Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Laman Rasmi
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
Polis Diraja Malaysia

Jalan Padang Lalang
25050 Kuantan
(2)

11/05/2026
'PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TI...
11/05/2026

'PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA, KUANTAN, PAHANG'

Kuantan, 11 Mei 2026 (Isnin) | Bertempat di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah diadakan Pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.

Pelaksanaan yang diadakan secara mingguan ini bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan taat setia kepada negara dalam diri setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memajukan negara.

Arahan ini juga, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam di bawah bidang keberhasilan reformasi 1 iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola yang perlu dihayati dan didukung oleh semua penjawat awam termasuk Polis Diraja Malaysia bagi menzahirkan taat setia kepada negara.

Pelaksanaan di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang telah diketuai oleh YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

πŸ“Έ: Media Marin Kuantan

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

11/05/2026

π—œπ— π—£π—”π—ž π—žπ—₯π—œπ—¦π—œπ—¦ π—•π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—šπ—Ÿπ—’π—•π—”π—Ÿ: π—žπ——π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› 𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—˜π—‘π—™π—’π—₯π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§

𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 | 9 Mei 2026 β€” Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan β€œsmart enforcement” menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan serta membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

πŸ’¬ β€œKDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ketika dunia berdepan krisis bekalan global. Penguatkuasaan akan terus diperkukuh demi melindungi rakyat, menjamin kestabilan ekonomi dan memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Ketika dunia berdepan cabaran krisis bekalan global dan ketidaktentuan ekonomi antarabangsa, KDN memperhebat tindakan penguatkuasaan secara strategik, berfokus dan berasaskan risikan bagi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bekalan negara sentiasa terkawal dan selamat.

Sepanjang tempoh operasi semasa, agensi gabungan berjaya merekodkan rampasan kumulatif berjumlah RM24.66 juta melibatkan pelbagai kategori termasuk barang kawalan, dadah, minyak dan bahan api, rokok serta lain-lain barangan terlarang.

Dalam tempoh sama, sebanyak 551 tangkapan berjaya dilaksanakan hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dan kolaborasi strategik antara agensi penguat kuasa negara.

Pendekatan β€œwhole-of-government” yang digerakkan KDN membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan negara, menjamin kelangsungan bekalan dan memelihara kesejahteraan rakyat.

08/05/2026

LDP MENEMBAK SENJATA API CZ P10C PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN PAHANG

KUANTAN, 08 Mei 2026 (Jumaat) – Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Menembak Senjata Api Jenis CZ P10C telah dilaksanakan di Lapang Sasar Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Bukit Galing Kuantan Pahang.

Latihan ini dikendalikan oleh Pegawai Tapak, Insp. Mohd Nor Raihan bin Azman selaku Pegawai Baris. Seramai 8orang Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 95 orang Pegawai Rendah Polis (PRP) telah mengambil bahagian.

Turut hadir melaksanakan latihan menembak YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, Komander PPM W3, YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander PPM W3.

Video : Nor Azman bin Dzulkaple
(Unit Media Marin Kuantan)

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

LDP MENEMBAK SENJATA API CZ P10C PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN PAHANGKUANTAN, 08 Mei 2026 (Juma...
08/05/2026

LDP MENEMBAK SENJATA API CZ P10C PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN PAHANG

KUANTAN, 08 Mei 2026 (Jumaat) – Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Menembak Senjata Api Jenis CZ P10C telah dilaksanakan di Lapang Sasar Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Bukit Galing Kuantan Pahang.

Latihan ini dikendalikan oleh Pegawai Tapak, Insp. Mohd Nor Raihan bin Azman selaku Pegawai Baris. Seramai 8 orang Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 95 orang Pegawai Rendah Polis (PRP) telah mengambil bahagian.

Turut hadir melaksanakan latihan menembak YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, Komander PPM W3, YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin,Timbalan Komander PPM W3 serta Ketua-Ketua Bahagian.

πŸ“Έ: Nor Azman bin Dzulkaple
(Unit Media Marin Kuantan)

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

08/05/2026
08/05/2026

Majlis Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat Peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan Pahang

KUANTAN 07 MEI 2026 (Khamis) - Majlis Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 telah berlangsung di Surau Ar-Rahman Markas Pasukan Polis Marin (PPM) W3 Kuantan Pahang.

Turut hadir Komander PPM W3, YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander PPM W3, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Ahli Keluarga Warga PPM W3.

