Ma'ahad Tahfiz Tarbiyyah - OKU Masalah Penglihatan

Ma'ahad Tahfiz Tarbiyyah - OKU Masalah Penglihatan Ma'ahad Tahfiz Tarbiyyah ini sedang mengumpul dana untuk pembinaan Maahad Tahfi OKU Buta.
(1)

Kita ingin membantu orang orang OKU BUTA ini untuk mengenal Ilmu Al Quran.

BAKAR WANGIAN KETIKA KEMATIANSOALAN :Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di tempat saya tinggal apabila berlaku kematian ...
30/09/2025

BAKAR WANGIAN KETIKA KEMATIAN

SOALAN :

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di tempat saya tinggal apabila berlaku kematian seperti ketika memandikan jenazah dan mengkafankannya sampailah dibawa turun jenazah dari rumah si mati itu dibakar suatu yang berbau wangi seperti kemenyan.

Bolehkah saya tahu hukumnya berbuat seperti itu di sisi syarak?

JAWAPAN :

Bermula amalan mewangikan rumah yang ada berlaku kematian khususnya ketika memandikan jenazah dan mengkafankannya adalah sunnah yang diperintahkan oleh syarak dan tujuannya ialah mewangikan rumah tersebut.

Cara menjadikan rumah itu wangi ada bermacam cara iaitu berbukhur yakni dibakar akan kayu gaharu atau kemenyan atau lainnya yang mengeluarkan bau yang wangi.

Ada banyak dalil yang menjadi sandaran atas amalan ini yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith.

Telah diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau telah berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا جَمَّرْتُمُ الْمَيِّتَ فَأَوْتِرُوا

Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Apabila kamu membakar wangian bagi mayat maka bakarlah dengan bilangan ganjil.” (Hadith riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim dan Abi Ya’la)

Dan diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau telah berkata :

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَجْمَرْتُمُ الْمَيِّتَ، فَأَجْمِرُوهُ ثَلَاثًا

Artinya : “Telah bersabda oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam : Apabila kamu hendak membakar akan wangian bagi mayat maka bakarlah oleh kamu tiga kali.” (Hadith riwayat Ahmad)

Dan juga daripada Jabir r.a. beliau berkata :

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْمِرُوا كَفَنَ الْمَيِّتِ ثَلَاثًا

Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Bakarlah wangian bagi kain kafan mayat itu tiga kali.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Dan diriwayatkan daripada Asma’ binti Abi Bakar r.a. sesungguhnya beliau berkata bagi kaum keluarganya :

أَجْمِرُوا ثِيَابِي إِذَا مِتُّ، ثُمَّ حَنِّطُونِي

Artinya : “Bakarlah wangian bagi pakaianku apabila aku telah mati kemudian letakkan wangian pada badanku.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

إجمار الْمَيِّت: تبخيره بالطيب

Artinya : “Arti ijmarkan mayat itu ialah membakar wangian bagi mayat.” (Kitab Mawarid Az-Zhom’an)

Maka cara melakukannya ialah dibakar wangian itu setelah keluar ruhnya dan ketika jenazah hendak dimandikan maka dibakar akan wangian-wangian tersebut berdekatannya sehingga jadi wangi tempat mandinya itu dan apabila ada bau yang tidak elok terhasil ketika memandikan jenazah maka bau yang tidak elok itu tidak dihidu oleh orang ramai yang datang menziarahinya dan ia juga tanda memuliakan jenazah.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

ويبخر (يجمر) سريره وتراً، إخفاء لكريه الرائحة، وتعظيماً للميت

Artinya : “Dan membukhurkan yakni melalukan bakaran wangian tersebut akan tempat baring mayat itu dengan bilangan ganjil yaitu tiga kali supaya tertutup bau yang tidak elok dan kerana memuliakan bagi mayat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dari kerana itulah perbuatan membakar wangian bagi mewangikan suasana ketika upacara memandikan dan menkafankan jenazah itu dihukum sebagai elok dan disunatkan.

Berkata Imam As-Syaukani :

قَوْلُهُ: (إذَا أَجْمَرْتُمْ الْمَيِّتَ) أَيْ بَخَّرْتُمُوهُ، وَفِيهِ اسْتِحْبَابُ تَبْخِيرِ الْمَيِّتِ ثَلَاثًا

Artinya : “Dan sabdanya ‘apabila kamu membakar wangian bagi mayat’ artinya ialah kamu bukhurkannya yakni membakar suatu seperti gaharu yang mengeluarkan bau yang wangi. Dan pada hadith ini menujukkan disunatkan membakar wangian bagi mayat itu tiga kali.” (Kitab Nailul Authar)

Berkata sebahagian fuqahak adalah tiga kali bakar wangian itu yaitu ketika matinya kemudian ketika memandikannya dan ketika mengkafankannya.

