Milmilan

Milmilan - Penyedia kuih tradisi kegemaran ramai
- Fokus kami adalah karipap
- Berkongsi maklumat makanan tra

Yang Comel lahir daripada minat dan kesungguhan yang mendalam dalam bidang masakan terutamanya kek dan kuih muih tradisional. Yang Comel berkemahiran dalam memenuhi citarasa kontemporari anda untuk majlis istimewa anda dengan pilihan kek-kek istimewa, coklat tersendiri dan kuih-muih tradisi di Kajang dan kawasan sekitarnya. Yang Comel juga sudi dan berusaha untuk memenuhi permintaan di luar kawasan Kajang dan kawasan sekitarnya.

Berpinar biji mata dan pusing kepala meneliti 'case study' untuk program latihan akan datang. Walaupun guna ChatGPT.Guna...
02/10/2024

Berpinar biji mata dan pusing kepala meneliti 'case study' untuk program latihan akan datang. Walaupun guna ChatGPT.

Guna ChatGPT jangan guna kosong-kosong tanpa tahu apa-apa. Tanya soalan, dapat jawapan dan terus salin, tampal dan guna. Itu penggunaan ChatGPT yang tidak bijak.

Itu sebabnya pada awal ChatGPT keluar saya agak skeptikal. Saya risau apa sahaja yang dihasilkan adalah hasil teknologi yang langsung tidak dimurnikan dengan pemikiran manusia yang penuh dengan kebijaksanaan, nilai dan pertimbangan-pertimbangan tertentu.

Lama kelamaan, saya belajar sendiri dan bertanya sana dan sini. Saya juga dengar komentar para pendidik di universiti, pemilik organisasi dan sebagainya. Seperti biasa pasti ada baik dan buruknya.

Akhirnya apa yang saya belajar adalah gunakanlah ChatGPT untuk memudahkan kerja kita. Namun kena ada ilmu tentang apa yang kita terokai itu. Jika tidak ia tiada beza sangat pun dengan kita meng'goggle' maklumat.

Apapun jawapan yang diberikan kita kena teliti. Kena sahkan dengan pengetahuan yang kita ada atau dengan sumber lain. ChatGPT seharusnya membantu kita berfikir bukan mempercepatkan kerja kita semata-mata.

Dengan proses dan teknik yang betul barulah kita dapat memurnikan dapatan ChatGPT dan menjadikan hasil kerja itu lebih autentik.

Terima kasih Coach Amirul Mannan kerana beri izin saya baca buku ebooknya untuk saya meneroka penggunaan chatGPT. Kini rasa skeptikal itu telah saya ketepikan kerana saya tahu chatGPT membantu saya membuat kerja bukan membuat kerja saya.

Tips dari seorang penjual nasi lemak jika ingin memasak telur dengan cepat dan jimat minyak.Pastikan telur ayam itu sese...
28/06/2024

Tips dari seorang penjual nasi lemak jika ingin memasak telur dengan cepat dan jimat minyak.

Pastikan telur ayam itu sesegar mungkin.

Penjual nasi lemak itu beritahu, untuk telur sepapan yang kurang segar dia akan menggunakan minyak masak lebih daripada 1 kilogram. Jika segar telurnya - kurang daripada sekilo.

Begitulah penjimatan minyak dan masa yang dia dapat. Telur pun lebih cantik. Tips yang sangat berguna untuk semua peniaga yang menggoreng telur.

Throwback sedikit - tak lama pun, hari Sabtu lepas. 😁Selama ini kami jual karipap, kek dan kuih-muih sahaja. Tiba-tiba d...
14/02/2022

Throwback sedikit - tak lama pun, hari Sabtu lepas. 😁

Selama ini kami jual karipap, kek dan kuih-muih sahaja. Tiba-tiba dapat pesanan minta Bubur Jagung Manis. Memang tidak pernah buat untuk jumlah yang banyak. Biasanya masak untuk keluarga kami yang kecil, setakat 2 hingga ke 3 tongkol jagung sahaja.

Tetapi yang memesan ini adalah Kakak Ipar Admin maka sukarlah rasanya hendak menolaknya. Apatah lagi dia kata dia teringat bubur jagung arwah emak Admin dan dia rindukannya. Oleh kerana Admin memang masak bubur jagung guna resepi arwah emak Admin maka Admin pun setuju.

