AcuSany JSD

AcuSany JSD stokis jamu susuk dara bertam kepala batas penang

DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua or...
01/10/2022

DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..
Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Sebab apa?? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat2 semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang.. Kan kan kan???
Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil..
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak?
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam p**ak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.
👉 AKAR direbus tiada s**atan, ikut selera masing2.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg s**a hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.
👉 DAUN..
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.
- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..
👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah..
- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bil demam suhu badan akan tunggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..
- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelar air rebuisan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titskan kedalam mulut. Insyaallah..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.
- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melinkan.. Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai...
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam..





Kredit : Kamal Fj

02/06/2022

Hujan² malaz nk buat apa...tapi perut kja lapaq ja 😊😊🤭🤭

10 Cecair yang keluar daripada F***j Wanita.Setiap satu berlainan hukum dari sudut najis dan hadas besar atau hadas keci...
17/01/2022

10 Cecair yang keluar daripada F***j Wanita.

Setiap satu berlainan hukum dari sudut najis dan hadas besar atau hadas kecil.

1) Air kencing
Ia adalah cecair sisa perkumuhan. Ianya adalah najis dan tidak sah solat jika ada air kencing di badan, pakaian atau tempat.

Hukum :
Keluar air kencing menyebabkan hadas kecil dan ianya adalah najis.

2) Air Mazi
Ianya adalah cecair yang keluar ketika berhubungan intim dan ketika syahwat diransang.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

3) Air Wadi
Ianya adalah cecair yang keluar setelah melakukan kerja berat atau mengangkat sesuatu yang berat. Tidak semua wanita akan mengalaminya, boleh jadi seseorang itu tidak pernah keluar air wadi sepanjang hidupnya.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

4) Air Mani
Ianya adalah cecair yang keluar ketika mencapai klimaks syahwat. Ianya berlaku pada lelaki dan wanita. Hukumnya adalah suci dan tidak najis.

Jika air mani najis, maka anak Adam berasal daripada najis.

Keluar mani menyebabkan hadas besar dan mewajibkan mandi sebelum solat.

5) Keputihan
Ianya adalah cecair berwarna putih@ sedikit kekuningan.

Namun perlu berhati-hati, jika cecair warna kuning keluar dihujung waktu haid, maka ianya dikira sebagai darah haid selama mana masih dalam lingkungan sebanyak-banyak haid lima belas hari.

6) Haid
Darah tabiat yang keluar daripada atas rahim wanita diatas jalan sihat pada waktu yang tertentu.

Haid disebut sebagai hadas akbar (paling besar).

Ini kerana apabila seseorang wanita keluar haid, maka diharamkan baginya wudhuk dan mandi wajib. Adapun mandi sunat harus sahaja.

Sekurang-kurang darah haid adalah sehari semalam.
Kebiasaan haid enam atau tujuh hari.
Sebanyak-banyak haid adalah lima belas hari lima belas malam.

Semua perkara yang diharamkan kepada orang berhadas kecil dan besar diharamkan kepada orang haid. Bahkan diharamkan juga bagi suami menceraikan isterinya di dalam haid.

7) Nifas
Ia adalah darah yang keluar selepas kosong rahim daripada janin atau awal penciptaan anak Adam.

Adakah orang yang keguguran keluar Darah Nifas?
Ya. Darah yang keluar selepas keguguran adalah dikira darah Nifas juga.

8 ) Istihadhah
Ianya adalah darah yang keluar daripada f***j wanita yang mana ianya bukan Haid dan bukan Nifas.

9) Darah Fasad
Darah yang keluar daripada kemaluan kanak-kanak yang belum sampai umur Haid iaitu Sembilan Tahun Qamariah Taqribiyyah.

Sebahagian ulamak mengatakan itu adalah darah Istihadhah.

Syeikh Ibnu Hajar mengatakan ianya adalah khilaf lafaz sahaja.

10) Darah Talak
Iaitu darah yang keluar sebelum daripada beranak.

Hukumnya adalah najis dan tidak mewajibkan mandi.

Persoalan.
Jika seseorang beranak tetapi tidak keluar darah. Adakah dia perlu mandi wajib sebelum solat?

Ya. Dia perlu mandi wajib sebelum solat kerana beranak adalah sebab kepada hadas besar. Jika tidak keluar darah, maka dia dikira tiada darah Nifas tetapi tetap wajib mandi kerana beranak.

Wallahu a’lam.

Fb Abdullah Hussin

Daripada otak yang dominan ni kita boleh tahu banyak rahsia anak kita.Antaranya :Buat anak otak kiri dia lebih,- banyak ...
09/01/2022

Daripada otak yang dominan ni kita boleh tahu banyak rahsia anak kita.

