SK Abdul Rahman Yassin

SK Abdul Rahman Yassin - skarian lead

SALAM AIDILADHA 2026 / 1447H ๐Ÿ•‹Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd...Seluruh warga SK Abdul Rahman ...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 2026 / 1447H ๐Ÿ•‹

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd...

Seluruh warga SK Abdul Rahman Yassin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, khususnya buat keluarga besar SKARY ๐ŸŒ™โœจ

Hari Raya Aidiladha tahun ini bukan hanya sekadar cuti perayaan, tetapi ia membawa mesej yang sangat mendalam untuk kita renungkan bersama...

*Erti Pengorbanan Sebenar (Ibrah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail A.S) : Kisah ketaatan luar biasa mereka mengajar kita tentang erti penyerahan diri dan keikhlasan. Di peringkat sekolah, 'korban' ini diterjemahkan melalui pengorbanan masa, tenaga, dan ruang oleh para guru demi mendidik, serta kesungguhan para pelajar dalam menuntut ilmu...

*Semangat Saling Membantu & Keprihatinan :
Ibadah korban dan agihan daging kepada golongan yang memerlukan mengajar kita tentang nilai empati. Warga sekolah sentiasa menerapkan nilai ini agar kita sentiasa cakna, bantu-membantu, dan tidak membiarkan ada dalam kalangan kita yang tercicir...

*Penyatuan & Keharmonian :
Aidiladha menyatukan hati kita semua tanpa mengira latar belakang. Di sekolah, kepelbagaian inilah yang memperkukuh ukhuwah dan perpaduan kita sebagai satu keluarga besar...

Selamat menjalankan ibadah korban bagi yang melaksanakannya. Semoga segala amal ibadah, doa, dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT...

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha! ๐Ÿ‘๐Ÿ‚โค๏ธ


26/05/2026

HIDUPKAN TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA

Antara syiar Islam yang agung pada hari Aidiladha ialah menghidupkan takbir...

Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim:
โ€œBaginda ๏ทบ sentiasa bertakbir pada hari Arafah selepas solat subuh dan menghentikan selepas solat asar hari terakhir bagi hari-hari Tasyrik.โ€

Untuk makluman, terdapat dua jenis waktu takbir yang perlu kita tahu:

๐Ÿ”น Takbir Mursal (Mutlak) :
Bermula dari Maghrib 9 Zulhijah sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidiladha. Takbir ini bersifat bebas boleh dilafazkan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (tengah memandu, buat kerja rumah atau berehat) tanpa terikat dengan waktu solat.

๐Ÿ”น Takbir Muqayyad :
Bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijah sehingga selepas solat Asar 13 Zulhijah (takbir selepas setiap solat fardu)..

Mari kita sama-sama hidupkan syiar Islam ini dengan memperbanyakkan takbir sepanjang hari Aidiladha dan hari-hari Tasyrik. Semoga ia menjadi bekalan pahala buat kita semua..


๐Ÿ“ข๐Ÿซโœจ SAMBUTAN MAJLIS HARI GURU TAHUN 2026 & MAJLIS PERPISAHAN CIKGU RUZAIMAH BINTI RAHIM โœจ๐ŸŒน๐Ÿ“† Tarikh : 18 Mei 2026๐Ÿ“ Tempat...
22/05/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿซโœจ SAMBUTAN MAJLIS HARI GURU TAHUN 2026 & MAJLIS PERPISAHAN CIKGU RUZAIMAH BINTI RAHIM โœจ๐ŸŒน
๐Ÿ“† Tarikh : 18 Mei 2026
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Agung Umar Abd Aziz, SK Abdul Rahman Yassin

Sambutan Majlis Hari Guru Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan bermakna dengan penglibatan warga sekolah, murid-murid serta para guru yang diraikan atas segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menghargai usaha dan komitmen para guru yang sentiasa gigih mencurahkan ilmu, membimbing serta membentuk sahsiah murid demi masa depan yang cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan Majlis Perpisahan Cikgu Ruzaimah binti Rahim yang diraikan dalam suasana penuh penghargaan dan rasa terharu. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SK Abdul Rahman Yassin.

