Pembeli Emas Fahmi

Pembeli Emas Fahmi Surat Pajak Cina & Ar-Rahnu Dengan Harga Paling Tinggi Kayangan❗️

FAKHMI EMAS SDN BHD
202301009279 (1503200P)

CAWANGAN KANGAR, JITRA & POKOK SENA

Pembeli Semua Jenis Emas Suasa, Emas Pound, Emas Pusaka, Emas Siam, Patah Kemek Putus.

05/09/2026

Rantai tangan kakak ni nampak bentuk diamond tapi sebenarnya bukan batu. Kakak ni nak guna duit tolong suami. Kita test semua bahagian rupanya emas 916.

03/09/2026

Cincin emas 750 kakak ni kita cabut banyak batu. Kakak ni jual untuk anak tengah sekolah & bayar yuran PIBG

01/09/2026

Persediaan pasukan lumba perahu semakin rancak menjelang Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026!

Alhamdulillah, tahun ini EMAS FAHMI berpeluang menjadi salah satu penaja pasukan yang bakal berentap dalam acara lumba perahu di Kuala Perlis.

Semoga segala persiapan
dipermudahkan dan team Katak Puru, Kampung Seberang Jaya terus semangat membawa nama Malaysia dan Perlis!

Rezeki makcik ni pun salah seorang beli emas masa dapat pengeluaran KWSP masa tengah Covid dulu. Seronok betul dia hari ...
01/09/2026

Rezeki makcik ni pun salah seorang beli emas masa dapat pengeluaran KWSP masa tengah Covid dulu. Seronok betul dia hari ni dia datang jual.

Kedai kita buka macam biasa. Emas 916 memang hitam bila kita bakar. Kalau emas mutu 950-999.9 tak hitam.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69 🇲🇾. Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang ...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69 🇲🇾. Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni, saling menghormati dan terus maju bersama.

Ikhlas daripada EMAS FAHMI. Kami cuti dan beroperasi semula pada Selasa 1 September 2026.

29/08/2026

Rantai leher emas lama ni emas 950 mutu dan nilai lagi tinggi. Rezeki dapat manfaatkan emas pusaka bahagi sesama waris

“Dah lama simpan niat nak bawa mak ayah dan anak-anak pergi umrah, alhamdulillah kali ini Allah permudahkan.”Begitulah l...
29/08/2026

“Dah lama simpan niat nak bawa mak ayah dan anak-anak pergi umrah, alhamdulillah kali ini Allah permudahkan.”

Begitulah luahan seorang wanita yang mengambil keputusan untuk melepaskan emas seberat 82.35 gram demi membawa ramai insan tersayang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Menurutnya, emas-emas tersebut bukan sekadar barang kemas, namun menjadi salah satu simpanan yang dimanfaatkan apabila tiba masa dan tujuan yang lebih bermakna.

Lebih menyentuh hati, keputusan itu dibuat bukan semata-mata untuk diri sendiri, sebaliknya kerana mahu mencipta kenangan bersama ibu bapa yang berusia dan anak-anak selagi mereka masih diberikan kesempatan dan kesihatan untuk ke Tanah Suci.

Semoga urusan umrah mereka sekeluarga dipermudahkan, diberikan kesihatan sepanjang beribadah dan mendapat umrah yang mabrur.

Ikuti perkembangan EMAS FAHMI. Kami membeli semua gred emas 375-999.9 harga tinggi kayangan di Pokok Sena, Jitra & Kangar.

Tak sangka emas yang diberikan arwah ibu kepada anak angkatnya selepas sekian lama akhirnya dilepaskan selepas arwah men...
27/08/2026

Tak sangka emas yang diberikan arwah ibu kepada anak angkatnya selepas sekian lama akhirnya dilepaskan selepas arwah meninggal dunia.

Wanita itu merupakan anak angkat kepada seorang ibu yang tidak mempunyai anak kandung. Sejak kecil dia dibela dan dijaga seperti anak sendiri malah turut menerima rantai leher emas, tanah dan rumah daripada arwah.

“Rantai lama ini arwah mak bagi. Sekarang kak jual nak bayar hutang dan uruskan perniagaan yang ditinggalkan,” katanya.

Walaupun emas-emas tersebut merupakan pemberian daripada insan yang membesarkannya sejak kecil, wanita itu percaya dengan ikhtiar menjual semula dapat membantu menyelesaikan tanggungjawab yang ditinggalkan arwah.

Semoga hasil daripada emas pemberian arwah itu dapat membantu melangsaikan segala urusan yang tertinggal serta memudahkan perjalanan perniagaan yang diamanahkan.

Ikuti perkembangan EMAS FAHMI. Kami membeli semua gred emas termasuk emas lama harga tinggi kayangan di Pokok Sena, Jitra & Kangar.

27/08/2026

Rantai tangan lipan ni berongga dalam kosong. Kakak ni nak renovate dapur di rumah. Berapa berat daki yang susut?

Dua beradik perempuan nekad membawa rantai tangan seberat 66.31 gram untuk dijual bukan kerana mahu membeli barang kemas...
26/08/2026

Dua beradik perempuan nekad membawa rantai tangan seberat 66.31 gram untuk dijual bukan kerana mahu membeli barang kemas baru atau berbelanja, sebaliknya mereka sedang cuba membantu ayah yang kini terlantar lumpuh.

Apatah lagi ayah mereka kini sudah berusia lebih 80 tahun dan berdepan keadaan lumpuh. Pada usia sebegitu, perhatian serta keperluan ayah menjadi keutamaan buat kedua-dua anaknya.

Sejak keadaan ayah berubah, banyak perkara perlu diberi perhatian. Keperluan harian dan penjagaan juga menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.

“Kami jual emas ni sebab ayah lumpuh. Nak bantu keperluan ayah.” ujar salah seorang daripada mereka.

Rantai tangan 66.31 gram itu akhirnya bukan sekadar menjadi barang kemas yang dijual, tetapi satu pengorbanan dua orang anak demi insan yang pernah banyak berkorban untuk mereka.

Semoga pengorbanan dua beradik ini dapat memberi sedikit kelegaan buat keluarga dan memudahkan urusan menjaga ayah tercinta.

Ikuti perkembangan EMAS FAHMI, kami membeli emas dan surat pajak harga tinggi kayangan di Pokok Sena, Jitra & Kangar.

Address

Kangar ( Taman Sena ) , Jitra ( Belakang Yawata ) & Pokok Sena ( Berdekatan Simpang Empat Balai Polis )
Jitra

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembeli Emas Fahmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pembeli Emas Fahmi:

Shortcuts

Share