Hasilnya - 50 bekas Bubur Jagung Manis. Alhamdulillah. Admin puas hati sebab bubur ini pun untuk diedarkan untuk ahli keluarga Admin. Puas hati Admin kerana dapat bagi cucu-cucu arwah Emak rasa bubur jagung dengan resepi nenek mereka.

Admin pun harap Kakak Ipar cm pelanggan Admin pun puas hati dengan hasilnya. Yang penting dapat mengembalikan memori dahulu.

Memori manis semanis bubur jagung itu lebih mahal harganya daripada sebongkah emas.

McDonalds pun sukar hendak dapatkan kentang. Kami yang kecil-kecil ini pun kadang-kadang puas merayau cari kentang.... W...
26/01/2022

McDonalds pun sukar hendak dapatkan kentang. Kami yang kecil-kecil ini pun kadang-kadang puas merayau cari kentang....

We feel you.

SHAH ALAM: Masalah logistik di peringkat global menyebabkan Mcdonald's Malaysia berdepan kekurangan bekalan kentang goreng sehingga menyebabkan ia terpaksa ‘mencatu’ hidangan itu dengan hanya menawarkan set bersaiz sederhana bermula 24 Januari lalu.

Sarapan Apa Hari Ini?Hahahaha... S**a betul hati apabila jumpa Laksa Terengganu hari minggu lalu. Bukannya apa, bukan mu...
24/01/2022

Sarapan Apa Hari Ini?

Hahahaha... S**a betul hati apabila jumpa Laksa Terengganu hari minggu lalu. Bukannya apa, bukan mudah hendak jumpa hidangan ini di tempat Admin tinggal.

Orang kata Laksa Terengganu ini ada 2 versi, versi putih dan versi merah di mana versi merah ini sedikit pedas. Admin pun tidak pernah jumpa versi merah ini.

Di mana lagi ada Laksa Terengganu? Nak cari versi yang lebih mengancam.

14/01/2022

Jauh musafir ke Bandar Bera
Singgah sebentar di Kuala Pilah
Rojak Ibrahim katanya juara
40 tahun rasanya menyerlah......

Jom kita dengar review. Sedap ke rojak Ibrahim ni? Pernah cuba? Apa kata kongsikan pengalaman makan di sini.

S**a pakcik ini dapat 4 biji kek buah kukus ini. Anaknya belikan sebagai bekalan untuk mereka berjalan-jalan ke selatan ...
27/10/2021

S**a pakcik ini dapat 4 biji kek buah kukus ini. Anaknya belikan sebagai bekalan untuk mereka berjalan-jalan ke selatan tanah air.

Kek Buah Kukus Milmilan ini masih belum dilancarkan secara rasmi tapi sudah ada pembeli. Wahhhhhhh.... 😎😎😎😉

Nanti kita share lagi.

Sabtu ini, 28.8.2021.Ada hantar karipap ke area Mont Kiara.PM segera. Nombor di bawah.
26/08/2021

Sabtu ini, 28.8.2021.
Ada hantar karipap ke area Mont Kiara.

PM segera. Nombor di bawah.

MUDAHNYA RESEPI Ala-ala Mee Kolok ini.Musim PKP ini memang menjerihkan kita. Tidak terkecuali di dalam masakan kita. Ter...
10/07/2021

MUDAHNYA RESEPI Ala-ala Mee Kolok ini.

Musim PKP ini memang menjerihkan kita. Tidak terkecuali di dalam masakan kita. Terperangkap di rumah mungkin menyebabkan kita berasa bosan dengan masakan yang hampir sama setiap hari.

Kali ini Admin ingin berkongsi kongsi yang berinspirasikan daripada menu popular di Sarawak, iaitu mee kolok. Bahan-bahannya pun mudah sahaja.

Bahan-bahan

3 bungkus mee segera berperisa ayam.
200 gram dada ayam didadu.
200 gram daging kisar.
1 cawan bawang puting didadu
Minyak masak
1 tbs sos tiram
1.5 tbs kicap cair
2 tbs kicap manis
Lada sulah secukupnya.
1 tsp minyak bijan.
Daun bawang secukupnya.

Cara Memasaknya.

Minyak Bawang Putih
1. Tumis sedikit bawang putih di dalam minyak.
2. Tos minyaknya dan ketepikan.