Semoga segala kenangan dan jasa yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah. Pihak sekolah juga mendoakan agar Cikgu Ruzaimah binti Rahim terus sukses dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.

Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik. โ€œGuru Pemacu Reformasi Pendidikanโ€ ๐ŸŽ๐Ÿ“šโœจ

๐Ÿ“ข๐ŸŒนโœจ MAJLIS PERSARAAN CIKGU MAI-SALOMAH BINTI NAZARI ๐ŸŒนโœจ๐Ÿ“† Tarikh : 11 Mei 2026๐Ÿ“ Tempat : Dewan Agung Umar Abd Aziz, SK Abd...
22/05/2026

๐Ÿ“ข๐ŸŒนโœจ MAJLIS PERSARAAN CIKGU MAI-SALOMAH BINTI NAZARI ๐ŸŒนโœจ
๐Ÿ“† Tarikh : 11 Mei 2026
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Agung Umar Abd Aziz, SK Abdul Rahman Yassin

Majlis Persaraan Cikgu Mai-Salomah binti Nazari telah berlangsung dengan penuh suasana sayu, meriah dan bermakna bersama warga sekolah, rakan-rakan guru serta para tetamu yang hadir bagi meraikan jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak menabur bakti, mencurahkan ilmu serta menjadi inspirasi kepada murid-murid dan warga pendidik di sekolah ini. Segala jasa, dedikasi dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sumbangan beliau dalam mendidik anak bangsa serta memajukan sekolah.

Semoga Cikgu Mai-Salomah binti Nazari dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu. Jasamu dikenang, budimu sentiasa di hati. ๐Ÿ’โœจ

๐Ÿ“ข๐Ÿซโœจ KEMPEN ANTI BULI, GENGSTERISME, SALAH LAKU SEKSUAL & KESELAMATAN MURID โœจ๐Ÿซ๐Ÿ“† Tarikh : 30 April 2026๐Ÿ“ Tempat : Dewan SK...
22/05/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿซโœจ KEMPEN ANTI BULI, GENGSTERISME, SALAH LAKU SEKSUAL & KESELAMATAN MURID โœจ๐Ÿซ
๐Ÿ“† Tarikh : 30 April 2026
๐Ÿ“ Tempat : Dewan SK Abdul Rahman Yassin

Kempen Anti Buli, Gengsterisme, Salah Laku Seksual & Keselamatan Murid telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada semua murid tentang pentingnya menjaga disiplin, keselamatan diri serta mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan sejahtera.

Melalui kempen ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan bahaya buli, gengsterisme, salah laku seksual serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pihak sekolah berharap agar semua murid dapat mengamalkan nilai hormat-menghormati, saling membantu dan sentiasa peka terhadap keselamatan diri serta rakan-rakan.

Semoga usaha ini dapat melahirkan warga sekolah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bebas daripada gejala negatif demi kesejahteraan bersama. ๐Ÿค๐Ÿ“šโœจ

๐Ÿ“ข๐Ÿ…โœจ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-24 SKARY TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ…๐Ÿ“† Tarikh : 29 April 2026๐Ÿ“ Tempat : SK Abdul Rahman Yassin๐Ÿ‘ค Perasmi ...
22/05/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ…โœจ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-24 SKARY TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ…
๐Ÿ“† Tarikh : 29 April 2026
๐Ÿ“ Tempat : SK Abdul Rahman Yassin
๐Ÿ‘ค Perasmi : Pn. Noorazah binti Mohamed Iman
(Ketua Unit Integriti KEJORA)
๐Ÿ†Johan Rumah Keseluruhan: Rumah Hijau
๐Ÿซ…Olahragawan: Muhammad Ammar Firas bin Faizal (Rumah Kuning)
๐Ÿ‘ธOlahragawati: Ainatul Mardhiah binti Mahmod Luqman Nul Hakim (Rumah Syahbandar)
Kejohanan Sukan Tahunan Ke-24 SKARY Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan kemeriahan melibatkan seluruh warga sekolah.

