20/10/2025
Masa Mula admin start menternak memang bercita-cita NAK membela Kambing baka. Tapi banyak gagal , disebabkan tak Ade ilmu + modal ,
JADI ape admin akan buat? selepas banyak kerugian admin pun belajar lah di Facebook , masuk group-group penternak local, masuk dkt group whatsap, Dan pergi kursus penternakan Kambing di bawah vaterinar ( free)
Dan disitulah admin banyak belajar 3 P
Ape itu 3 P?
1- Pengurusan permakanan
2- Pengurusan kandang
3- Pengurusan HAIWAN ternakan
JADI kesilapan kebanyakan penternak lebih-lebih lagi admin, adelah langgar dinding tanpa ilmu, akibat nya banyak lah mati + tanggung kos makanan tinggi+ Kambing tak laku DIJUAL
Hidup dalam DUNIA penternakan ni kena JIWA kental Dan kene hadap risiko
Dari kesilapan yang lalu admin pun buat lah plan FASA berfasa mengikut 3P
Admin cari Tanah , bersih KEMUDIAN tanam pelbagai jenis RUMPUT Dan pokok yang ni sangat penting dalam 3 P , kerana dia boleh menjimatkan kos Dedak sehingga 70% .
Selepas dah buat Semua tu
Sekarang ni admin pindah TEMPAT baru utk buat kandang yang mengikut specs yang sesuai untuk Kambing.
Sebelum ni buat kandang tak ikut specs, pelan dalam kepala , jadi sampai tak cukup menampung 30 ekor Kambing Dan sampai tidur luar kandang Kambing tersebut menyebabkan berlakunya penyakit , kerana Kambing ni sangat sensitif Dan mudah kene penyakit. Kandang pulak dibuat dekat kawasan bandar Dan pembangunan rumah semakin bertambah.
JADI admin buat keputusan berpindah ke kawasan pedalaman di dalam kampung, di TEMPAT yang admin tanam RUMPUT sebelum INI
Sekarang kandang baru 5% dalam Pembinaan, Dan admin Masih KUMPUL modal lagi SIKIT-SIKIT. Ade duit sikit topup beli brg sikit..
Admin harap tahun depan dapatlah siap sepenuhnya ape yang admin RANCANG sekarang
P KE 3, yang biase org paling takut adelah Pengurusan HAIWAN ternakan, Kalau silap cara Dan tak pandai uruskan memang berisiko tinggi Kambing akan mati,
Pengurusan HAIWAN, sangat penting Dari segi penjagaan kesihatan, kenali sifat Kambing Dan kena tahu ape yang boleh Kambing MAKAN Dan tidak boleh makan.
Bab kata orang tua" NAK bela Kambing kena jadi Kambing dulu" barulah kita akan dapat jaga Kambing sebaik mungkin.
Sekarang ni admin baru je jual SEMULA kambing-kambing untuk menampung kos Pembinaan kandang yang SEPERTI kita tahu barang2 kandang ni semakin tinggi Dan mahal.
Oklah panjang pulak cerita S**A duka dalam penternakan Kambing ni
Orang kata Nak bela JIWA KENE KENTAL, TAK KENTAL GOYANG DIK GOYANG DIK.
P/s: gambar bawah oversea tak mampu lagu NAK miliki jadi dapat yang local jadilah, tu Kambing yang terakhir admin dapat jual. Jangan pm admin Tanya Ade lagi tak.memang dah jual semua dah. ANTARA Kambing yang paling SAYANG jugak tu.demi kelangsungan utk Pembinaan yang baru. Semoga Ade rezeki di lain hari