04/01/2025
Antara kaedah simpanan emas paling mudah, murah dan patuh syariah adalah simpanan emas melalui akaun GAP.
GAP bermaksud Gold Accumulation Program (Program Akumulasi Emas).
Akaun simpanan emas GAP mudah kerana anda boleh buat simpanan melalui apps dan menggunakan internet bankin untuk beli emas.
Emas yang anda beli akan disimpan dalam akaun GAP anda sehingga anda keluarkan emas fizikal atau pun menjual kembali emas ini.
Akaun GAP boleh dibuka untuk anak yang baru lahir dan juga orang dewasa.
Anda boleh berurusan 24 jam (beli dan jual emas) dengan hanya pakai apps.
Ianya murah kerana anda boleh membeli emas serendah RM100. Harga emas GAP boleh dilihat di laman web Public Gold.
Akaun GAP disahkan patuh syariah oleh penasihat Syariah terkemuka, Amanie Advisor.
Jadi anda boleh simpan dengan senyuman 😁
Kelebihan GAP. Ia bersandarkan emas fizikal.
Anda boleh keluarkan emas fizikal serendah 0.5gram daripada akaun GAP.
Jika anda mencari kaedah simpanan emas terbaik 2025, maka GAP boleh menjadi pilihan terbaik!