05/05/2026

π™π˜Ύπ˜Όπ™‹π˜Όπ™‰ π™Žπ™”π˜Όπ˜½π˜Όπ™Ž & π™π˜Όπ™ƒπ™‰π™„π˜Όπ™ƒ

Setinggi-tinggi, syabas dan tahniah diucapkan kepada

π™”π˜Ώπ™ƒ π˜Ύπ™‹ π˜Ώπ˜Όπ™π™Šβ€™ π™Žπ™π™„ π™ˆπ™Šπ™ƒπ˜Ώ π™”π™π™Žπ™π™„ π˜½π™„π™‰ π™ƒπ˜Όπ™Žπ™Žπ˜Όπ™‰ π˜½π˜Όπ™Žπ™π™„

atas pelantikan sebagai

π™‹π™€π™‰π™‚π˜Όπ™π˜Όπ™ƒ π™…π˜Όπ˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆ 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄 π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™†π™€π™π™€π™‰π™π™€π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™‰ π˜Όπ™’π˜Όπ™ˆ (π™…π™†π˜Ώπ™‰π™†π˜Ό)

Semoga kepimpinan YDH Dato’ Sri terus cemerlang dalam menerajui JKDNKA ke arah kecemerlangan, memperkukuh keselamatan dalam negeri serta mengekalkan ketenteraman awam demi kesejahteraan negara.

β€œBerkhidmat Untuk Negara”

Tulus Ikhlas Daripada
Warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

04/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 buat seluruh warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Anda adalah tonggak utama dalam memelihara keamanan negara, sentiasa komited dan berintegriti tinggi dalam menghadapi sebarang cabaran demi kesejahteraan masyarakat. Semoga jalinan kerjasama yang terpelihara ini terus diperkukuh secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

"Bomba Tonggak Penyelamatan Negara"






#04052026

'PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TI...
04/05/2026

'PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA, KUANTAN, PAHANG'

Kuantan, 04 Mei 2026 (Isnin) | Bertempat di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah diadakan Pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.

Pelaksanaan yang diadakan secara mingguan ini bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan taat setia kepada negara dalam diri setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memajukan negara.

Arahan ini juga, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam di bawah bidang keberhasilan reformasi 1 iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola yang perlu dihayati dan didukung oleh semua penjawat awam termasuk Polis Diraja Malaysia bagi menzahirkan taat setia kepada negara.

Pelaksanaan di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang telah diketuai oleh YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Foto: Media Marin Kuantan

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUNAN 2026 BAGI PENYELAM PDRM PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA Wangsa Maju 26-29 April 2026 - In...
01/05/2026

PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUNAN 2026 BAGI PENYELAM PDRM PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA

Wangsa Maju 26-29 April 2026 - Institut Perubatan Bawah Air Dan Hiperbarik Hospital Angkatan Tentera (HAT) 95 Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Seramai [23] orang Penyelam PDRM dari Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan 2026 bagi Penyelam PDRM.

Pemeriksaan kesihatan tahunan ini adalah bertujuan untuk memastikan para Penyelam berada dalam keadaan sihat & disahkan sebagai β€œfit to dive” oleh Doktor yang diiktiraf.

Pemeriksaan Kesihatan PULHEEMS, Akronim tersebut merangkumi 8 aspek:-

i.Physique (badan)
ii.Upper limbs
iii.Lower limbs
iv.Hearing (kedua‑dua telinga)
v.Eyesight (mata kanan & kiri)
vi.Mental function
vii.Stability (emosi)

Pemeriksaan telah dijalankan oleh Pegawai Perubatan Selam, Lt Kol Dr. Puvenavikneswaran A/L Nalathamby dan dibantu PW II Mohd Faisal Bin Jumaat Pemeriksaan antaranya:-

i.Blood Test
ii.Urine Test
iii.ECG
iv.Chest X-Ray
v.Spirometry Test
vi.Audiometry Test
vii.Chester Step
viii.Consultation
ix.Fit To Dive Certification

Kesemua [23] orang Penyelam PDRM telah berjaya mencapai tahap kesihatan yang melayakkan Penyelam layak untuk menyelam [Fit To Dive]

Penyelam PDRM berpeluang untuk menerima terapi di dalam Chamber Dive yang mana penyelam diberi tekanan sedalam 18 meter selama 10 minit.

Hasil dari pemeriksaan kesihatan ini juga semua Penyelam dapat mengetahui tahap kesihatan masing- masing dan dapat memastikan tahap kesiap siagaan dalam melaksanakan tugasan selaman ditahap yang terbaik.

Pemeriksaan kesihatan tahunan bagi Penyelam PDRM ini diketuai oleh P/SM Helmie Yazir bin Ahmad selaku Penyelia Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.











Address

Jalan Padang Lalang
Kuantan
25050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga:

Share