Persatuan Seniman Malaysia

Persatuan Seniman Malaysia FOLLOW TELEGRAM - Persatuan Seniman Malaysia https://t.me/persatuansenimanmalaysia

OFFICIAL PAGE - Persatuan Seniman Malaysia 2019-2022 - Presiden Zed Zaidi K.M.N.

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG SENIMAN 4 MEI 2026 | ISNIN | 1.30 PMUntuk Siaran SegeraABDUL JALIL BIN ABDUL HAMID @ JA...
04/05/2026

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG SENIMAN

4 MEI 2026 | ISNIN | 1.30 PM

Untuk Siaran Segera

ABDUL JALIL BIN ABDUL HAMID @ JALIL HAMID

Dukacita dimaklumkan bahawa Abdul Jalil Bin Abdul Hamid atau lebih popular dengan nama pentas nya Jalil Hamid telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi pada usia 69 tahun.

Beliau merupakan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penerbit yang dikenali dalam industri seni tanah air.

Dilahirkan pada 25 April 1957 di Kampung Kuala Masai Johor dan dibesarkan di Felda Cahaya Baru, Masai Johor Bahru.

Sepanjang karier dalam industri perfileman, beliau pernah memenangi beberapa anugerah iaitu, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-13 menerusi filem Baginda, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Anugerah Skrin 2016) Drama Calon Syurga dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem tahun 2018 Anugerah Telenovela (Bisik Pada Langit) dan beliau pernah popular dengan lagu Ayam suatu ketika dahulu.

Berita pemergian arwah disahkan oleh anak beliau Afiqah Jalil ketika dihubungi oleh pihak Seniman sebentar tadi.

Arwah Jalil Hamid ketika ini sedang bergelut dengan masalah jantung bengkak dan sedang dalam rawatan.

Sudah pasti segala gelak tawa dan hasil kerja arwah akan dikenang sepanjang zaman oleh kami warga industri seni tanah air dan seluruh peminat beliau.

Pemergian Jalil Hamid sudah pasti meninggalkan kesan mendalam pada warga industri seni tanah air kerana beliau sering kali dijadikan rujukan buat pelakon-pelakon komedi baru, penyanyi baru malah beliau sememangnya tidak kedekut ilmu dan sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu.

Jenazah dijangka akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah Alam Megah,Seksyen 28 Shah Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar hari ini.

Seniman menganggap kehilangan arwah Jalil Hamid adalah kehilangan yang amat pedih untuk diterima namun kami redho dengan kententuan ilahi.

Segala keringat yang dicurahkan kepada industri ini akan dikenang sepanjang zaman oleh kami pelapis-pelapis baru masa ini.

Seniman ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, pandangan, ilmu dan kerjasama dalam program-program Seniman sebelum ini bersama arwah Jalil Hamid.

Seniman mendoakan agar roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, Seniman juga berharap seluruh keluarga arwah redho dan sabar atas pemergian beliau.

Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga.

AL-FATIHAH

HJ HAFIZ NAFIAH
Setiausaha Agung Seniman
Kuala Lumpur

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG SENIMAN 30 APRIL 2026 | KHAMIS | 1.30 PMUntuk Siaran SegeraDATO’ SRI HAJJAH MARIA BINTI...
30/04/2026

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG SENIMAN

30 APRIL 2026 | KHAMIS | 1.30 PM

Untuk Siaran Segera

DATO’ SRI HAJJAH MARIA BINTI ABDULLAH @ MARIA MENADO MENINGGAL DUNIA

Dukacita dimaklumkan bahawa Dato’ Sri Maria Binti Abdullah @ Maria Menado telah kembali ke rahmatullah di Hospital KJP Damansara kira-kira jam 12.25 tengahari tadi pada usia 94 tahun.

Beliau merupakan seorang bintang filem Melayu yang termasyhur antara 1951 dan 1963. Maria Menado berhijrah ke Singapura dan bertukar agama ke Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju dan juga penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.

Sepanjang karier dalam industri perfileman, beliau pernah memenangi dua anugerah di Festival Filem Malaysia dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Pontianak (1957) dan sekali lagi memenangi Pelakon Pembantu Terbaik dalam filem Penghidupan (1952).

Arwah Dato’ Sri Maria Menado juga bukan sahaja telah berlakon lebih 20 filem malah beliau juga adalah seorang penerbit yang menerbitkan beberapa buat filem.

Pada tahun 1980 arwah Maria Menado menerima Darjah Dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ daripada Istana Pahang, pada tahun 2017 sekali lagi arwah Dato’ Sri Maria Menado menerima Darjah Dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P)

Arwah Dato’ Sri Maria Menado meninggal dunia akibat sakit tua dan arwah menghembuskan nafas terakhir disisi ahli keluarga terdekat.

Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara pada jam 4 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar

Seniman menganggap jasa dan pengorbanan Dato’ Sri Hajjah Marian Menado dalam pembangunan industri perfileman negara amat besar dan tidak ternilai.