Berkata Imam Al-Munawi :

قال (فأوتروا) أي بخروه وترا ثلاثا فإن الله وتر يحب الوتر قال: وجميع ما يتبخر به الميت ثلاثا عند خروج روحه لإزالة الريح الكربه وعند غسله وعند تكفينه

Artinya : “Sabdanya ‘maka ganjilkanlah’ artinya bakar wangian itu dengan bilangan ganjil yakni sebanyak tiga kali kerana Allah itu ganjil dan Dia kasih pada yang ganjil. Dan sekelian bilangan membakar wangian bagi mayat ialah tiga yaitu ketika baru matinya dan ketika memandikannya dan ketika mengkafankannya.” (Kitab Faidhul Qadir)

Dan berkata sebahagian fuqahak yang dimaksudkan tiga kali itu ialah dilalukan asap yang wangi itu pada kafannya dan pada badannya tiga kali lalu.

Dan sesungguhnya yang dimaksudkan dengan membakar wangian ini ialah mewangikan suasana tempat tersebut dan tiada ditentukan akan jenis wangian yang digunakan.

Oleh itu apa sahaja yang mengeluarkan bau wangi apabila dibakar dan menjadikan suasana majlis menjadi harum maka harus menggunakannya samada namanya gaharu atau setanggi atau kemenyan atau yang tidak dibakar seperti wangian yang disembur atau disapu seperti yang banyak didapati di zaman sekarang.

Berkata Imam As-Sona’ni :

(إذا جمرتم الميت) أي بخرتم أكفانه أو بدنه أو هما (فأوتروا) أي جمروه ثلاثًا لحديث أحمد والبزار: "إذا جمرتم الميت فجمروه ثلاثًا" وفيه مشروعية تجمير الميت بأي شيء من الأطياب لإطلاقه هنا

Artinya : “Apabila kamu membakar wangian bagi mayat artinya kamu bukhurkan yakni kenakan asap wangi itu akan kain kafannya dan badannya atau keduanya dengan bilangan ganjil artinya tiga kali kerana hadith Ahmad dan Al-Bazzar : Apabila kamu bakar wangian bagi mayat maka buatlah tiga kali. Dan pada hadith ini jadi dalil disyariatkan membakar wangian bagi mayat dengan apa sahaja yang dinamakan wangian kerana tidak ada ditentukan jenis wangian pada hadith.” (Kitab At-Tanwir Syarah Al-Jami’ As-Shaghir)

Semoga jawapan yang ringkas ini sudah memadai bagi yang bertanya.

walllahua’lam
ustaz azhar idrus

SAHIHKAN HADITH BULAN TERBELAH DUASOALAN :Saya hendak tanya satu soalan berkenaan kisah mukjizat Nabi membelah bulan itu...
29/09/2025

SAHIHKAN HADITH BULAN TERBELAH DUA

SOALAN :

Saya hendak tanya satu soalan berkenaan kisah mukjizat Nabi membelah bulan itu adakah kisah itu daripada hadith yang sahih.
Sebab ada orang yang berkata tidak terbelah sungguh tetapi hanya kelihatan seperti terbelah.
Terima kasih.

JAWAPAN :

Kisah berkenaan mukjizat Nabi sollallahu alaihi wasallam membelah bulan sampai terbelah dua itu adalah daripada hadith-hadith yang sahih dan terbelah bulan itu memang sungguh berlaku sehingga terpisah jauh antara ke dua belahan bulan.

Dan kejadian terbelah dua oleh bulan yang merupakan mukjizat daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam itu telah disaksikan sejumlah sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam dan juga disaksikan oleh penduduk Mekah dan orang-orang yang baru p**ang dari bermusafir.

