Our Story
JAMILAH JEWELLERY juga dikenali sebagai HOUSE OF PEARL telah ditubuhkan sejak tahun 1993. Puan Jamilah Abdullah lebih di kenali sebagai JAMILAH RATU MUTIARA SABAH. Beliau merupakan usahawan bumiputera Sabah yang telah membawa jenama mutiara Sabah ke peringkat antarabangsa sehingga mutiara Sabah tidak asing lagi bagi para pelancong. Bak kata para pelancong ke Sabah “Jika ke Sabah tidak sah jika tidak buat tiga perkara ini 1) lawat Gunung Kinabalu, 2) makan seafood Sabah dan 3) beli mutiara Jamilah”.
JAMILAH JEWELLERY menjual pelbagai jenis perhiasan wanita dan lelaki berasaskan mutiara, silver 925, suasa 14/20, crystal Swarovski, gemstones dan banyak lagi. Kami juga menjual secara borong untuk peniaga memulakan perniagaan.
HQ JAMILAH JEWELLERY berada di Sinsuran Complex manakala cawangan kami ada di 1BORNEO HYPERMALL, Pasar Kraftangan Sabah dan Kenanga Wholesale Center KL.
Selain JAMILAH JEWELLERY, syarikat kami juga mempunyai syarikat lain antaranya WISMA JAMILAH dan JAMILAH D.I.Y.