Public Gold by Fatimatufaridah

Public Gold by Fatimatufaridah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Public Gold by Fatimatufaridah, Jewelry/Watches, Menara Public Gold @ TRX, Dungun.

Saya Fatimatufaridah Jusoh, Dealer Public Gold sejak 2022 dan aktif membimbing masyarakat tentang kelebihan serta kepentingan simpanan emas.

⭕Rawat kebocoran wang & boros
⭕Tips emas & kewangan
⭕Misi membantu 1000 penyimpan emas berilmu

07/05/2026

"Jaminan seorang pekerja ialah berhenti atau diberhentikan."

Itu pesan mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2025, sekitar 61% rakyat Malaysia didapati sukar menyimpan RM1,000 dana kecemasan.

Laporan pada tahun yang sama juga menyatakan Malaysia merupakan negara dua tertinggi di Asia dalam kadar pemilikan kenderaan dengan 535 unit bagi setiap 1000 orang.

Kita boleh nampak dari data ini yang kebanyakan rakyat Malaysia bukan saja tak mempunyai cukup dana kecemasan, malah mempunyai hutang isi rumah yang tinggi.

Tanpa simpanan yang kukuh dan bergantung hidup dengan hutang, kita terpaksa bekerja hanya untuk membayar hutang.

Hidup mungkin nampak cukup dah sempurna. Ada kereta mewah, rumah besar, dan hidup selesa. Namun, jika ditakdirkan hilang pekerjaan secara mengejut, semua yang dimiliki tu akan hilang sekelip mata. Kita akan kembali kosong!

Selagi kita masih ada pekerjaan, disiplinkan menyimpan setiap bulan. Simpan dan lupakan! Paksa diri sehingga menyimpan jadi tabiat kita.

Kalau simpan duit selalu bocor, tukar strategi kepada simpan emas. Emas bukan saja buat kita 'mati akal' untuk berbelanja, malah merupakan asset yang terjamin nilainya selama ribuan tahun.

Nak simpan emas serendah RM100 tanpa komitmen, DM saya untuk bimbingan.

Ingat.. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentang emas.

06/05/2026

"Gaji RM2,800 boleh ke nak simpan emas?"

Kita biasanya fikir bila gaji dah banyak barulah boleh menyimpan. Sebenarnya, simpanan ini bukanlah berkisar tentang berapa besar gaji. Tetapi ianya tentang tabiat.

Kalau gaji kecil tak menyimpan, gaji makin naik pun tetap susah nak menyimpan. Bila menyimpan belum jadi satu tabiat, perbelanjaan akan bertambah seiring dengan peningkatan gaji.

Gaji naik je, macam-macam benda yang sebelum ini ok je, tiba-tiba rasa perlu tukar. Kereta lama nampak tak selesa, perabot rumah perlu ditukar..

Akhirnya, simpanan masih tak bertambah. Yang bertambah hanya hutang.

Nak bina disiplin dan tabiat menyimpan, kita perlu bermula dari sekarang. Pakar kewangan menyarankan untuk simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji kita.

Dengan gaji RM2,800, simpanan seharusnya RM280 setiap bulan. Kalau simpan duit asyik bocor, ubah strategi kepada menyimpan emas.

"Bagaimana nak simpan emas dengan bajet hanya RM280 sebulan?"

Dengar penjelasan saya dalam video ini.

Ingat.. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang emas.

03/05/2026

Kos sara hidup naik lebih banyak daripada gaji. Apa perlu kita buat?

Apabila kos sara hidup naik lebih laju berbanding kenaikan gaji, itu bermakna inflasi mengikis kekayaan kita lebih laju daripada kemampuan kita mengumpul kekayaan.

Jika gaji kita hanya cukup-cukup untuk keperluan asas, apa yang boleh kita usahakan adalah dengan mengurangkan bajet bulanan dan mencari income. Ini penting bagi memastikan kita ada aliran tunai positif setiap bulan.

Aliran tunai positif bermaksud kita ada lebihan duit setiap bulan. Duit tersebut adalah 'modal' untuk kita bina kekayaan.

Bagaimana?

Simpan duit lebihan tersebut dalam bentuk emas. Emas adalah asset fizikal yang kalis inflasi. Tak seperti simpanan duit kertas, nilai simpanan kita kekal daripada hakisan inflasi apabila disimpan dalam bentuk emas.

Emas mahal, saya tak mampu...

Dulu mungkin hanya orang kaya yang ada duit lebihan banyak yang mampu menyimpan emas. Tapi kini tak lagi. Dengan akaun emas GAP, kita boleh menyimpan emas serendah RM100 saja tanpa komitmen bulanan.

DM saya untuk bimbing cara simpan emas dan cara untuk membina kekayaan dengan simpanan emas.

Ingat... Bukan emas yang membuatkan kita kaya,tapi ilmu kita tentang emas.

01/05/2026

Betul ke teknik ar-rahnu boleh gandakan emas kita?

Sebelum ar-rahnu emas, kita perlu maklum yang duit hasil pajakan itu ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, kita boleh dapat duit tambahan dengan cara overlaps pinjaman. Overlaps ialah pertambahan hutang, bukannya 'passive income' sebagaimana salah faham segelintir orang.

Teknik Manipulasi Ar-Rahnu ialah teknik yang biasa digunakan oleh skim-skim yang menawarkan gandaan emas. Skim ini ajar kita untuk pajak emas kemudian gunakan duit hasil pajakan tersebut untuk membeli emas lain.

