, mengelakkan pembuangan sampah sebanyak mungkin, dan mengitar semula barang-barang yang tidak digunakan lagi.
Kepentingan melindungi alam adalah tanggungjawab setiap Muslim memandangkan ia mempunyai kaitan rapat dengan agama.
Dengan adanya perubahan positif berserta niat untuk melindungi alam Allah ini, ia boleh memberi kesan jangka panjang bagi kita melindungi satu-satunya bumi yang kita ada dengan harapan mendapat keredaan-Nya.
Penulis ialah ustazah sambilan di Masjid Al-Iman dan Masjid Maarof. Beliau bekas pelajar Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah dan ahli kump**an FiTree. Beliau baru menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Dasar Awam dan Ehwal Global daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Semasa pengajiannya di NTU, beliau menamatkan diploma Syariah Islamiyyah secara sambilan di Pusat Pendidikan Jamiyah.
________________________________________
"Kepentingan melindungi alam adalah tanggungjawab setiap Muslim memandangkan ia mempunyai kaitan rapat dengan agama.
Dengan adanya perubahan positif berserta niat untuk melindungi alam Allah ini, ia boleh memberi kesan jangka panjang bagi kita melindungi satu-satunya bumi yang kita ada dengan harapan mendapat keredaan-Nya."
- Ustazah Dhania Raihana Saheid.

11/01/2023
Ahad17/04/20223.00 ptgAlhamdulillah...Menerima kunjungan dan sedikit sumbangan dari UITM ENERGY, SHAH ALAM. Terima kasih...
17/04/2022

Ahad
17/04/2022
3.00 ptg

Alhamdulillah...
Menerima kunjungan dan sedikit sumbangan dari UITM ENERGY, SHAH ALAM. Terima kasih kerana memilih premis kami untuk majlis ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2021 DARI KAMI WARGA Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman
16/09/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2021 DARI KAMI WARGA Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman

MERDEKA 🇲🇾 MERDEKA 🇲🇾 MERDEKA 🇲🇾Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke- 64 tahun Malaysia.Ketika Pandemik Covid -19 masi...
31/08/2021

MERDEKA 🇲🇾 MERDEKA 🇲🇾 MERDEKA 🇲🇾
Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke- 64 tahun Malaysia.
Ketika Pandemik Covid -19 masih melanda negara kita, ia tetap tidak menghalang kita semua untuk Menyambut Hari Kebangsaan Negara kita 🇲🇾 Malaysia.
Patuhi SOP dengan menjaga jarak, memakai pelitup muka dan sentiasa mencuci tangan. Ayuh bersama kita Merdeka daripada wabak COVID-19 !

JOM ORDER IKAN SUNGAI DARI KAMI😁IKAN PATIN SANGKARIKAN KELIIKAN TALAPIAIKAN BAUNG Kalau teringin nak makan PAIS PATIN po...
03/12/2020

JOM ORDER IKAN SUNGAI DARI KAMI😁

IKAN PATIN SANGKAR
IKAN KELI
IKAN TALAPIA
IKAN BAUNG

Kalau teringin nak makan PAIS PATIN pon kami ade tau🥰

BAHAGIAN KEPALA RM 15.00
BAHAGIAN BADAN RM 12.00
BAHAGIAN EKOR RM 12.00

😁 ikan2 dari Rumah Nuriman ni semua sedap2 dan x de bau hanyir tauu... Harga pon
berpatutan sangat😁

EHH .... Bukan itu sahaja tau... Kami turut menyediakan😆
TELUR ITIK🐣

Nak Yang TELUR MENTAH ade... Yg dah jd TELUR MASIN pon ade... Homemade punya lagi😍 balik boleh terus rebus dan makan... Itik2 ni semua kami ternak sendiri di Warga Emas Nuriman tauu..
TEMPOYAK pon kami jual... 🤤

Kalau nak PISANG, UBI KAYU dan KELEDEK MADU pon ade nii... semua ni ditanam sendiri di Pondok Warga Emas NurIman

cepat2 wasap untuk order
www.wasap.my/60199175497 (Ustaz badrul)
www.wasap.my/60179272502 (zairi halim)

Perkhidmatan COD sekitar Kuantan...
*Free COD di sekitar Sg Soi, Kempadang, Kg. Cempaka, Peramu, Tg Lumpur... selain dari kawasan akan dikenakan caj Rm 5.00...

MARI MEMBELI SAMBIL MENDERMA untuk
Rumah Nur Iman Rompin
Rumah Nur Iman Mentakab
Rumah Nur Iman Rompin

Address

Kg Kempadang Kuantan
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman:

Share