Ahmad Huzaifah Mohamad Halim

Ahmad Huzaifah Mohamad Halim “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” - Surat Al An’am ayat 162

08/05/2026

Masa sekolah dulu kalau ada yang bagitahu cita-cita nak berkahwin dan jadi suri rumah, mesti kena gelak dan dilabel gatal. Terkadang guru pun suruh tukar cita-cita yang lebih berjaya.

Mungkin nampak remeh/isu kecil, tapi tanpa sedar kita dah memposisikan kerjaya suri rumah di tempat yang rendah. Kita dah mencorakkan pemikiran budak-budak untuk melihat ia sebagai sesuatu yang tak bernilai.

Sedangkan realitinya, menjadi rabbatul bayt itu mulia. Tinggi nilai dan darjatnya.

Namun kemuliaan ini datang dengan amanah dan tanggungjawab yang besar. Bukan pemaisuri yang hanya duduk diam mengharapkan layanan istimewa daripada suami dan anak-anak.

Tetapi pemaisuri yang sanggup berpenat lelah menjadi madrasah anak dan qurratu 'ayn suaminya.

Sebagai dewasa, jika adik atau anak-anak perempuan kita berimpian untuk menjadi suri rumah, sokong dan bimbinglah mereka. Jangan gelak atau perlekehkan.

Para suami juga perlu usaha untuk merealisasikan impian isteri yang ingin menjadi rabbatul bayt.
Anina Faris

08/05/2026

Jangan bandingkan saiz 'kasut' kita dengan orang lain. Sebab keperluan kita tak sama.

Ingatlah, bukan besar atau kecilnya 'kasut' itu yang Allah pandang, tapi ke mana ia membawa tuannya melangkah.

Jom pujuk hati.

08/05/2026
08/05/2026

“Orang beriman bukan hanya menolak dosa, tetapi menutup semua pintu yang boleh membawa kepada dosa. Kerana dia menjaga dirinya sebelum jatuh, bukan selepas terjatuh.”

seperti contoh:

Larangan mendekati zina.
Dalam Al-Quran:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ
“Dan janganlah kamu mendekati zina…”
(Surah Al-Isra’: 32)

Bukan sekadar larang berzina, tetapi segala jalan ke arah melakukan zina juga dilarang.

Begitu juga Rasulullah ﷺ bersabda:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ

Maksud:
“Barangsiapa menjauhi perkara syubhah, maka dia telah menjaga agama dan kehormatannya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Menjauhi syubhah bagi menutup pintu kepada yang haram.

Sebab itu dalam kaedah Fiqh ada menyatakan:

سدّ الذرائع

“Menutup jalan-jalan yang membawa kepada keburukan.”

Kaedah ini menunjukkan bahawa dalam Islam, bukan hanya perbuatan dosa itu yang ditegah, tetapi juga segala jalan yang boleh membawa kepada dosa tersebut.

Semoga Allah ﷻ memelihara kita daripada dosa dan segala jalan yang membawa kepadanya.

08/05/2026

Bekas pemimpin DAP Selangor Ronnie Liu Tian Khiew mencadangkan penternak babi di negeri itu supaya memfailkan semakan kehakiman susulan larangan Sultan Selangor terhadap aktiviti penternakan babi di negeri berkenaan.

Address

Kuala
45000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

011-38371925

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Huzaifah Mohamad Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ahmad Huzaifah Mohamad Halim:

Share