Qasiehrich

Qasiehrich Bismilahirahmanirahim.. Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad 💚

Hati2 & bijaksana dlm kehidupan
05/10/2025

Hati2 & bijaksana dlm kehidupan

Nak berhenti kerja? Jangan berhenti macam tu je. Kita masuk dengan cara baik, kalau boleh kita keluar pun dengan cara ba...
24/04/2025

Nak berhenti kerja? Jangan berhenti macam tu je. Kita masuk dengan cara baik, kalau boleh kita keluar pun dengan cara baik ☺️ Mana tahu rezeki kita berbalik dekat situ.

Ni ada 4 contoh surat perletakan jawatan yang korang boleh refer.
Notis 24 jam
Notis 2 minggu
Notis sebulan
Contoh dalam Bahasa Malaysia

Kredit : Semakan Online

Kelebihan minum air kelapa ✅Tq yg sharing
24/04/2025

Kelebihan minum air kelapa ✅
Tq yg sharing

Simpan sini ✅♥
21/03/2025

Simpan sini ✅♥

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Bacalah Setiap Hari1. Dipermudahkan Segala UrusannyaSekiranya anda membaca Surah Al-Insyira...
01/03/2025

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Bacalah Setiap Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kes**aran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih s**a untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup
Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kes**aran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit
Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

13. Mengubati Sengatan Serangga
Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan
Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Alkisah beberapa hari yang lepas, di sebuah kedai bakeri.. tak yah cakaplah apa nama kan.. satu kisah tentang oxygen abs...
03/02/2025

Alkisah beberapa hari yang lepas, di sebuah kedai bakeri.. tak yah cakaplah apa nama kan.. satu kisah tentang oxygen absorber ( food grade )..

Pembeli : Dik apa beza oxygen absober warna biru dan hijau. Akak nak letak untuk biskut

Staff kedai : Sama ja kak, packaging ja lain..
Aku yg dengar geleng kepala, kalau tak tahu jangan pandai2 buat tahu.. Moral of the story, jangan percaya 100% pada penjual. Aku jumpa akak tu dan terangkan.. mula2 dia rasa mcm percaya tak percaya.. betul ke mamat ni.. bila tunjuk business card baru dia senyum.

Ada beza ya sahabat2 semua, jangan main beli ja

1. Pastikan ianya food grade
2. Warna pada packaging menentukan fungsi pada makanan yg berlainan

💚Warna Hijau ( Food Dessicant )
* kelembapan relatif yang rendah
- kerepek
- biskut
- chips
- cakes

🩵Warna Biru ( Dry Maestro )
- Kekacang
- Ikan bilis
- pasta
- beras

💛Warna Kuning ( Oxygen absorber )
- Tepung2
- rempah serbuk
** mengelakkan tepung & serbuk rempah lembap

But it doesn't matter main hentam guna mana2 pun tapi tak mencapai fungsi yang optimum

Semoga bermanfaat
Kredit saiful azmi suhaimi

Simpansini.
21/01/2025

Simpansini.

RUPANYA ADA TEKNIK PERNAFASAN YANG SESUAI UNTUK TIDUR..Alhamdulillah terima kasih Prof, webinar 2 malam yang banyak memb...
02/01/2025

RUPANYA ADA TEKNIK PERNAFASAN YANG SESUAI UNTUK TIDUR..

Alhamdulillah terima kasih Prof, webinar 2 malam yang banyak membantu saya dalam teknik healing daripada overthinking, banyak kali saya ulang dengar video pertama overthinking tu, baru sedar rupanya saya ni tak boleh tido sebab overthinking,

selalu kalau dah pukul 2 pagi tak tido saya akan ambil ubat selsema supaya tido sebab esok nak keje, lama2 saya jadikan amalan hari keje saya akan makan ubat selsema yang mengantuk supaya confirm boleh tido awal, rupanya ada teknik pernafasan yang sesuai untuk tidur,

terima kasih prof, saya s**a bab pintu di dada dan atas ubun2 tu, sebelum tidur dan bangun tidur saya akan visualkan sampah jiwa dan sampah pemikiran saya keluar dan saya ucapkan terima kasih sebab hadir dan mengajarkan saya sesuatu, dan saya datangkan rasa ketenangan dan rahmat Allah dalam pernafasan.

Soal mistik juga saya cuba hadam bahawa itu adalah dari pemikiran dan energy yang kita create sendiri, saya dah lama tak tengok cerita hantu prof sebab memang takut, tapi bila ada bunyi kat luar bilik mula bayang ada hantu nak takutkan kita haha, nak kena betulkan lah pemikiran yang menarik energy negatif ni, biar Allah yang aturkan alam ghaib tu, bukan saya yang bisikkan, macam meminta rupanya haha.. seronoknya hidup tanpa ketakutan dan overthinking. Terima kasih Prof Mas.

On the road to ketenangan 2025🫰🥰

Testimoni Peserta
Webinar Prof MAS 🩷

CARA MENYIMPAN BAHAN KISAR AGAR TAHAN LAMA!Hi korang!Perkongsian kali ni ialah macam mana nak bagibahan kisar tahan lama...
02/01/2025

CARA MENYIMPAN BAHAN KISAR AGAR TAHAN LAMA!
Hi korang!
Perkongsian kali ni ialah macam mana nak bagi
bahan kisar tahan lama dan tak berkulat.
Setiap orang ada berlainan cara untuk pastikan bahan kisar kita tu tahan lama, yang ni i share cara i agar bahan kisar tu tahan lama.
Yang pertama lepas potong bawang basuh bersih-bersih dan toskan.
Kemudian, blend bawang putih / merah dengan
minyak. I tak campur air tau. Sebab bawang tu
sendiri nanti blender akan berair. Masa blender
campurkan bahan kisar dgn minyak skali.
Kemudian, dah siap blend masukkan dalam jar dan akhir sekali i akan letak pure olive oil di atas bahan kisar tu (macam dalam gambar) dan bole masukkan dalam fridge.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu semua ✨🌸
*kt gambar belakang ada resepi pes tomyam sedap gila!

Kredit : iamiza

Bersahabat dg Al quran.
22/12/2024

Bersahabat dg Al quran.

Simpansini ❤️
22/12/2024

Simpansini ❤️

SimpanSini ✅Semoga bermanfaat.   📲01110624769
03/12/2024

SimpanSini ✅
Semoga bermanfaat.

📲01110624769

Address

Kuarters Meteorologi Jalan Jubilee Off Jalan Loke Yew
Kuala Lumpur
55200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qasiehrich posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Qasiehrich:

Share