Jam Kekanan (Jam Tawaf)

Jam Kekanan (Jam Tawaf) Jam Kekanan/Jam Mengikut Pusingan Tawaf/Jam Terbalik /Anticlockwise Watch Kembali kepada fitrah

UNLIMITED DATA & CALLHOTSPOT 1 TERA RM 53.00 kekal setiap bulanKelajuan 5G 24jam 1,000mbpsBoleh masuk dalam modem pegant...
28/12/2024

UNLIMITED DATA & CALL
HOTSPOT 1 TERA
RM 53.00 kekal setiap bulan
Kelajuan 5G 24jam 1,000mbps
Boleh masuk dalam modem peganti fiber

26/02/2022

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1443H☆

وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ * لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah" [Surah at-Taubah 65-66]

daripada Hisyam bin Sa’ad, dari Zaid bin Aslam, disebutkan bahawa:

"Dalam perjalanan menuju ke medan perang Tabuk, ada seorang dari kalangan munafikin berkata kepada Sayidina ‘Auf bin Malik r.a: “Kami tidak pernah melihat seperti para ahli Al-Quran (yang dimaksudkan adalah Nabi saw dan para sahabatnya) kecuali mereka adalah orang yang paling buncit perutnya, yang paling dusta ucapannya dan yang paling pengecut tatkala berhadapan di medan perang”. Mendengar hal ini, Sayidina ‘Auf bin Malik r.a
berkata kepada orang tersebut: "Engkau dusta, engkau itu munafik. Sungguh aku akan melaporkan ucapanmu tadi kepada Rasulullah saw. Sayidina ‘Auf bin Malik r.a pun pergi menghadap Rasulullah saw. Namun sebelum Sayidina ‘Auf sampai, wahyu telah turun kepada baginda (tentang peristiwa itu).

Zaid berkata bahawa Ibnu Umar bercerita: “Sepertinya aku melihat ia (orang munafik itu) berpegangan pada tali pelana unta Rasulullah saw sedangkan kakinya tersandung-sandung batu sambil merayu-rayu kepada Nabi sambil berkata:

إِنَّمَا كُنَّا نَخُوْضُ وَنَلْعَبُ

“Kami tadi hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja".

Kemudian Rasulullah saw berkata kepadanya (dengan membacakan firman Allah yang bermaksud: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok" [Surah at-Taubah 65-66]

Nabi saw tidak bersabda lebih dari itu” (HR Ibnu Jarir At-Thabari. Sanad hadis ini jayyid)

sesekali berani memperolok-olokkan kekasih Allah dan para wali Allah swt. Hal ini boleh menyebabkan kehancuran dan keguguran akidah seseorang.

as-Syafi’i rahimahullah ditanya mengenai orang yang bersenda gurau dengan ayat-ayat Allah swt. Beliau mengatakan bahawa orang tersebut kafir dan beliau berdalil dengan firman Allah swt:

أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ, لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?”. Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman” [Surah at-Taubah 65-66]

menunjukkan bahawa mengolok-olok Allah, Rasulullah saw dan ayat-ayat Allah termasuk kekafiran dan merosakkkannya iman.

♡Jagalah lidah, jangan mengucapkan sesuatu yang melampaui batas. Jangan sesekali menghina, memperolok dan memperlecehkan Allah, Rasulnya, sahabatnya dan orang-orang yang soleh kerana ia boleh merosakkan iman dan Islam seseorang♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

06/04/2021

☆Tadabbur Kalamullah 21 Sya'ban 1442H☆

وَذَرُوا۟ ظَـٰهِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَبَاطِنَهُۥۤۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡسِبُونَ ٱلۡإِثۡمَ سَیُجۡزَوۡنَ بِمَا كَانُوا۟ یَقۡتَرِفُونَ

"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, Mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan" [Surah al-An'am 120]

terbahagi kepada dua:

1. Dosa zahir (yang boleh dilihat atau didengar)

2. Dosa batin (hati).

dalam ayat di atas Allah swt memerintahkan kita semua hambaNya agar sentiasa sensitif dengan dosa. Allah perintahkan supaya kita meninggalkan dosa samada dosa zahir mahupun dosa batin. Yang nyata atau yang tersembunyi.

ulamak mengatakan dosa batin lebih berbahaya daripada dosa zahir. Berwaspadalah!!.

dosa batin ialah tidak ikhlas, riyak, ujub, hasad, sombong, kurang tawakkal dan pergantungan pada Allah.

saw bersabda :

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب

“…Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati” (HR al-Bukhari dan Muslim)

bahawa sesiapa yang berusaha melakukan dosa, maka dia akan di balas berdasarkan apa yang dilakukan.

♡Jauhi dosa samada yang terang mahupun yang tersembunyi. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Selamat berbahagia kepada seluruh umat nabi Muhammad saw atas kelahiran insan termulia, penutup para Nabi, itulah rasul ...
28/10/2020

Selamat berbahagia kepada seluruh umat nabi Muhammad saw atas kelahiran insan termulia, penutup para Nabi, itulah rasul teragung Baginda Nabi Muhammad saw. Jadikanlah Rasulullah saw ikutan terbaik dalam segala urusan hidup kita. Allahumma solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad

*Salam Maulidur Rasul 1442H*

Facebook PAGE:
https://fb.me/tadabburkalamullah

Last day promosi.... Number Arabic... Pusing terbalik
31/08/2020

Last day promosi.... Number Arabic... Pusing terbalik

Buruj Tawaf.....
27/06/2020

Buruj Tawaf.....