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau telah berkata :

أَنَّ أَهْلَ مَكَّةَ سَأَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرِيَهُمْ آيَةً فَأَرَاهُمُ انْشِقَاقَ القَمَرِ

Artinya : “Bahawasanya penduduk Mekah telah meminta oleh mereka itu akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam supaya ditunjukkan akan mereka itu satu tanda (kebenaran baginda sebagai Nabi) : Maka baginda memperlihatkan akan mereka itu terbelahnya bulan.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

انْشَقَّ القَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ، فِرْقَةً فَوْقَ الجَبَلِ، وَفِرْقَةً دُونَهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اشْهَدُوا

Artinya : “Telah terbelah oleh bulan pada masa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menjadi dua belahan. Satu belahan berada di atas bukit dan satu belahan lagi di bawahnya. Maka bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Bersaksilah kamu sekalian.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

أَنَّ القَمَرَ انْشَقَّ عَلَى زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Artinya : “Sungguhnya bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah r.a. beliau telah berkata :

انْشَقَّ القَمَرُ وَنَحْنُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى، فَقَالَ: اشْهَدُوا وَذَهَبَتْ فِرْقَةٌ نَحْوَ الجَبَلِ

Artinya : “Telah terbelah oleh bulan dan kami bersama dengan Nabi sollallahu alaihi wasallam berada di Mina. Lalu baginda bersabda : Bersaksilah oleh kamu sekalian. Dan sebelah dari belahan bulan itu berada di belakang sebuah bukit.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَيْنِ، فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ، وَفِلْقَةٌ دُونَهُ، فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اشْهَدُوا

Artinya : “Ketika kami sedang bersama Rasulullah sollallahu alaihi wasallam di Mina telah terbelah bulan menjadi dua maka jadilah satu belahan di belakang bukit dan satu belahan lagi di sebelah lainnya. Maka bersabda bagi kami oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Bersaksilah oleh kamu sekalian.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Da diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata :

أَنَّ أَهْلَ مَكَّةَ سَأَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرِيَهُمْ آيَةً فَأَرَاهُمْ الْقَمَرَ شِقَّتَيْنِ حَتَّى رَأَوْا حِرَاءً بَيْنَهُمَا

Artinya : “Sesungguhnya penduduk Mekah telah meminta mereka itu akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam supaya baginda perlihatkan mereka itu satu tanda kenabiannya maka baginda telah perlihatkan mereka itu akan bulan terbelah dua bahagian sehingga mereka dapat nampak gua Hirak antara dua belahan bulan itu.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

انْشَقَّ الْقَمَرُ بِمَكَّةَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ، فَقَالَ كُفَّارُ أَهْلِ مَكَّةَ: هَذَا سِحْرٌ سَحَرَكُمْ بِهِ ابْنُ أَبِي كَبْشَةَ؛ انْظُرُوا السُّفَّارَ فَإِنْ كَانُوا رَأَوْا مَا رَأَيْتُمْ فَقَدْ صَدَقَ، وَإِنْ كَانُوا لَمْ يَرَوْا مَا رَأَيْتُمْ فَهُوَ سِحْرٌ سَحَرَكُمْ بِهِ، قَالَ: فَسُئِلَ السُّفَّارُ وَقَدِمُوا مِنْ كُلِّ وَجْهٍ فَقَالُوا: رَأَيْنَا

Artinya : “Telah terbelah oleh bulan di Mekah sehingga menjadi dua belahan. Maka berkata orang-orang kafir penduduk Mekah : Inilah sihir yang telah menyihirkan kamu oleh anak Abi Kabsyah. Kita tunggu para musafir tiba maka jika mereka juga nampak apa yang telah kamu sekalian nampak nescaya benarlah (Muhammad). Dan jika para musafir itu tidak nampak apa yang kamu sekalian nampak ini maka ia adalah sihir yang dia sihirkan akan kamu sekalian dengannya. Maka (apabila tiba para musafir) lalu ditanya akan mereka itu yang baru tiba dari segenap penjuru lalu berkata para musafir itu : Kami telah nampak.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam Kitab Dalail An-Nubuwwah)

Sesungguhnya ada banyak lagi riwayat oleh para ulama hadith dalam perkara ini dan saya rasa sudah memadai dengan hadith-hadith yang telah disebutkan di sini sebagai jawapan persoalan tuan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

HUKUM BERI HADIAH PADA KENDURI KAHWINSOALAN :Biasa dalam masyarakat kita yang beragama Islam apabila diadakan kenduri pe...
28/09/2025

HUKUM BERI HADIAH PADA KENDURI KAHWIN

SOALAN :

Biasa dalam masyarakat kita yang beragama Islam apabila diadakan kenduri perkahwinan orang-orang yang datang makan ke kenduri tersebut akan memberi hadiah kepada pihak pengantin iaitu jemputan lelaki akan memberi hadiah berupa wang kepada tuan rumah manakala jemputan perempuan akan memberi hadiah kepada pengantin perempuan atau ibunya dan pihak tuan rumah membalas p**a dengan hadiah-hadiah yang telah disediakan.

