07/05/2026
Alhamdulillah 🤲
Meh sini aku cerita sikit 😂
Budak ni datang rumah sejak hari pertama lagi. Masuk hari ke-4 atau ke-5, memang dah mula rasa was-was dengan gerak-geri depa. Semalam, depa dah berjaya ambil satu biji Zillion HLC masa hari ke-5.
Masuk hari ke-6, iaitu 7 Mei, macam biasa aku susun balik barang atas meja. Masa pegang kotak tu rasa ringan semacam. Bila buka… memang dah tak ada.
Dalam kepala masa tu memang dah terbayang siapa yang ambil, sebab semalam cuma dua orang je datang.
Aku terus bagitahu family, sambil cuba tenangkan diri dan redha Tengah hari tu ada customer datang tengok barang , Dalam hati aku terfikir, “Kalau budak tu datang lagi hari ni, memang bodoh la dia.”
Tak sampai seminit, betul-betul depa datang. Tiga biji motor, lima orang sekali datang rumah. Masa tu aku dah well prepare . Aku WhatsApp bini bagitahu budak tu dah datang, dan aku mula snap gambar depa untuk simpan bukti, senang nak viralkan kalau jadi apa-apa.
Dalam masa sama, bini aku record video secara senyap dari tingkap. Lepas tu bini aku WhatsApp suruh aku buat-buat pergi dari situ , pastu aku pun pergi rumah jiran depan, buat-buat borak.
Tak sampai tiga minit, depa mula gerak cepat-cepat , aku terus tanya bini aku dorang ada amek barang atau tak ? Mula-mula dia kata tak nampak apa-apa. Tapi bila tengok balik, rupanya Antares dengan Tatula p**a hilang.
Masa tu memang confirm depa yang ambil. Terus kami viralkan. Tak sampai sejam, budak kampung berjaya tangkap depa dan bawa datang balik ke rumah.
Jumpa p**a Antares dan Tatula bawah seat motor depa 😂
Lagi satu Zillion yang hilang tu kami suruh depa pegi amek balik dekat rumah depa.
Alhamdulillah, masih ada rezeki.
Kalau budak tu tak datang lagi hari ni, memang rezeki terus Zillion tu 😂
Betul lah kata orang, tamak selalu rugi.
Tapi ape pun , aku tetap salute depa berani ambil berani datang walaupun kena paksa ke ape ke tetap datang hantar barang curi , semoga korang kaya dapat beli reel ng aku nanti .