11/10/2023
1. Saya telah menyebut tentang peluang berlakunya keruntuhan sistem kewangan dunia dalam beberapa post saya di medsos dan juga dalam buku-buku saya.
2. Baru-baru ini saya menerima dua soalan tentang subjek ini; jadi sekarang saya ingin menjawab kedua soalan tersebut.
3. Pertamanya saya ingin menjelaskan maksud ‘keruntuhan sistem kewangan dunia’ itu dahulu. Maksud keruntuhan sistem kewangan dunia ialah dimana kebanyakan, jika tidak semua matawang kertas di dunia, jatuh nilai dengan teruk – mungkin sehingga 90% nilainya. Pasaran saham, bonds, forex dan malah insurans juga jatuh menjunam, ribuan bisnes tutup kedai dan jutaan orang kehilangan kerja dan seterusnya mata pendapatan.
4. Sesiapa yang berkata situasi ini tidak boleh berlaku menampakkan kejahilan ilmu kewangan dan juga sejarah dunia. Sebenarnya, sistem kewangan dunia telah jatuh berkali-kali sebelum ini temasuklah di zaman Rom purba lagi.
5. Keduanya, keruntuhan sistem kewangan dunia ini tidak bermakna dunia akan kiamat; walaupun memang akan berlaku sedikit huru-hara, pada amnya kita akan terus hidup. Cuma kehidupan kita pada waktu itu sudah tentu tidak ada sama dengan kehidupan kita sekarang. Banyak perubahan yang akan berlaku, ada diantaranya yang pelik dan tidak menyenangkan.
6. Ketiganya, oleh kerana kita masih hidup dan oleh itu, perlu meneruskan kehidupan, jual beli akan tetap berlaku. Kita perlu membeli makanan, minuman, pakaian, dan ini dan itu.
7. Oleh kerana matawang kertas mungkin sudah tidak bernilai lagi waktu itu, emas fizikal yang kita pegang itulah yang boleh menolong kita itu membeli makanan dan semua barangan lain.
8. Saya perlu menjelaskan yang saya tidak berdoa semua huru-hara ini untuk berlaku; saya tahu hidup saya sekeluarga pun memang akan bergelora waktu itu. Cuma gelora kami akan kecil jika dibandingkan mereka yang tidak memilik emas fizikal atau aset lain yang berharga waktu itu.
9. Next, saya juga perlu menjelaskan yang saya tidak tahu bila semua ini akan berlaku. Mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun.
10. Jadi rumusan post ini? Teruskan melabur dalam emas fizikal. On top of menolong anda membina kekayaan dizaman kegemilangan, emas fizikal juga boleh menyelamatkan diri dan keluarga anda ketika zaman darurat.