Apakah hukum memberi hadiah seperti itu?

Ada orang yang mengatakan tuan rumah tidak ikhlas membuat jamuan kerana mahukan hadiah dan amalan memberi hadiah adalah bida’ah lagi p**a riak kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia.

JAWAPAN :

Sunat hukumnya mengadakan jamuan kenduri dengan sebab berkahwin sama ada diadakan kenduri tersebut selepas aqad nikah atau pada hari aqad nikah diadakan.

Tuan rumah yang mengadakan kenduri itu mendapat pahala kerana mengikut anjuran agama dan pahala menjamu orang dan pahala bersedekah jika dia ikhlas mengadakan kenduri menjamu para hadirin tersebut.

Melangsungkan perkahwinan tanpa mengadakan kenduri adalah berlawanan dengan sunnah walaupun pernikahan tersebut sah di sisi syarak.

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam :

أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Artinya : “Buatlah jamuan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing” (Hadith Bukhari)

Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menganjurkan membuat kenduri sekadar kemampuan.

Jika mampu maka buatlah dengan menyembelih binatang yang besar seperti unta atau kerbau atau lembu. Dan jika tidak berkemampuan maka memadai dengan hanya seekor kambing atau kurang dari itu seperti orang yang tidak mampu menyembelih kambing maka hendaklah dia menyembelih ayam dan jika tidak mampu menyembelih ayam maka bolih sahaja dengan ikan atau seumpamanya.

Hikmah membuat jamuan adalah tanda syukur kepada Allah yang telah memberi nikmat berumah tangga dan tanda bergembira dengan memperolehi pasangan atau menantu. Maka tidak dapat tiada bagi tuan kenduri hendaklah ikhlas kerana Allah menjamu tetamu jemputan supaya beroleh ganjaran pahala dari sisi Allah.

Maka sudah menjadi adat kebiasaan pada hari kenduri tetamu yang hendak p**ang akan memberi hadiah atau duit kepada tuan rumah.

Hukum memberi hadiah atau duit ini adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam.

Adat seperti ini dipuji syarak kerana muafakat dengan perintah syarak menggalakkan bersedekah dan memberi orang lain makan.

Diriwayatkan daripada Suhaib bin Sinan r.a. Rasulullah sollalahu alaihi wasallam bersabda :

خِيَارُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ

Artinya : “Orang yang terbaik daripada kamu sekalian ialah orang yang menjamu akan makanan.” (Hadith riwayat At-Tabarani)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

اعْبُدُوا الرَّحْمنَ، وَأَفْشُوا السَّلاَمَ، وَأَطْعِمُوا الطعَامَ، تَدْخُلُوا الْجِنَانَ

Artinya : “Sembahlah kamu sekalian akan Tuhanmu dan sebarkan salam dan jamulah akan makanan nescaya kamu sekalian akan masuk ke dalam syurga.” (Hadith riwayat Ibnu Hibban)

Jelas pada hadith ini siapa yang menjamu makanan kepada orang samada dengan membuat kenduri kawin atau lainnya adalah tergolong dalam kalangan orang-orang Islam yang terbaik dan balasan bagi mereka adalah syurga.

Dan orang-orang yang memberi hadiah kepada tuan rumah atau kepada pengantin juga termasuk orang-orang yang mengamalkan sunnah Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

ﺗَﻬَﺎﺩُﻭْﺍ ﺗَﺤَﺎﺑُّﻮْﺍ

Artinya : “Salinglah kamu memberi hadiah maka akan saling berkasih sayang di antara kamu.” (Hadith Bukhari Kitab Adab Mufrad)

Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menggalakkan memberi hadiah sesama kita samada hadiah itu berupa mata benda atau duit. Maka siapa sahaja yang memberi hadiah samada besar atau kecil nilainya maka dia telah mengamalkan perintah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tersebut dan baginya pahala.

Sayugianya orang yang memberi hadiah atau duit kepada tuan rumah itu berniat melakukan kebaikkan bukan kerana mengikut adat semata-mata.

Tidak benar dikatakan memberi hadiah atau duit seperti ini adalah riak atau amalan yang bida’ah. Riak adalah sifat mazmumah yang tersembunyi di dalam hati. Hanya empunya diri sahaja yang tahu niatnya yang sebenar.