Antaranya :

Buat anak otak kiri dia lebih,

- banyak berfikir dari meneroka
- dia s**a sangat pada nombor
- cerita kurang logik dia susah percaya
- fokus bila dah buat sesuatu
- ada rasa ingin tahu yang kuat

Buat anak otak kanan p**a,

- lebih s**a meneroka dari berfikir
- tak s**a nombor tapi s**a cerita
- kalau dengar kita cerita memang ralit
- tapi dia kuat juga berangan
- sangat-sangat kreatif

Ada banyak cara nak tengok anak dominan otak mana tapi ini cara paling senang.

Minta anak genggam sepuluh jari dia seperti di dalam gambar.

Lihat ibu jari mana yang di atas.

Jika ibu jari kanan di atas maka dia dominan otak kiri, jika ibu jadi kiri di atas maka dia dominan otak kanan.

Hujahnya,

Setiap anggota badan kita ni di kawal oleh otak yang berlawanan.

Otak kiri kawal bahagian kanan.
Otak kanan kawal bahagian kiri.

Cuba dan gudluck, sampaikan juga pada ibu ayah lain ye 😁

~ Mohd Fhais Salim

Jalan² jugak ..makan-makan jugak jgn lupa pada yg Maha Pemberi Segalanya..lebih² marhalah (90km) boleh buat Solat Jamaq....
21/12/2021

Jalan² jugak ..makan-makan jugak jgn lupa pada yg Maha Pemberi Segalanya..lebih² marhalah (90km) boleh buat Solat Jamaq...

Nafkah isteri vs duit belanja rumah.Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung ja...
11/12/2021

Nafkah isteri vs duit belanja rumah.

Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak.

Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri s**a, atau nak simpan. Itu hak isteri. Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami.

Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan p**a claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri. Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi.

Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami. Tetaplah wajib ke atas seorang suami untuk beri nafkah kepada isterinya. Isteri ada duit sendiri bukan alasan untuk suami ya.

Tak boleh sama sekali suami bagi duit untuk kegunaan beli barang rumah, dan anggap itu adalah duit nafkah. Nafkah adalah nafkah, duit belanja rumah kena bagi asing.

Acik percaya, ramai yang masih belum faham beza nafkah dan duit belanja rumah. Semoga bermanfaat.

Kredit kepada penulis

PENYAKIT G6PD==============👶Apakah maksud G6PD?G6PD adalah singkatan bagi Glucose 6 Phosphate Hydrogenese iaitu sejenis ...
06/12/2021

PENYAKIT G6PD
==============

👶Apakah maksud G6PD?
G6PD adalah singkatan bagi Glucose 6 Phosphate Hydrogenese iaitu sejenis penyakit genetik berkaitan kekurangan enzim dalam sel darah merah (eritrosit).

👶Siapa yang terdedah dengan penyakit ini?
G6PD biasanya berlaku dalam kalangan bayi terutama yang baru lahir. Biasanya selepas bayi dilahirkan, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

👶Apakah risiko yang berlaku jika kekurangan G6PD?
Selalunya bayi yang mempunyai kekurangan G6PD akan mendapat demam kuning (jaundice) pada hari pertama kelahiran. Tahap jaundice mereka juga mudah naik secara mendadak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.

👶Apakah maksud kekurangan enzim G6PD?
Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah penghidap G6PD mudah pecah dan membolehkan bilirubin meningkat dengan cepat dan pada tahap tertentu bilirubin memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal.

Fakta:
* Dianggarkan 400 juta penduduk di dunia penghidap G6PD.
* Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia mempunyai kekurangan ini.
* Penghidap G6PD biasanya anak lelaki, kerana ia dikaitkan dengan kromosom X.

Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim...Memutuskan hubungan kekeluargaan seorang isteri dgn suami, seorang ib...
05/12/2021

Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim...

Memutuskan hubungan kekeluargaan seorang isteri dgn suami, seorang ibu dgn anak, seorang abg dgn adik atas asbab tidak s**a, tidak sefahaman, dengki, iri hati, perebutan harta dan hal2 yg berkaitan keduniaan hukumnya berdosa besar...

Org yg bertanggungjawab memutuskan hubungan ini akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan hidupnya tidak akan mendapat rahmat Allah s.w.t...

Dosanya akan dipercepatkan oleh Allah dgn memberi siksaan kpdnya ketika didunia lagi...doanya tidak dikabulkan dan dia takkan masuk syurga...

Antara bentuk hukuman org yg memutuskan silaturahim ialah hatinya tidak tenang, rezekinya sempit, kehidupannya tak pernah lepas drpd ujian Allah s.w.t, dia tidak dis**ai manusia dan pertolongan Allah jauh daripadanya...

