Kor SUKSIS UMP

Kor SUKSIS UMP KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) UMPSA SUKSIS ialah singkatan kepada nama Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi. VIII).

Kor ini ditubuhkan sebagai pilihan kepada aktiviti kokurikulum universiti. Penubuhannya adalah merupakan salah satu daripada program negara melalui Polis Diraja Malaysia yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tentang ilmu kepolisan. Dari segi perundangan, penubuhan Kor SUKSIS adalah mengikut Akta Polis 1967, kuasa-kuasa penubuhan Kor Kadet Polis (Bh

g. XI) dan Pasukan Sukarelawan Polis, PVR (Bhg. Kor SUKSIS adalah di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum universiti. Dengan adanya Kor SUKSIS, ianya menjadi satu landasan bagi mewujudkan satu barisan sukarelawan polis simpanan yang sentiasa bersedia untuk digembelingkan bagi menyahut seruan negara apabila diperlukan.

Sempena Tahun Baru 2025 ini, kami warga Kor Suksis UMPSA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada seluruh r...
01/01/2025

Sempena Tahun Baru 2025 ini, kami warga Kor Suksis UMPSA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾🎉

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, kejayaan, dan kesejahteraan kepada kita semua. Dalam semangat perpaduan, marilah kita terus maju bersama sebagai sebuah negara yang kuat dan bersatu.

Semoga setiap cabaran tahun ini akan memperkukuh semangat juang kita untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, sama ada dalam akademik, kerjaya, mahupun kehidupan seharian.

Akademi Adab UMPSA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Kor SUKSIS Pantai Timur (S...
08/12/2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Kor SUKSIS Pantai Timur (SUKMO 2.0) kini kembali! Berikut adalah maklumat terperinci mengenai acara ini:

Tarikh: 29 - 30 November 2024
Masa: 8.30 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Kampus Paya Besar

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang berhormat,Senior Assisten Komisioner Polis Dato, Mohammad Noor bin Yusof Ali dan beberapa tetamu kehormat lain.

Kejohanan ini amat bermakna kerana julung kalinya UMPSA menjadi tuan rumah. Kami juga berbangga untuk memaklumkan bahawa kontinjen UMPSA telah berjaya merangkul pingat 2 emas, 1 perak, dan 3 gangsa dalam kejohanan ini.

Sehubungan itu, kami menjemput seluruh warga UMPSA untuk hadir bersama-sama memeriahkan acara ini dan memberikan sokongan kepada kontinjen universiti kita.

Sekian, terima kasih atas sokongan anda.

Akademi Adab UMPSA

[MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, PENYERAHAN JAWATAN KOR SUKSIS 2024]Pada 16 November 2024 bertempat di WDKU-01, telah be...
20/11/2024

[MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, PENYERAHAN JAWATAN KOR SUKSIS 2024]

Pada 16 November 2024 bertempat di WDKU-01, telah berlangsung Majlis Mesyuarat Agung Tahunan dan Penyerahan Jawatan Kor Suksis 2024 yang dihadiri seramai 94 pelatih Kor Suksis UMPSA.

Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden Kor Suksis, diikuti oleh ucapan Timbalan Presiden I dan Timbalan Presiden II yang membincangkan usaha-usaha pemantapan Kor Suksis UMPSA.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti dan kewangan sesi 2023/2024 oleh Setiausaha Agung dan Bendahari Agung, yang kemudiannya disahkan oleh para pelatih Kor Suksis UMPSA.

Majlis juga menyaksikan pembubaran Jawatankuasa Agung Skuad 14 dan pelantikan Jawatankuasa Agung Skuad 15, yang melibatkan pertukaran jawatan Presiden, Timbalan Presiden I, Setiausaha Agung, dan Bendahari Agung.

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Presiden baharu, KS83419 Muhammad Soleh Bashoan Bin Baharuddin, sebelum ditutup oleh pengacara majlis dengan nyanyian lagu "Sedia Berkhidmat."