Begitu juga meleset tuduhan memberi hadiah pada ketika kenduri kahwin itu amalan bida’ah kerana Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sendiri yang menyuruhnya dan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam juga ada menerima hadiah atau memberi hadiah pada ketika hayat baginda.

Dari Aisyah r.a. katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا

Artinya : “Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam pernah menerima hadiah dan memberi hadiah.” (Hadith Bukhari)

Dan sunat bagi tuan rumah yang menerima hadiah dari tetamu membalas pemberian tersebut kerana beramal dengan hadith di atas.

Tetapi jika tuan rumah tidak membalas dengan hadiah berupa mata benda maka sebaiknya dibalas dengan ucapan yang baik seperti puji-pujian.

Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ : جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Artinya : “Barangsiapa yang dilakukan kepadanya suatu kebaikkan maka ucaplah kepada orang itu ‘Semoga Allah membalas akan kamu dengan kebaikan’ maka sesungguhnya ia adalah pujian yang mencukupi.” (Hadith An-Nasaai)

Kesimp**an :

Mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Hendaklah dibuat kenduri sekadar kemampuan sahaja bukan sampai memaksa-maksa atau berlawan menunjuk-nunjuk.

Orang kaya buatlah cara orang kaya dan orang miskin buatlah cara orang miskin.

Sunat tetamu memberi hadiah kepada tuan rumah dan tuan rumah membalas pemberian tersebut dan sekurang-kurang balasan ialah dengan ucapan yang baik.

Saling memberi hadiah sama ada pada hari perkahwinan atau lainnya adalah sunnah Nabi sollallahu alaihi wasallam dan bukannya bidaah.

Bida’ah yang sebenarnya ialah memandai-mandai mengeluarkan hukum dalam keadaan jahil.

Tuan rumah harus menerima hadiah atau duit yang diberi oleh tetamu yang datang.

Tetamu yang datang makan tanpa memberi hadiah adalah tidak melakukan sebarang kesalahan.

Hendaklah ikhlas membuat jamuan kerana Allah dengan niat bersedekah menjamu orang ramai.

Tidak elok jika dibuat kenduri kerana tujuan mendapatkan hadiah dari para tetamu kerana ditakuti tidak mendapat pahala di sisi Allah.

Menuduh tuan rumah tidak ikhlas tanpa mengetahui niat yang sebenarnya adalah satu perbuatan maksiat dan dosa dan ia bukan dari ajaran agama Islam.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

صحيح ابن حبانSahih Ibnu HibbanTerjemahan Hadith Dan Sedikit Keteranganذِكْرُ الْبَيَانِ بِأَنَّ الْكَلَامَ الطَّيِّبَ لِ...
27/09/2025

صحيح ابن حبان
Sahih Ibnu Hibban

Terjemahan Hadith Dan Sedikit Keterangan

ذِكْرُ الْبَيَانِ بِأَنَّ الْكَلَامَ الطَّيِّبَ لِلْمُسْلِمِ يَقُومُ مَقَامَ الْبَذْلِ لِمَالِهِ عِنْدَ عَدَمِهِ
MENYEBUT TENTANG PERKATAAN YANG BAIK MENEMPATI TEMPAT BERSEDEKAH HARTA KETIKA KETIADAANNYA

Telah diriwayatkan daripada ‘Adi bin Hatim r.a. beliau berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Takutlah oleh kamu sekalian akan api neraka walaupun dengan sebelah buah kurma. Maka jika kamu tidak mendapatinya maka dengan perkataan yang baik.”

Hadith ini ada dikeluarkan juga oleh Imam Bukhari dan Muslim dan lainnya.

KETERANGAN
Hadith ini datang pada menerangkan tentang dianjurkan bersedekah yang mana di antara kelebihannya dapat menghalang seseorang itu daripada api neraka dan kelebihan berkata akan perkataan yang baik.

TAKUTLAH DARIPADA NERAKA

‘Adi bin Hatim r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Takutlah oleh kamu sekalian akan neraka walaupun dengan sebelah kurma.”

Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memerintahkan orang-orang mukmin supaya takut akan neraka yakni api yang disediakan oleh Allah pada hari akhirat nanti sebagai azab ke atas sekalian orang kafir dan munafiq dan sekalian orang yang derhaka.