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1441H☆إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا ی...
28/04/2020

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1441H☆

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]

amalan yang digalakkan untuk dilakukan ialah bersedekah. Amalan yang mudah dan menjanjikan pahala yang besar dan berganda-ganda. Bahkan sifat dermawan merupakan sifat orang yang bertaqwa. Orang yang kuat bersedekah akan memasuki syurga melalui pintu sedekah (rujuk HR al-Bukhari).

kita berada di bulan Ramadhan ini, maka sepatutnya kita menggandakan amal sedekah kita dan menjadi manusia yang paling pemurah berbanding di bulan yang lain.

Ibnu Abbas r.huma berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dalam berbuat kebajikan. Rasulullah saw akan menjadi lebih pemurah terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah saw memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda akan lebih banyak lagi berbuat kebajikan (lebih pemurah) melebihi dari angin yang bertiup" (HR Muslim)

perkara yang kita boleh lakukan dengan harta dan wang kita untuk bersedekah:

1. Infaq untuk pembinaan masjid, surau, sekolah, tempat menuntut ilmu, rumah anak yatim dan seumpamanya.
2. Wakaf mesin air minuman
3. Infaq al-Quran, buku agama dan buku yang bermanfaat
4. Membiayai anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang sakit.
5. Membiayai para pelajar menuntut ilmu
6. Membina atau menyediakan rumah untuk fakir miskin dan orang musafir
7. Membiayai para alim ulamak dan orang yang menyampaikan ilmu
8. Belikan barang-barang keperluan dan kemudahan untuk masjid/surau
9. Mewaqafkan kenderaan untuk kerja-kerja kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.
10. Membiayai golongan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah/haji.
11. Menyediakan makanan dan minuman utk orang yang memerlukan dan juga binatang yang berkeliaran.
12. Dan apa sahaja yang berunsur kebaikan dan kebajikan.

itu, terdapat beberapa jenis perbuatan yang dianggap sedekah/beroleh ganjaran sedekah:

1. Memberi senyuman dan bermanis muka
2. Melakukan kerja amar mahruf nahi mungkar
3. Menolong menyelesaikan masalah orang lain
4. Memberi khidmat/pertolongan kepada orang yang memerlukan
5. Mendamaikan orang yang bersengketa.
6. Menolong mengangkat barangan (meringankan beban orang lain)
7. Melangkah kaki ke tempat solat (tempat yang baik).
8. Membuang duri atau perkara yang menghalang laluan di jalan
9. Tidak mengganggu, menyusah dan menyakiti orang lain
10. Dan segala perbuatan baik yang dianjurkan oleh agama.

itu, Islam menganjurkan beberapa adab dalam memberi dan menerima sedekah:

1. Ikhlas
2. Memberi barang yang baik dan disayangi
3. Tidak mengungkit pemberian
4. Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk
5. Mengucapkan terima kasih saat menerima
6. Menghargai pemberian orang lain dengan menjaganya
7. Tidak meminta-meminta akan sesuatu

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [Surah Aali Imran 92]

♡Rebutlah peluang Ramadhan ini dengan memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan. Tunaikan segera kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada esok hari dan pada Ramadhan yang akan datang♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

*Rayuan Sumbangan: Memerlukan 1000 Pek Makanan Asas Untuk Mereka Yang Terputus Bekalan Makanan Asas*Pertubuhan Kebajikan...
23/03/2020

*Rayuan Sumbangan: Memerlukan 1000 Pek Makanan Asas Untuk Mereka Yang Terputus Bekalan Makanan Asas*

Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor (GENG TALAQQI) dengan penuh rasa bertanggungjawab dan prihatin dengan suasana bencana Covid-19 yang sedang melanda sehingga menyebabkan sebahagian daripada sahabat kita rakyat Malaysia terputus bekalan makanan asas. Dengan ini kami membuka Infaq untuk membantu mereka dan sebagai saham akhirat kita. Kami memerlukan:

*1000 pek makanan asas (1 set rm50/boleh juga sumbang berapa yang ada)*

*🔥10 pek makanan asas* dah diinfaq. Kami memerlukan *990 pek makanan* shj lagi🔥

No.akaun Maybank:
5620 1211 1290 (Geng Talaqqi Resources)
bank in sila bgtau ye

Sebarang makluman hubungi: Ust Naim

www.wasap.my/60196023803/MakananAsas
Penasihat Geng Talaqqi Resources

Untuk melihat aktiviti dan informasi Geng Talaqqi boleh LIKE FB PAGE kami:
https://www.facebook.com/gengtalaqqiilmu

Abyss Perla — Jam tangan unik yang mempunyai sentuhan elemen minimalis, dan pastinya bukan sekadar aksesori yang melengk...
01/03/2020

Abyss Perla — Jam tangan unik yang mempunyai sentuhan elemen minimalis, dan pastinya bukan sekadar aksesori yang melengkapkan fesyen anda.

Mari dapatkan jam tangan awesome ini yang confirm bergaya apabila dipakai.
www.wasap.my/60108787654/AbyssPerla

01/03/2020

Wahhh! Cool betul jam ni. Kalau hangpa nak tahu, ni lah koleksi Abyss.. koleksi rare yang eksklusif daripada Hijra Watches.

Dah tahu nak beli colour yang mana? Cepat contact abam! Sekarang tau!
www.wasap.my/60108787654/hijraabyss

31/01/2020

Hijra kembali...

Address

Kapar
42200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jam Kekanan (Jam Tawaf) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jam Kekanan (Jam Tawaf):

Share