Di atas kertas, emas kita nampak bertambah. Tetapi realitinya, yang bertambah hanyalah hutang. Jika harga emas mendatar atau turun dalam tempoh 6 bulan keatas, kita terpaksa menggunakan duit sendiri bagi membayar kos simpan dan menebus emas tersebut.

Jadi teknik ar-rahnu untuk gandakan emas ni mustahil ke?

Tak mustahil. Tapi teknik ini bukanlah untuk kebanyakan orang. Risiko ruginya lebih besar dari potensi untung.

Kalau harga emas naik, kita untung sedikit. Tapi kalau harga emas turun sedikit, kita rugi banyak. Untung secupak, ruginya segantang!

Lebih baik simpan emas sikit-sikit menggunakan duit lebihan. Ianya lebih 'peace of mind' berbanding beli emas secara berhutang.

Dengan akaun GAP Public Gold, kita boleh menyimpan emas serendah RM100. Tiada komitmen, anda boleh menyimpan emas bila-bila masa ada duit lebih.

Nak mulakan simpanan emas dengan bimbingan dan ilmu yang betul, boleh rujuk komen.

23/04/2026

Harga emas yang naik ketara beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan ramai orang mula membeli emas.

Namun, kebanyakan mereka bermula dengan mindset yang salah. Apabila mindset salah, mereka akan kecewa selepas membeli emas kerana merasakan emas tak seperti apa yang mereka harapkan.

Ini adalah 2 kesalahan mindset penyimpan emas yang baru bermula.

Pertama, beli emas untuk cepat kaya. Beli emas hari ni, berharap bulan depan dah untung.

Kedua, anggap emas sebagai alat pelaburan semata-mata. Fungsi emas yang sebenar adalah sebagai penyimpan nilai.

Saya terangkan tentang 2 kesalahan mindset tersebut dalam video ini.

Ingat.. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentang emas.

17/04/2026

Anda tahu simpanan emas tu bagus. Tapi kenapa rasa payah betul nak konsisten menabung emas?

Sebenarnya, kita akan rasa susah untuk konsisten menabung jika setiap bulan perlu buat 'decision' dulu baru nak menabung.

Konsisten hanya akan terjadi bila kita buat perkara yang betul berulang-ulang kali tanpa perlu buat decision lagi.

Untuk memastikan kita berjaya menabung emas secara konsisten, gunakan kaedah menabung emas secara auto debit.

Setiap bulan kita tak perlu dah nak fikir atau nak buat keputusan - sama ada nak menabung atau tidak.

Menabung secara auto bermaksud kita auto semakin kaya setiap bulan.

Dapat sesuatu?

Ingat.. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentang emas

16/04/2026

"Simpan duit ke simpan emas?"

Dulu saya pernah ada soalan yang sama.

Saya fikir, tak kisahlah simpan duit atau simpan emas - yang penting, asalkan kita menyimpan.

Tapi tepat ke pandangan tu?

Jom dengar penerangan saya.




Tak semua orang akan faham bila kita buat keputusan kewangan yang berbeza. Malah mungkin ada yang akan mempersoalkan tin...
13/04/2026

Tak semua orang akan faham bila kita buat keputusan kewangan yang berbeza. Malah mungkin ada yang akan mempersoalkan tindakan kita. Kerana kebanyakan orang lebih selesa ikut kebiasaan.

Bila anda mula diversify simpanan kepada emas, anda perlu jelas, kenapa tindakan tersebut diambil.

1️⃣Anda sedang melindungi nilai untuk masa depan
2️⃣Anda sedang ubah cara simpanan yang tidak mudah bocor
3️⃣Anda sedang bina aset yang lebih kebal dalam keadaan krisis

Mungkin sekarang orang tak nampak, tapi dalam jangka masa panjang, hasilnya akan jelas.

Sebab itu dalam kewangan,
kita tidak perlu tunggu semua orang setuju.

Cukup kita jelas dengan apa yang kita sedang bina.

Kerana keputusan yang baik tidak selalu popular di awal,
tetapi ia sering memberi hasil di kemudian hari.

Fatimatufaridah dan Mohd Amzar
PG00898310
Master Dealer Public Gold

Ramai yang memandang simpanan kecil sebagai sesuatu yang tidak memberi kesan.Hakikatnya, dalam kewangan, tindakan kecil ...
13/04/2026

Ramai yang memandang simpanan kecil sebagai sesuatu yang tidak memberi kesan.

Hakikatnya, dalam kewangan, tindakan kecil yang dibuat secara konsisten itulah yang menghasilkan perubahan besar.

Jangan tunggu jumlah besar untuk bermula.
Takut-takut, kita terus menunggu, tapi sampai hari ini masih belum ada hasil, malah belum pun bermula.

Fatimatufaridah Jusoh & Mohd Amzar
PG00898310
Master dealer public gold

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.Raya ni, selain raikan kebahagiaan bersama keluarga, mungkin ini juga m...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Raya ni, selain raikan kebahagiaan bersama keluarga, mungkin ini juga masa terbaik untuk kita mula fikirkan masa depan. Lagi-lagi sekarang harga emas tengah ‘rehat’ sikit.

Moga Syawal kali ini bukan saja penuh kegembiraan, tapi juga jadi permulaan langkah yang lebih bijak untuk kewangan kita.

Fatimatufaridah & Mohd Amzar
PG00898310
Active Dealer Public Gold

Address

Menara Public Gold @ TRX
Dungun
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold by Fatimatufaridah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold by Fatimatufaridah:

Share