Yang dimaksudkan takut api neraka dengan buah kurma itu ialah anjuran supaya selalu mengerjakan amal soleh yang antaranya ialah bersedekah kerana sedekah itu menjadi dinding yang melindungi antara orang yang bersedekah daripada api neraka.

Berkata Imam Al-Munawi :

(اتقوا النار) أي اجعلوا بينكم وبينها وقاية

Artinya : “Takutlah oleh kamu sekalian akan neraka artinya hendaklah kamu sekalian jadikan antara kamu dan antara api neraka itu pemeliharaan.” (Kitab Faidhul Qadir)

Sesungguhnya pada hari kiamat nanti ditunjukkan manusia yang tidak mendapat apa-apa yang dia bawa selain apa yang telah dia yang dia telah kerjakan di dunia dan di hadapannya diperlihatkan baginya neraka maka jika ada baginya amal soleh nescaya amal itulah menjadi dinding antaranya dan api neraka.

Pada satu riwayat Imam Muslim sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ، لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ وَلَا حِجَابٌ يَحْجُبُهُ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ، فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ مِنْ عَمَلِهِ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ، وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ، فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan Tuhannya akan berkata-kata akan dia yang tiada antaranya dan Tuhannya penterjemah dan tiada hijab yang melindunginya lalu dia melihat pada kanannya maka tiada dia nampak melainkan apa yang telah lalu daripada usahanya dan melihat kepada kirinya maka tiada melihat olehnya melainkan apa yang telah lalu dari usahanya dan dia memandang ke hadapan maka tiada ada suatu kecuali api neraka di depan mukanya. Maka takutlah oleh kamu sekalian akan neraka walaupun dengan sebelah buah kurma.”

SEDEKAH BOLEH MENGHALANG DARI NERAKA

Bermula setengah dari amalan yang boleh memelihara manusia dari masuk neraka ialah bersedekah dan kerana itu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Takutlah oleh kamu sekalian akan neraka walaupun dengan sebelah buah kurma.”

Maksudnya barangsiapa yang bersedekah sekalipun dengan jumlah yang amat sedikit seperti sekadar sebelah buah kurma nescaya sedekahnya itu menjadi penghalang antaranya dan antara api neraka pada hari akhirat.

Berkata Syeikh Ali -Al-Qari Al-Hanafi :

(فَاتَّقُوا النَّارَ) أَيْ: إِذَا عَرَفْتُمْ ذَلِكَ فَاحْذَرُوا مِنْهَا وَلَا تَظْلِمُوا أَحَدًا (وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ) : أَوْ فَتَصَدَّقُوا وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، أَيْ: لَوْ بِمِقْدَارِ نِصْفِهَا أَوْ بِبَعْضِهَا، وَالْمَعْنَى وَلَوْ بِشَيْءٍ يَسِيرٍ مِنْهَا أَوْ مِنْ غَيْرِهَا ; فَإِنَّهُ حِجَابٌ وَحَاجِزٌ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ النَّارِ ; فَإِنَّ الصَّدَقَةَ جُنَّةٌ وَوَسِيلَةٌ إِلَى جَنَّةٍ

Artinya : “Maka takutlah oleh kamu sekalian akan neraka artinya apabila kamu sekalian telah mengenali akan yang demikian itu maka jauhilah diri kamu sekalian daripadanya dan jangan sekali-kali kamu menzalimi seseorang. Dan perkataan walaupun dengan sebelah buah kurma itu artinya bersedekahlah walaupun hanya sebelah buah kurma artinya sekalipun sedekah dengan kadar separuhnya atau sebahagiannya. Dan bermula maknanya iaitu bersedekahlah walaupun dengan suatu yang amat sedikit daripadanya atau daripada lainnya maka sesungguhnya sedekah itu menjadi hijab yang menghalang antara kamu sekelian dan antara api neraka kerana sungguhnya sedekah itu ialah perisai dan jalan kepada syurga.” (Kitab Mirqatul Mafatih)

Dan pada riwayat Ibnu Majah Nabi sollallahu alaihi wasalllam bersabda :

فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَّقِيَ النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ

Artinya : “Maka barangsiapa yang mampu daripada kamu menjauhkan api neraka walaupun dengan sebelah kurma maka lakukanlah.”

Maka dapat difahami di sini jika seorang itu bersedekah dengan harta yang nilainya lebih dari nilai sebelah buah kurma nescaya dia akan mendapat kelebihan yang lebih banyak.