Lauk ayam / daging
3. Tumis bawang putih
4. Masukkan ayam / daging
5. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis.
6. Gaul rata
7. Masukkan lada sulah
8. Masak sehingga sos memekat.
9. Masukkan minyak bijan.

Sup
10. Didihkan air
11. Masukkan 2 peket perencah ayam dari mee segera.
12. Masukkan daun bawang.

Mee kerinting.
13. Celur mee segera.

Cara Hidangan

Letakkan mee di atas pinggan atau mangkuk. Masukkan pilihan lauk
Renjisan minyak bawang putih
Sup sebagai hidangan sampingan.

Siap untuk dinikmati. Hidangan ini ala-ala mee kolok ye. Mee Kolok di Sarawak juga yang sedap. Resepi di atas bolehlah kita hidangkan untuk kita pelbagaikan menu juga pengubat rindu hendak melancong.

Cubalah. Resepi di atas adalah untuk hidangan 3-4 orang.

Hati-hati di luar sana. Jangan keluar melainkan benar-benar perlu.

Jika anda sampai ke Bandar Kajang dan teringinkan cendol, mee goreng mamak ataupun rojak bolehlah cari di persimpangan J...
26/06/2021

Jika anda sampai ke Bandar Kajang dan teringinkan cendol, mee goreng mamak ataupun rojak bolehlah cari di persimpangan Jalan Mendaling dan Jalan Tukang. Ataupun carilah Maybank Kajang pasti jumpa gerai ini yang terletak bersebelahan Tokong Buddha.

Gerai ini sudah puluhan tahun menjual hidangan ini dan menjadi pilihan penduduk Bandar Kajang. Bukanlah terbaik seantero Malaysia tetapi antara pilihan yang ada di Bandar Kajang.

Orang Kajang panggilnya cendol tokong atau cendol Jalan Mendaling. Daripada 5 bintang Admin bolehlah bagi 4 bintang.

Tadi Admin beli 4 bungkus cendol biasa dan sebungkus mee rojak. Harganya sangat berpatutan untuk keluarga Admin. Lebih kurang harga sekilo durian kampung.

Nota:
Tempoh hari Admin beli durian kampung sekilo RM15.

Hari ini Admin dengar dalam radio akan perbincangan tentang masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Admin juga teringat...
24/06/2021

Hari ini Admin dengar dalam radio akan perbincangan tentang masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Admin juga teringat ada lebihan ayam goreng dari hidangan semalam.

Maka admin fikir-fikir bagaimana mahu ’sihatkan’ lagi ayam goreng itu dan inilah menunya.

Selamat mencuba!

Sandwich Ayam ‘Left-over’

Bahan-bahan

3 keping roti penuh serat ; dibakar kosong
1/2 biji bawang besar ; dihiris
1 biji tomato ; dihiris
2 - 3 helai daun salad pilihan anda ; koyakkan
2 sudu besar salad dressing pilihan anda
1 sudu sos cili / tomato
1 ketul ayam goreng

Cara-cara penyediaan

- carikkan daging ayam
- gaulkan daging ayam dengan salad dressing
- susun roti dan bahan-bahan lain mengikut cara anda
- potong dua

* untuk pilihan lebih sihat, ayam goreng bolehlah digantikan dengan ayam panggang atau ayam rebus.

Selamat menjamu selera

Sempena Hari Bapa hari ini, kami ingin kongsikan satu resepi mudah, Popia Isi Ketam. Bolehlah dimasak untuk bapa tersaya...
20/06/2021

Sempena Hari Bapa hari ini, kami ingin kongsikan satu resepi mudah, Popia Isi Ketam. Bolehlah dimasak untuk bapa tersayang hari ini.

Resepinya seperti berikut :

Bahan-bahan

Filet ketam - 250 gram dipotong halus
Kacang panjang - 2 helai dihiris
Lobak merah - 100 gram disagat
Bawang merah - sebiji didadu
Kiub ayam - 1 ketul
Garam dan gula
Sesudu minyak masak
Lada sulah
Kulit popia

Cara memasak

a. Tumis bawang merah
b. Masukkan kiub ayam
c. Tumis lobak merah dan kacang panjang
d. Perisakan dengan garam, gula dan lada
e. Masukkan filet ketam dan gaul rata
f. Angkat dan sejukkan
g. Gulung isi dengan kulit popia.
h. Goreng sehingga kuning keemasan.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Selamat Hari Bapa.

Address

Kajang
43000KAJANG

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Milmilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share