Adik beradik bergaduh berebut harta sehingga tidak bertegur sapa...ipar dan biras mengadu domba sehingga mertua memulaukan menantunya...isteri menjauhkan suami kerana tidak sebulu dan serasi dgn mertua...

Apa saja perbuatan khianat, sifat mazmumah, fitnah, umpatan, hasutan terhadap seseorang sehingga terputusnya hubungan silaturahimnya dgn seseorang yg lain asbab perbuatan kita tu, maka kita lah org yg tidak akan masuk syurga dan akan mendapat balasan ketika masih bernyawa...

Insaflah, bertaubatlah, mohonlah kemaafan dari Allah s.w.t...jgn ambik mudah, jgn anggap benda ni xde apa2...rugi dan sia2 amalan dan bekalan yg kita kumpul andai kitalah penyebab silaturahim seseorang itu terputus...

Renung-renungkan dan semoga bermanfaat...🙂

Daun apa kenal tak? Kalau jumpa jangan dibuang. Kalau ditanam dalam pasu sebagai hiasan di rumah lagi bagus.Daun ni anug...
04/12/2021

Daun apa kenal tak? Kalau jumpa jangan dibuang. Kalau ditanam dalam pasu sebagai hiasan di rumah lagi bagus.

Daun ni anugerah untuk para isteri. Khasiat dia ialah untuk ikhtiar hamil.

Cara-caranya:

1. Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dengan 2 cawan air.

2. Rebus sampai airnya menjadi kuantiti untuk 1 cawan air.

3. Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

4. Kita usaha selebihnya Allah jua yang mengizinkan.

Insya Allah... Aamiin...

1. Beli 1-2 pack besar ais. Masukkan ke dalam baldi atau kolah seperti dalam gambar2. Perahkan limau nipis yang telah di...
02/12/2021

1. Beli 1-2 pack besar ais. Masukkan ke dalam baldi atau kolah seperti dalam gambar

2. Perahkan limau nipis yang telah dipotong. 5-6 biji pun cukup.

3. Sebelum mandi, bacalah :-
👉Al fatihah sebanyak 7 kali
👉Bismillah 5 sebanyak 7 kali
👉Surah Al Ikhlas sebanyak 7 kali
👉Selawat sebanyak 7 kali
(Baca di luar bilik mandi dan sesudah selesai baca, baru masuk ke dalam bilik mandi)

Bila mandi tu,mulakan dari kepala lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.

👉kalau ada angin dalam badan, Insya Allah akan keluar
👉kalau ada gangguan jin dan makhlus halus, Insya Allah akan berkurangan sebab Jin memang tak tahan dengan sejuk kerana Jin diciptakan daripada api.
👉kalau selepas mandi air mandian ini kalian berasa loya, pening, nak muntah, sendawa, itu bermakna dalam tubuh ada gangguan.

So gaisssss, elok amalkan selalu untuk elak tubuh kita tidak bermaya dan penat.
Buat 3 hari sekali, Insya Allah jin pun lari

Perubatan lslam Ustaz Yusuf

Promo 12.12 beli 5 kopi xpFree justeen
30/11/2021

Promo 12.12 beli 5 kopi xp
Free justeen

SUNAT ANAK KETIKA BAYI, SUNNAH YANG DILUPAKANOrang arab panggil khitan, orang melayu p**a sebut khatan atau sunat, orang...
30/11/2021

SUNAT ANAK KETIKA BAYI, SUNNAH YANG DILUPAKAN

Orang arab panggil khitan, orang melayu p**a sebut khatan atau sunat, orang-orang tua sebut 'masuk jawi'.

Ramai yang tak tahu, sunat meng'khatan'kan bayi pada hari ke-7.

Ye, selain daripada aqiqah, mencukur rambut, dan memberi nama, berkhatan juga antara sunnah baginda SAW pada hari ke-7 kelahiran.

Bayi sesuai dikhatan sejurus selepas lahir sampailah pada usia 4 bulan. Selepas dari tu, agak susah untuk dikhatankan, sebab baby dah mula pandai meniarap.

Sayangnya, ramai yang tak tahu atau terlepas pandang pada sunnah berkhatan ini. Menjadi adat juga orang melayu mengkhatankan anak lelaki mereka apabila sudah lewat usia kanak-kanak.

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)

Dari Abu Ja’far ra berkata,
“Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)

Alhamdulillah, Taqi & Zaki kami sunatkan waktu mereka 3 bulan.

Bagi kami dah agak lewat. Tapi bagi sesetengah orang mereka tanya, kenapa terlampau awal?

Antara sebab ramai yang memilih untuk melewatkan khatan anak:
1. Tak tahu khatan antara sunnah hari ke-7 dan sebaiknya disegerakan.
2. Kesian dan risau, takut baby sakit.
3. Tak sampai hati nak lihat proses khatan dan tengok baby nangis.
4. Nak anak-anak rasa pengalaman kena sunat.