Dan pada satu riwayat Imam Ahmad berkata Aisyah r.a. sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda baginya :

يَا عَائِشَةُ اسْتَتِرِي مِنَ النَّارِ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Wahai Aisyah tutuplah diri kamu dari api neraka walau dengan sebelah kurma.”
Hadith-hadith ini menjadi dalil atas kelebihan bersedekah dan atas bahawa sedekah boleh memelihara manusia dari bakaran api neraka pada akhirat nanti.

Telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. beliau berkata :

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ، فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا، فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا، ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ، فَدَخَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْنَا، فَأَخْبَرْتُهُ، فَقَالَ مَنِ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ البَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ

Artinya : “Telah masuk seorang wanita yang bersamanya ada dua anak perempuan baginya dan wanita tersebut meminta sesuatu. Maka tiada suatu benda sertaku melainkan sebiji buah kurma lalu aku berikan kurma itu kepadanya. Lalu wanita itu bahagikan antara kedua orang anaknya dan dia sendiri tidak makan daripadanya kemudian berdiri dan keluar. Kemudian masuk Nabi sollallahu alaihi wasallam atas kami lalu aku ceritakan kepadanya lalu baginda bersabda : Barangsiapa disusahkan daripada anak-anak perempuan dengan suatu nescaya adalah ia menjadi penutup daripada api neraka.” (Hadith riwayat Muslim)

Ketahui olehmu sesungguhnya sedekah itu bukan sahaja memelihara manusia dari api neraka pada akhirat bahkan sedekah juga akan memelihara manusia daripada kepanasan alam kubur setelah dia meninggal dunia.

Telah diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir Al-Juhaniy r.a. beliau berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ عَنْ أَهْلِهَا حَرَّ الْقُبُورِ، وَإِنَّمَا يَسْتَظِلُّ الْمُؤْمِنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ

Artinya : “Bahawasanya sedekah itu sungguh akan memadamkan daripada mayat akan kepanasan kubur. Dan hanya sesungguhnya orang mukmin akan berteduh pada hari kiamat di bawah bayang sedekahnya.” (Hadith riwayat At-Tabarani)

BERKATA YANG BAIK SEPERTI SEDEKAH

Setelah kita ketahui betapa besarnya kelebihan bersedekah maka hendaklah kita sentiasa bersedekah daripada harta kita sama ada dengan kadar yang sedikit atau banyak.

Dan barangsiapa tidak ada harta untuk dia bersedekah maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik kerana perkataan yang baik itu sama seperti harta yang disedekahkan.

Kerana itu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Artinya : “Maka jika kamu sekalian tidak menjumpai maka dengan perkataan yang baik.”

Pada satu riwayat Imam Ahmad :

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوهُ، فَبِكَلِمَةٍ لَيِّنَةٍ

Artinya : “Maka jika kamu tidak menjumpainya maka dengan perkataan yang lembut.”

Maksudnya jika kamu tidak mempunyai harta untuk disedekahkan supaya terpelihara dari api neraka maka berkatalah dengan perkataan yang baik.

Dan setengah daripada perkataan yang baik itu ialah apabila seorang didatangi peminta sedekah atau hendak berhutang meminta daripadanya suatu dan orang yang diminta itu tiada membawa bersamanya harta untuk diberikan lalu dia tolak permintaan itu dengan baik yakni dengan ucapan yang menyenangkan hati orang yang meminta.

Berkata Imam Al-‘Aini :

(فَمن لم يجد) أَي: مَا يتَصَدَّق بِهِ على السَّائِل. قَوْله: (فبكلمة طيبَة) أَي يَدْفَعهُ أَي: السَّائِل بِكَلِمَة تطيب قلبه

Artinya : “Maka barangsiapa yang tidak mendapat yakni tidak mendapat harta yang hendak disedekahkan dengannya kepada yang meminta maka ucaplah perkataan yang baik artinya tolaklah permintaan orang yang meminta itu dengan perkataan yang elok hatinya apabila mendengarnya.” (Kitab ‘Umdah Al-Qari)

Berkata Imam Al-Munawi :

(فبكلمة) أي فاتقوا النار بكلمة (طيبة) تطيب قلب السائل مما يتلطف به في القول والفعل فإن ذلك سبب للنجاة من النار وقيل الكلمة الطيبة ما يدل على هدي أو يرد عن ردي أو يصلح بين اثنين أو يفصل بين متنازعين أو يحل مشكلا أو يكشف غامضا أو يدفع تأثيرا أو يسكن غضبا

