Pengurusan Felda Tersat

Pengurusan Felda Tersat FELDA Lombong Emas Ladang

15/07/2026

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir atas pelantikan sebagai Pengerusi FELDA.

Semoga kepimpinan beliau menjadi pemangkin kepada kesinambungan legasi, memperkukuh transformasi dan membawa FELDA terus maju demi kesejahteraan warga peneroka.


Makluman buat semua Warga Felda Tersat❤️
14/07/2026

Makluman buat semua Warga Felda Tersat❤️

14/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui FELDA sebagai Pengerusi.

Segala sumbangan, komitmen dan pandangan strategik yang diberikan menjadi sebahagian daripada legasi penting dalam memperkukuh FELDA serta membawa aspirasi warga peneroka ke arah masa hadapan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna. Semoga terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah mendatang.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga, Pengurusan Tertinggi, Kumpulan dan seluruh Warga FELDA.


📢 MAKLUMAN PENTING WARGA FELDA TERSATAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa semua Peneroka, Pengganti da...
23/06/2026

📢 MAKLUMAN PENTING WARGA FELDA TERSAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa semua Peneroka, Pengganti dan Pentadbir Peneroka FELDA Tersat adalah diminta untuk memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MyFELDA di telefon pintar masing-masing.

Melalui aplikasi MyFELDA, tuan/puan boleh:
✅ Menyemak pendapatan
✅ Menyemak hutang
✅ Menyemak status tanah
✅ Mendapatkan maklumat dan hebahan terkini FELDA

Kerjasama semua warga FELDA Tersat untuk melaksanakan perkara ini dengan kadar segera amat dihargai.

Pengurusan FELDA Tersat
“Maklumat di hujung jari, urusan lebih mudah.”

16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H|2026M

​Seluruh warga Yayasan Felda ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H|2026M kepada seluruh umat Islam.

​Marilah kita jadikan kedatangan tahun baharu Hijrah ini sebagai satu permulaan untuk kita terus berhijrah ke arah yang lebih baik, lebih cemerlang dan lebih bermakna dalam setiap aspek kehidupan. Semoga tahun ini membawa sinar keberkatan serta kesejahteraan buat kita semua.

​Salam Maal Hijrah.


Program Basmi Musuh Tanaman bersama PDRM Hulu Terengganu, Pertanian Hulu Terengganu & Perhilitan Hulu Terengganu Anjuran...
16/06/2026

Program Basmi Musuh Tanaman bersama PDRM Hulu Terengganu, Pertanian Hulu Terengganu & Perhilitan Hulu Terengganu Anjuran Bersama JKKR FELDA Tersat & Pengurusan FELDA Tersat.

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Seluruh warga FELDA merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku.

Semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan, serta terus bersemayam dengan penuh daulat dan kebesaran dalam memayungi rakyat serta memacu kemakmuran negara.

Sembah takzim daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga FELDA.

Daulat Tuanku. 🇲🇾





26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙

Raikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kebersamaan.

24/05/2026

Jom Sertai Kursus Pembantu Kecemasan! 🌟

🚑 Ingin kuasai kemahiran menyelamat nyawa?

Sertai Kursus Pembantu Kecemasan dan pelajari teknik pertolongan cemas serta tindakan pantas dalam situasi kecemasan. Dari asas pertolongan cemas hingga teknik menyelamat yang betul!

👨🍳 Apa yang anda akan pelajari?
✅ Latihan teori & praktikal
✅ Kemahiran asas pertolongan cemas
✅ Peluang kerjaya dalam bidang perubatan
✅ Tenaga pengajar berpengalaman

🏥✨ Persiapkan diri anda untuk bertindak pantas dalam situasi kecemasan! 🏥✨

📅 Tempat adalah TERHAD! Daftar Sekarang!
📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut! 💬✨




24/05/2026

🔥 ANDA CARI MASA DEPAN? KAMI SEDIAKAN JALAN! 🔥

Permohonan ke Kolej Yayasan Felda Sesi 2026 kini DIBUKA!

Nak jadi CHEF, USAHAWAN, PENGURUS, PAKAR MEDIA atau PENGENDALI DRON? Semuanya boleh realisasikan di sini!

🎓 Diploma Ditawarkan:
🍳 Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan (Kulinari)
🍹 Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman (F&B)
🏥 Pengurusan Pentadbiran (Dialisis)
👚 Operasi Pengeluaran Pakaian (Fesyen)
🗂️ Pengurusan Pentadbiran
🧁 Pengurusan Pastri & Roti

🎓 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM):
🎬 Kreatif Media (Penggambaran)
🚨 Pembantu Kecemasan
🚁 Pengendalian Dron

* Hands-on bersama tenaga pengajar berpengalaman
* Akses kepada peluang kerjaya sebenar
* Suasana pembelajaran yang kondusif

📢 Tempat adalah TERHAD! Mohon SEKARANG di:

🌐 www.yayasanfelda.org
📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

wa.me/601160506924






kejayaanbersamakyf

Address

Kuala Berang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengurusan Felda Tersat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pengurusan Felda Tersat:

Shortcuts

Share