31/07/2026
Dua tahun lepas, sewaktu Iman Khalish tersenarai untuk menyertai educational trip ke Jepun yang dijangka berlepas pada Jun 2026.
Ketika itu kami anggarkan memerlukan sekitar RM6,000. Dengan harga emas sekitar RM380 segram, nilai itu bersamaan lebih kurang 15.8 gram emas.
Jadi kami tidak hanya menyimpan duit. Kami mula menabung sedikit demi sedikit dalam akaun GAP (Junior) Iman.
Alhamdulillah, tahun ini sebelum Iman berlepas ke Jepun, kami buat semula kiraan.
Walaupun kos dalam Ringgit masih sama, kami hanya perlu menjual sekitar 10 gram emas sahaja.
Nampak tak bezanya?
Dulu hampir 16 gram. Hari ini sekitar 10 gram.
Itulah kuasa beli emas.
Begitu juga dengan ibadah haji.
Bukan bermaksud kos haji semakin murah dalam Ringgit Malaysia. Hakikatnya, kos haji tetap meningkat.
Tetapi jika kita melihat dalam ukuran gram emas, jumlah emas yang diperlukan semakin sedikit.
Sebagai contoh, pada tahun 1998, kos haji sekitar RM8,000 memerlukan kira-kira 267 gram emas. Hari ini, walaupun kos haji sekitar RM15,000, ia hanya memerlukan lebih kurang 24 gram emas.
Sebab itulah ramai penyimpan emas mengatakan, โEmas bukan menjadikan haji murah, tetapi emas mengekalkan kuasa beli kita.โ
Jadi, kalau kita ada impian besar seperti pendidikan anak, haji, umrah atau persaraan dan matlamat itu masih beberapa tahun lagi, mulakan simpanan emas dari sekarang. Berikan masa kepada emas untuk berkembang, supaya apabila tiba masanya nanti, awak mungkin tidak perlu melepaskan sebanyak gram emas seperti hari ini.
Just sharing
Madam Roshi | love to educate
Authorized Dealer Public Gold