Khatan itu sunnah. Maka ia adalah tuntuan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah.

Jadi, tak usah fikir tentang 'kasihan baby', takut baby sakit dan sebagainya. Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan p**a pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.

Antara kelebihan khatan sewaktu bayi:

1. Bayi kurang rasa sakit, sebab kulit bayi masih lembut. bayi banyak tidur. Macam kita juga, kalau kita tidur, semua sakit terasa hilang.

2. Luka bayi cepat sembuh, seawal 5-7 hari.

3. Bayi tidak perlu berpantang. Mak ayah pun tak perlu penat jaga makanan pantang anak. Sebab makanannya hanya susu semata.

4. Bayi tidak disekat pergerakkannya. Sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je.

5. Bayi takkan rasa takut. Sebab bayi masih belum ada perasaan takut. Berbeza dengan kanak-kanak, mereka sudah kenal erti takut.

6. Mak ayah tak perlu penat pujuk anak supaya mereka setuju untuk berkhatan. Sebab baby memang sedia ada serah diri untuk dikhatankan.

7. Bayi yang dah khatan dapat elak dari penyakit kencing buta. Sebahagian kanak-kanak yang belum sunat akan terkena penyakit kencing buta. Maka, akhirnya doktor sarankan supaya segera dikhatankan.

8. Mak ayah juga tak penat untuk jaga bayi lepas khatan. Sebab penjagaannya sangat mudah.

Bukankah ini semua bukti sunnah itu rahmah? Memudahkan urusan bayi dan memudahkan urusan ibubapa.

Kalau mak atau ayah yang takut, mungkin boleh usaha untuk tak tengok waktu proses khatan. Biarkan nenda bayi atau pakcik dia yang temankan. Jangan sebab kekurangan kita, sunnah itu terpaksa dilewatkan.

Kalau pengalaman sunat yang dicari,
Hmmm, banyak lagi pengalaman lain yang anak tu boleh cari. Paling tidak, boleh rekod proses khatan tu pakai handphone. Nanti dah besar, tunjuk semula pada anak tu.

Sudah tiba, adat itu ditukar kepada sunnah.
Jangan sebab mengikut adat kita meninggalkan sunnah.
Sunnah itu lebih utama.

Tak rugi sunat anak awal.
Malah sebenarnya, besar nanti mereka akan sangat bersyukur sebab mak ayah dorang pilih untuk sunatkan mereka awal.

Berapa ramai juga ibuayah menyesal tak sudah sebab tak sunatkan anak dorang siap-siap waktu kecil dulu.

Kalau ada yang dah terlepas, tak mengapa. Teruskan cari waktu yang sesuai untuk sunat anak kalian. insyaAllah dipermudahkan :)

Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).

Jom, ikut sunnah :)

Alhamdulillah, proses khatan Taqi & Zaki dulu semuanya dipermudahkan. Saya juga tak berjaga lebih, hidup seperti hari-hari biasa. Hari ke-3 khatan kami dah pergi holiday kat Terengganu.. hehe..

Kami khatankan dengan Dr. Khairuddin di Klinik Taqwa, Ipoh. Dr Khairuddin sangat berpengalaman. Kerjanya sangat teliti dan kemas.

Kos cuma Rm140 termasuk ubat. Rasanya agak murah berbanding kebanyakkan tempat biasa. Kalau kat area KL Selangor, kami survey-survey harga lebih kurang Rm250-400. Tu yang kami buat dekat Ipoh je, jimat! Hehe..

Waktu tengah khatankan baby, Dr. Khairuddin tunjukkan 'tahi palat' yang ada di bahagian dalam p***s Taqi & Zaki, Doktor pun cakap,

"Tengoklah, tahi palat baby pun dah banyak macam ni, bayangkan kalau budak umur 12 tahun tak sunat lagi. Banyak mana dah terkumpul dalam tu".

Ini secebis pengalaman kami. Kami pun tak mampu ikut sunnah untuk khatan Taqi & Zaki pada hari ke-7 disebabkan urusan kesihatan dan pelbagai. Maka kami hanya mampu mengikut sunnah untuk bersegera mengkhatankan mereka.

Islam itu sangat indah. Pasti punya banyak hikmah disebalik sunnah berkhatan ketika bayi.

Anak kita juga nampak semakin macho & handsome bila dah sunat 😎

Wallahua'lam..

Nur Shazareen
Mama kepada 2 hero macho & seorang he**in ayu

Address

797 KAMPUNG DATUK
Kepala Batas
13200

Telephone

+60189401041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AcuSany JSD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AcuSany JSD:

Share