13/06/2026
MARI, KITA KE SEKOLAH YANG DAPAT QURAN ANDA
Tuan puan yang diredhai Allah SWT,
Syukur Alhamdulilah, Al-Quran yang tuan puan infaqkan tersebut berada di tangan para pelajar dari Sekolah Rendah Agama Jaim Bukit Beruang 2, Melaka pada 13.1.26 iaitu hari Selasa.
Sebanyak 180 naskah quran telah dihantar ke sekolah tersebut untuk memberikan kemudahan pelajar untuk membaca, belajar dan mendalami ayat-ayat Allah SWT.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan tuan puan selama ini. Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan telah membantu menyebarkan kalam Allah kepada generasi akan datang.
🤲 Ya Allah, jadikan infaq para penginfaq ini sebagai amal jariah yang berpanjangan. Murahkan rezeki mereka, tenangkan hati mereka, pelihara keluarga mereka dan kurniakan keberkatan dalam setiap urusan mereka.
Semoga setiap huruf yang dibaca daripada Al-Quran ini menjadi saham pahala yang terus mengalir buat mereka. Amin ya Rabbal 'Alamin.
📌 Jemput sambung infaq di komen pertama.