31/12/2021
D A N A K E C E M A S A N
Salah satu fungsi simpanan emas boleh dijadikan dana kecemasan oleh orang yang ada masalah poket bocor; pantang ada baki duit dalam bank mesti gatal tangan nak belanja. Itulah saya sebelum kenal emas.😢
Simpanan duit dalam bentuk emas terbukti berkesan untuk melenyapkan emosi penyimpan untuk berbelanja, bahkan membaikpulih ‘mindset’ penyimpan untuk terus konsisten menyimpan setiap bulan.
Ada pakar kewangan menyatakan emas tidak sesuai dijadikan sebagai dana kecemasan atas sebab faktor susut nilai (spread) dan turun naik harga, ianya penyataan yang tepat bagi orang yang tiada masalah untuk kumpul duit di bank.
Bagi yang ada masalah nak kumpul duit di bank, emas adalah cara alternatif untuk kita kumpul dana kecemasan.
Bila dah cukup target simpanan dalam bentuk gram, jualkan sahaja emas tersebut dan simpan di Tabung Haji atau ASB.
Saya kongsikan bagaimana cara untuk kita ada dana kecemasan untuk 3 bulan gaji dengan berkesan:
1. Tetapkan matlamat; contoh gaji kasar kita RM2,000, kita perlukan simpanan minimum RM6,000. Tukarkan nilai RM6,000 kepada gram emas bersamaan 23 gram (harga hari ini RM265 per gram).
2. Tetapkan tempoh masa; rancang tempoh masa yang sesuai dengan kewangan semasa kita, jika kita paksarela simpan satu gram setiap bulan dari gaji kita memerlukan tempoh masa 2 tahun untuk cukupkan dana kecemasan kita (23 gram).
3. Bertindak secara konsisten; gunakan kaedah yang betul untuk dapatkan hasil yang baik. Dapat gaji terus amalkan kaedah ‘simpan dulu baru belanja’, insyaallah kita boleh menyimpan dengan konsisten.
Bila kita mempunyai dana kecemasan yang cukup, kita akan hidup tenang dalam apa jua situasi tanpa bergantung kepada orang lain.
Tak perlu cari bank untuk pinjaman peribadi mahupun ahlong. Malah kita boleh bantu orang lain yang sama-sama ditimpa musibah.
Manfaatkan emas sebagai alat untuk kita kumpul duit, sampai masa perlukan duit gunakan emas simpanan kita sebaiknya.
Bila musibah datang boleh jual atau gadai simpanan emas yang kita ada, dua-dua kaedah boleh dapat duit segera. Mudah kan?✌🏻
‘You save me today, I save you tomorrow.’
Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita menyimpan duit dengan lebih berkesan. Wallahua’lam.
Selamat mencuba guys.