Segala keringat yang dicurahkan kepada industri ini akan dikenang sepanjang zaman oleh kami pelapis-pelapis baru masa ini.

Seniman ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan, pandangan, ilmu dan segala jasa Dato’ Sri Maria Menado terhadap industri kreatif di Malaysia.

Seniman mendoakan agar roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, Seniman juga berharap seluruh keluarga arwah redho dan sabar atas pemergian beliau.

Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga.

AL-FATIHAH

HJ HAFIZ NAFIAH
Setiausaha Agung Seniman
Kuala Lumpur

📌 PEMBERITAHUAN PENDAFTARAN BARU & BAYARAN YURAN TAHUNAN KEAHLIAN SENIMAN 🔔Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Disini adal...
30/03/2026

📌 PEMBERITAHUAN PENDAFTARAN BARU & BAYARAN YURAN TAHUNAN KEAHLIAN SENIMAN 🔔

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Disini adalah perincian bagi pembayaran mengikut kategori keahlian :

Pendaftaran Baru
📽️Ahli Biasa RM 150
📽️Ahli Remaja RM 50
📽️Ahli Veteran RM 50
📽️Ahli Bersekutu RM 500 (Bukan Warganegara-Malaysia)

Yuran Tahunan
📽️Ahli Biasa RM 50
📽️Ahli Remaja RM 30
📽️Ahli Veteran RM10
📽️Ahli Bersekutu RM 150 (Bukan Warganegara-Malaysia)

🚛Pos Kad
RM 10 (Semenanjung Malaysia)
RM 20 (Sabah & Sarawak)

QR KOD dibawah (CIMB Bank) PERSATUAN SENIMAN

📲Mohon hantar resit bayaran ke SUK Cik Aina Oshin melalui whatsapp https://wa.me/601150000098 atau E-mail ke [email protected].

💖SENIMAN, mengucapkan jutaan terima kasih atas tanggungjawab dan kebersamaan dalam keluarga industri kreatif di Malaysia.

🌟Terima kasih🌟

EXCO SENIMAN 2025-2028*PRESIDEN*ZED ZAIDI*TIMBALAN PRESIDEN**BIRO KEAHLIAN, KEBAJIKAN & ARTIS VETERAN*MEJAR BERSEKUTU (P...
22/03/2026

EXCO SENIMAN 2025-2028

*PRESIDEN*
ZED ZAIDI

*TIMBALAN PRESIDEN*
*BIRO KEAHLIAN, KEBAJIKAN & ARTIS VETERAN*
MEJAR BERSEKUTU (PA)
RENA TAN

*SETIAUSAHA AGUNG*
*BIRO KOMUNIKASI MEDIA & HAL EHWAL INDUSTRI*
HJ HAFIZ NAFIAH

*BENDAHARI*
*BIRO KEWANGAN & EKONOMI KREATIF*
ZARINA MOHD NOR

*PENOLONG SETIAUSAHA*
*BIRO PENGURUSAN & PENTADBIRAN*
SALMAN AL FARISI @ SALMAN JKK

*BIRO DIGITAL & DATA SENIMAN*
SALMAN AL FARISI @ SALMAN JKK

*BIRO ADUAN, PENGUATKUASAAN & UNDANG UNDANG*
DATO' S.SUBASH

*BIRO PENDIDIKAN, LATIHAN & PEMBANGUNAN INDUSTRI*
MARISA YASMIN

*BIRO PERPADUAN & ARTIS LUAR*
JOYC WONG

*BIRO SINERGI INDUSTRI & SERANTA*
ZIZAN NIN

*BIRO AGAMA & KESEJAHTERAAN*
DATO NOR ZAMSHURI

*BIRO SUKAN, BUDAYA & WARISAN*
LISDAWATI NAZARUDDIN

*BIRO MUZIK, PENYANYI, BUSKER & SENI PERSEMBAHAN*
DATIN EZLYNN ARIFFIN

*BIRO HUBUNGAN ANTARABANGSA & PENAJAAN*
ADI AFENDI

*KETUA SENIMAN MUDA*
DATO FIZZ FAIRUZ

*BIRO KEUSAHAWANAN & KHIDMAT SOSIAL*
FAYE KUSAIRI

Selamat Menyambut Hari Seniman 2026.Hari ini kita mengiktiraf sumbangan besar para penggiat seni yang menjadi nadi kepad...
22/03/2026

Selamat Menyambut Hari Seniman 2026.

Hari ini kita mengiktiraf sumbangan besar para penggiat seni yang menjadi nadi kepada pembangunan budaya, identiti dan ekonomi kreatif negara. Teruskan berkarya, berinovasi dan mengangkat martabat seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi

20/03/2026

Barisan tertinggi dan Exco Persatuan Seniman Malaysia Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Ahli Seniman dan Rakyat Malaysia Maaf Zahir Dan Batin 🙏🙏🙏🙏🙏🙏❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Address

Wisma PFM, No. 301-C, Lorong Perak, Melawati Square, Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30

Telephone

+60341055442

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seniman Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Seniman Malaysia:

Share