Artinya : “Maka dengan perkataan yang baik artinya maka takutlah kamu sekalian akan neraka itu dengan bercakap perkataan yang baik yakni perkataan yang jadi baik hati orang yang bertanya daripada barang yang jadi elok dengannya pada percakapan dan perbuatan. Kerana sungguhnya yang demikian itu sebab bagi mendapat kelepasan daripada api neraka. Dan kata setengah ulama perkataan yang baik itu ialah perkataan yang menunjuk atas hidayah atau mengembalikan daripada yang menolak atau perkataan yang membaikkan antara dua orang atau atau perkataan kerana meleraikan antara dua yang berkelahi atau perkataan yang menghuraikan kemusykilan atau perkataan yang membuka kesulitan atau perkataan yang menepis kemudaratan atau perkataan yang mententeramkan kemarahan.” (Kitab Faidhul Qadir)

Pendek kata apa sahaja perkataan yang diucapkan oleh orang mukmin yang menyuruh kebaikan atau melarang kemungkaran atau mengajak kepada yang benar atau bertanya khabar sesama mereka atau silaturahim atau mengajar manusia perkara yang baik dan termasuk sekalian zikir yang disebut ialah perkataan yang baik yang menempati perbuatan bersedekah.

Berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari :

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ أَيْ: يَطِيبُ بِهَا قَلْبُ الْمُسْلِمِ أَوْ بِكَلِمَةٍ مِنْ كَلِمَاتِ الْأَذْكَارِ فَإِنَّهَا بِمَنْزِلَةِ صَدَقَةِ الْفَقِيرِ

Artinya : “Maka jika kamu sekalian tidak mendapati harta untuk disedekahkan maka berlindunglah dari neraka dengan mengucapkan perkataan yang baik yang jadi elok hati orang mukmin mendengarnya daripada kalimah-kalimah zikir kerana sesungguhnya ia menempati sedekah bagi orang yang faqir.” (Kitab Al-Mirqatul Mafatih)

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam :

الْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ

Artinya : “Bermula perkataan yang baik itu sedekah.” (Hadith riwayat Bukhari)

Berkata Imam Ibnu Al-Mulaqqin :

الكلام الطيب مندوب إليه، وهو من جليل أفعال البر؛ لأنه عليه السلام جعله كالصدقة بالمال، فوجه تشبيهه الكلمة الطيبة بالصدقة بالمال هو أن الصدقة بالمال تحيا بها نفس المتصدق عليه ويفرح بها. والْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ يفرح بها المؤمن ويحسن موقعها من قلبه فأشبهتها من هذِه الجهة

Artinya : “Bermula perkataan yang baik itu disunatkan kepadanya dan ia daripada sebesar-besar segala perbuatan kebajikan kerana sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam telah menjadikan berkata yang baik itu sama seperti sedekah. Maka wajah penyerupaan kalimah yang baik dengan sedekah dengan harta itu iaitu bahawa sedekah dengan harta jadi hidup dengannya oleh hati orang yang disedekahkan atasnya dan bergembira ia dengannya. Dan perkataan yang baik itu jadi bergembira dengannya oleh orang mukmin dan elok tempat jatuhnya daripada hatinya maka diserupakannya daripada wajah ini.” (Kitab At-Taudhih)

Dan telah menyebut oleh Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar :

قَالَ بن بَطَّالٍ وَجْهُ كَوْنِ الْكَلِمَةِ الطَّيِّبَةِ صَدَقَةً أَنَّ إِعْطَاءَ الْمَالِ يَفْرَحُ بِهِ قَلْبُ الَّذِي يُعْطَاهُ وَيَذْهَبُ مَا فِي قَلْبِهِ وَكَذَلِكَ الْكَلَامُ الطَّيِّبُ

Artinya : “Telah berkata Imam Ibnu Bathhal : Bermula wajah keadaan kalimah yang baik itu ialah sedekah bahwasanya perbuatan memberi harta itu menggembirakan hati orang yang diberikan dan hilang dari hatinya segala yang dia khuatir dan seperti demikian jugalah perkataan yang baik.”

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Address

KM 14, Jalan KELANTAN, KAMPUNG TOK JIRING, KUALA NERUS
Kuala
21060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ma'ahad Tahfiz Tarbiyyah - OKU Masalah Penglihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ma'ahad Tahfiz Tarbiyyah - OKU Masalah Penglihatan:

Share