05/11/2017
PERHATIAN! Teknik pencucian yang salah boleh mengakibatkan masalah-masalah yang tidak diingini, antaranya cat kereta yang dicacatkan oleh kesan calar-balar yang anda lakukan tanpa sengaja. Lebih teruk, anda melakukannya setiap minggu tanpa anda sedari! Jadi ayuh, ambil tahu apa yang wajar dan apa yang mesti anda jauhi.
Tips 1 - Mencuci Kereta
InTrenders disaran menggunakan car wash shampoo jika mahu mencuci kereta. Dan elakkan basuh kereta dengan sabun basuh baju ya. Kemudian bilas bersih dan jangan biarkan kesan sabuh tertinggal.
Cuci kereta anda dengan segera jika terkena tar jalan, minyak, getah pokok dan najis burung. Untuk aktiviti rutin setiap minggu, basuh kereta menggunakan produk wash and wax.
Cucilah kereta dari bahagian atas bumbung membawa ke bawah. Pastikan kain yang digunakan untuk mencuci bahagian atas dan bawah kereta diasingkan. Dikhuatiri jika anda menggosok di bahagian bawah kemudian ke atas, membawa segala butiran halus pasir sekali gus membuat badan kereta bahagian atas bercalar lebih teruk.
Elakkan mencuci kereta di bawah terik matahari sebab kesan sabun akan cepat kering dan meninggalkan kesan pada kereta yang kelihatan bercapuk.
Oleh: Norhaizan Ahmad