Program ini dianjurkan bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam kalangan murid di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.

Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan termasuk acara balapan dan padang, perbarisan rumah sukan serta sorakan yang penuh semangat daripada para penyokong yang menceriakan suasana kejohanan.

Semoga kejohanan ini dapat melahirkan murid yang cergas, berdaya saing dan bersemangat tinggi serta mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan warga sekolah. ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ…๐ŸŽ‰

๐ŸŒธ SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒธโ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€Ikhlas daripada seluruh warga SK Abdul Rahman Yassin, kami merakamkan...
16/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒธ

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Ikhlas daripada seluruh warga SK Abdul Rahman Yassin, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang..

Guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pembina akhlak, pencetus inspirasi dan pemimpin kepada masa depan anak bangsa. Setiap pengorbanan, nasihat dan doa daripada seorang guru amat besar nilainya dalam membentuk kejayaan murid...

โœจ Terima kasih cikguโ€ฆ
Kerana terus kuat mendidik,
Terus sabar membimbing,
Dan terus ikhlas berbakti demi generasi masa hadapan.

Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi insan yang dihormati serta disayangi... InsyaAllah

โ€œGuru Disanjung, Ilmu Dijunjungโ€
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€




๐Ÿ“ข๐Ÿซโœจ MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN BILIK GURU RM5000 TAHUN 2026 โœจ๐Ÿซ๐Ÿ“† Tarikh : 22 April 2026  โฐ Masa : 2:30 petan...
12/05/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿซโœจ MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN BILIK GURU RM5000 TAHUN 2026 โœจ๐Ÿซ
๐Ÿ“† Tarikh : 22 April 2026
โฐ Masa : 2:30 petang
๐Ÿ“ Tempat : Dewan Persatuan Penduduk Taman Desa, Kluang
๐ŸŽ–๏ธ Disempurnakan oleh : Y.Bhg Datuk Hj Md Jais bin Hj Sarday
(Pengerusi Yayasan Prihatin Kluang)

Majlis Penyerahan Bantuan Bilik Guru RM5000 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna dengan kehadiran pihak pentadbir sekolah serta warga guru.

Sumbangan bantuan ini merupakan satu inisiatif bagi menambah baik kemudahan dan keselesaan bilik guru demi memastikan suasana kerja yang lebih kondusif dan selesa untuk semua warga pendidik.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Prihatin Kluang atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan kepada kebajikan guru dan pembangunan pendidikan.

Semoga jalinan kerjasama dan sokongan seperti ini dapat diteruskan demi kecemerlangan sekolah serta kesejahteraan warga pendidik pada masa akan datang. ๐Ÿค๐Ÿ“šโœจ

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS, CIKGU๐Ÿ˜ŠSeluruh warga SKARY merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan tahnia...
09/05/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS, CIKGU๐Ÿ˜Š

Seluruh warga SKARY merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan tahniah kepada En. Hairul Azuan Bin Ahdan atas pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu di SK Abdul Rahman Yassin berkuatkuasa 6 April 2026 lalu..

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Penolong Pegawai PPD (Pembangunan Bakat Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Kluang sudah pasti mempunyai latar belakang dan pengalaman yang cukup berharga untuk dicurahkan kini bersama semua warga SKARY..

Semoga dengan kehadiran cikgu, ia akan menyuntik semangat baharu dan membawa kecemerlangan yang lebih tinggi dalam bidang kokurikulum serta melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek serta kejayaan demi kejayaan yang bakal dikecapi di sini..

Selamat bertugas dan selamat membimbing anak-anak didik SKARY, cikgu ๐Ÿซก




Address

Jalan Ara, Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Sunday 07:00 - 18:00

Telephone

+6077764280

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Abdul Rahman Yassin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SK Abdul Rahman Yassin:

Share