Markas Wilayah Laut 1

Markas Wilayah Laut 1 Markas Wilayah Laut 1 Pada tahun 1975, Operation Cabut Support Group telah ditubuhkan di Tanjung Gelang Kuantan. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan.

MARKAS WILAYAH LAUT 1

SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Sejarah penubuhan Markas Wilayah Laut 1 @ Mawilla 1 bermula di woodlands sejak tahun 1950 di mana Malayan Navy kemudiannya dinamakan Tentera Laut Diraja Malaysia beroperasi di sana. Tahun 1970an menyaksikan kebanjiran pelarian dari Indochina yang mendarat di Pantai Timur semenanjung Malaysia akibat dari peperangan di rantau itu. Ini bagi menyokong op

erasi kapal-kapal TLDM| dalam menangani isu kebanjiran pelarian. Pada 1 Januari 1981 Pangkalan TLDM Woodlands telah dipindahkan ke Tanjung Gelang seterusnya pangkalan ini telah dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Pahang pada 28 Okt 1985 dan dinamakan sebagai Markas Wilayah Laut 1Mawilla 1 adalah pangkalan TLDM utama di pantai timur dan yang ketiga terbesar di Malaysia. Pemerintahan Markas di terajui oleh Panglima wilayah laut 1. Unit-Unit pelaksana di bawah Pemerintahan Markas terdiri daripada Armada, Sri Kuantan, Depot Logistik Wilayah 1, Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1 dan Protela Kuantan Turut di bawah Pemerintahan Mawilla 1 ialah Pasukan Simpanan Tentera laut iaitu PSTL Kuantan dan PSTL Setiu. Mawilla 1 bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menjaga Kedaulatan Negara dan kepentingan Maritim perairan pantai timur semenanjung Malaysia.Kawasan tanggungjawab terbentang dari garis lintang 1- 8 darjah utara iaitu sempadan Malaysia - Thailand hingga ke garis bujur 109 darjah timur. Ianya merangkumi persisiran pantai sepanjang 572 kilometer dan perairan zon maritim malaysia seluas 453 ribu, seratus 86 kilometer persegi. Mawilla 1 yang merupakan nadi dan peneraju kepada operasi pertahanan maritim wilayah pantai timur dilengkapi dengan aset 2 buah kapal peronda generasi baru, 6 buah kapal pembinasa laju, 4 buah bot pemintas laju. Output utama Mawilla 1 ialah menyediakan perkhidmatan pertahanan maritim dalam bentuk pengawasan Peninjauan dan penguatkuasaan undang-undang maritim negara Sejajar dengan wawasan dan Misi yang dibentuk Mawilla 1 bertanggungjawab kepada Markas Pemerintahan Armada Barat dalam memainkan peranan dan tanggungjawab TLDM merangkumi tugas-tugas berikut:

Melaksanakan pemerintahan dan kawalan keatas unit di bawah naungan.Menentukan kedaulatan perairan wilayah laut 1 serta kawasan kepentingan strategik dan ekonomi sentiasa aman dan terkawal. Memperkukuhkan jalinan perhubungan dan kerjasama dalam dan luar negara.Menyediakan aset Armada termasuk aset di bawah naungan pemerintahan Wilayah di tahap kesiagaan yang tinggi untuk diaturgerak semasa aman dan perang Meningkatkan keupayaan dan kesedian dalam segala aspek bagi menghadapi cabaran secara berterusan di masa hadapan.Melaksanakan latihan dan eksesais di peringkat intra TLDM, bersama dan gabungan. Dalam bidang pengurusan sumber manusia Hasrat tertinggi Mawilla 1 untuk melahirkan warga minda kelas pertama telah didokong dengan penerapan nilai teras TLDM seperti Kemulian, Kesetian, Keberanian dan Kebanggaan kepada warganya.Mawilla 1 mempunyai Visi Misi dan moto yang telah digubal demi menyokong Visi TLDM iaitu kearah menjadi Tentera Laut bertaraf dunia. Visi Mawilla 1 ialah menjadi markas pilihan nombor 1. Bagi merealisasikan visi ini Mawilla 1 telah menetapkan misinya iaitu melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim Wilayah laut 1 Berlandaskan kepada visi dan misi tersebut Maka moto markas ini ialah always number 1.

Address

Pangkalan TLDM Tg Gelang
Kampong Kuantan
25990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Wilayah Laut 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Markas Wilayah Laut 1:

Share