31/12/2023
Ini pajak konvensional.. 916 ambil pajak 200/g sahaja.
Kiranya berat X harga = jumlah pajak
Kiranya 20 X 200 = Rm4000
Interest di kira berdasarkan jumlah pajak. Biasanya 2% .
Kiranya jumlah pajak X 2% = interest sebulan.
Kiraannya Rm4000 X 2% = Rm80 sebulan
____________________________________
Kalau pajak Islamic pulak.. CONTOH dia ambil marhun 916 = Rm320/g
Kiraannya berat X harga X 70-80%
Kiraannya 20 x 320 x 80% = Rm5120
Upah simpan kebiasaannya adalah 1-1.5% dari nilai pinjaman/marhun(ikut pajak). Kira ambil kira 1% dari pinjaman, upah simpan sebulan adalah Rm51.2.
____________________________________
Jual pulak dkt pembeli emas. Rate Harini(27/11/2023) adalah sekitar 265+- gitu.
Kiraannya berat X harga = total duit kita
Kiraannya 20 X 265 = Rm5300
____________________________________
Apa beza jual dengan pembeli emas dengan pajak islamic dan pajak konvensional?
Jual = jual dan beli
Pajak = pinjaman bercagar
Jual terus ke pembeli emas, kita hilang pemilikan emas 100% sbb dah jual. Dapat nilaian duit yg lebih tinggi berbanding memajak emas.
Pajak emas pulak, pemilikan emas masih ada sekitar 20-30%. Boleh dapat semula emas kita dengan membayar upah/interest+ pinjaman.
Beza pajak konvensional dan pajak islam adalah dari segi konsep. Biasanya islamic ni dia ada sijil syariah compliance.
Lepas tuh, kalau pergi pajak konvensional, biasanya x dipaparkan harga semasa. Jadi, tolong TANYA harga semasa sebelum pajak!
Untuk pajak islamic pulak, jangan happy sangat tengok harga tinggi dia bagi, sebab harga MARHUN bukan ( ❌) nilai pinjaman yg anda dapat.
____________________________________
Jdi, bila nak jual? Bila nak pajak?
Ikut keperluan dan kemampuan kita.
Jika keperluan kita hanya sekejap dan boleh dapat balik modal yg kita pinjam dari pajak, boleh pajak.
Jika keperluan kita adalah belanja hangus yg xkan dpt semula duit yg digunakan, better jual.
Bedul s**a nasihatkan org, sebelum buat tindakan jual atau pajak emas, duduk dan fikir dengan tenang dan rasional dulu sblm buat tindakan. Sebab selalu dpt kes, baru 3 hari pajak dah nak jual. Lepas tengok bali sikit, terus x jadi jual. Siap kata kita tipu lagu
Emas ni dia bukan minat semua org. So,bedul x heran pun kalau ramai org x faham pasal kiraan apa semua ni. Mungkin jadi tugas org mcm bedul untuk bg sikit kesedaran untuk org awam pasal benda2 gini. Ayat2 dkt atas ni dah cukup simple dah rasanya. Haha
Wallahualam