16/09/2024
Assalamualaikum WBT
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1445 Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia pada 16 September 2024 bersamaan 12 Rabiulawal 1446H.
Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun ini adalah bagi meraikan keputeraan Baginda Rasulullah ๏ทบ yang lahir pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, iaitu pada tahun pertama selepas peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman, Abrahah.
Firman Allah ๏ทป :
ููู ุจูููุถูู ุงูููููู ููุจูุฑูุญู
ูุชููู ููุจูุฐูฐูููู ููููููุฑูุญูุง ูููู ุฎููุฑู ู
ููู
ูุง ููุฌู
ูุนููู
โKatakanlah Muhammad, dengan anugerah Allah dan rahmat-Nya maka hanya dengan itu berbahagialah orang-orang yang beriman. Hal itu (anugerah dan rahmat-Nya) lebih baik daripada harta dunia yang mereka kumpulkan.โ (Surah Yunus: 58).
Sabda Rasulullah ๏ทบ :
ุฅูู
ุง ุฃูุง ุฑุญู
ุฉู ู
ูุฏุงุฉ
Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah).โ (Hadis)
Orang yang menerima rahmat ini dan bersyukur atas nikmat ini, ia akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Oleh itu, ayuh kita manifestasikan kesyukuran dan kecintaan kita pada Allah dan Rasul-Nya dengan menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul ini. Perbanyakkan amal soleh serta sentiasa berselawat ke atas junjungan Baginda ๏ทบ Moga kita semua dapat menanam akar kecintaan terhadap Rasul yang Mulia, tergolong dalam kalangan umat Baginda ๏ทบ, memperoleh syafaatnya serta reda Allah ๏ทป di akhirat kelak.