Akademi Adab UMPSA

Assalamualaikum & Salam SejahteraPERHATIAN KEPADA SEMUA CALON‼️*KAMPUS GAMBANG SAHAJA*Aktiviti : UJIAN FIZIKAL Masa : 8....
15/10/2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON‼️

*KAMPUS GAMBANG SAHAJA*

Aktiviti : UJIAN FIZIKAL
Masa : 8.30 a.m sehingga selesai
Tarikh : 19/10/2024 (Perempuan) @ 20/10/2024 (Lelaki)
Tempat :Pejabat Kor Suksis

——————————————

*KAMPUS PEKAN SAHAJA*

Aktiviti : UJIAN FIZIKAL
Masa : 2.00 PM - 6.00 PM sehingga selesai
Tarikh : 16- 17/10/2024
Tempat :Pusat Akademik Adab, Kampus Pekan

Sekian, terima kasih.

Akademi Adab UMPSA

PENGAMBILAN PELATIH KOR SUKSIS UMPSA SESI 2024/2025Terlebih dahulu kami warga Kor-SUKSIS mengucapkan ribuan tahniah kepa...
03/10/2024

PENGAMBILAN PELATIH KOR SUKSIS UMPSA SESI 2024/2025

Terlebih dahulu kami warga Kor-SUKSIS mengucapkan ribuan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya bagi melanjutkan pelajaran anda di UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Al-SULTAN ABDULLAH ( UMPSA ).

Untuk pengetahuan anda, Kor - SUKSIS merupakan salah satu antara kursus yang ditawarkan bawah subjek kokurikulum yang memberi kelebihan kepada seseorang mahasiswa atau mahasiswi untuk ditauliahkan sebagai seorang “INSPEKTOR SUKARELAWAN POLIS” apabila berjaya menamatkan kursusnya selama 6 semester bersamaan 3 tahun tempoh pengajian. Pelbagai aktiviti menarik akan anda alami setelah menyertai kami.

Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada kami?, Ayuh sertai Kor - Suksis UMPSA sekarang! kedatangan anda sangatlah dialu-alukan bagi menceburi kursus Kor-SUKSIS ini. Bagi mendapatkan maklumat yang selanjutnya, pelajar boleh masuk ke dalam grup telegram yang telah disediakan oleh pihak kami.

Jangan lupa untuk hadirkan diri anda di booth kami di Hari Terbuka Mahasiswa pada 12 sehingga 13 Oktober 2024. Jumpa anda semua disana.

Link Telegram: https://t.me/+LKmoparGw7o1N2Q1

JUMPA ANDA DI SANA 💪🏻

Akademi Adab UMPSA

23 sehingga 24 September 2024 | Kursus Renang dan Pertolongan CemasPelatih Kor-SUKSIS Universiti Malaysia Pahang Al-Sult...
02/10/2024

23 sehingga 24 September 2024 | Kursus Renang dan Pertolongan Cemas

Pelatih Kor-SUKSIS Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menjalani Kursus Asas Renang dan Pertolongan Cemas pada 23 sehingga 24 September 2024 bertempat di Pusat Selaman UMPSA, Akademik Adab , Pekan, Pahang. Kursus ini telah dihadari seramai 69 orang pelatih Kor-SUKSIS, 2 pegawai, 3 jurulatih Kor-SUKSIS dan 3 jurulatih yang telah dijemput khas dari Pasukan Kadet Maritim Malayisa ( PASKAM).

Kursus ini melatih para pelatih untuk belajar cara asas berenang, cara menampungkan diri di dalam air, menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan di dalam air, dan pertolongan cemas ketika terdapatnya mangsa lemas.

Pihak Kor-SUKSIS UMPSA mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih jemputan dari Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami warga Kor-SUKSIS.

16 DISEMBER 2023 | SabtuSeramai 77 pelatih Kor-SUKSIS Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menyertai Kejo...
31/12/2023

16 DISEMBER 2023 | Sabtu

Seramai 77 pelatih Kor-SUKSIS Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menyertai Kejohanan Sukan Kor-SUKSIS Pantai Timur (SUKMO) bagi tahun 2023 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu sebagai tuan rumah bertarikh pada 16, 24 dan 25 Disember 2023. Turut hadir bersama ASP Mohd Adwam Bin Mahmud, Pengawai Penyelaras Kor-SUKSIS UMPSA, SJN Zulkifly Bin Yaakob dan KPL Mohamad Rozali Bin Jusoh, Jurulatih Kor-SUKSIS UMPSA.

Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Kor-SUKSIS Pantai Timur (SUKMO) 2023 telah dirasmikan oleh SUPT/KS Muzafar Bin Mohd Din. Kor-SUKSIS UMPSA berjaya membawa pulang 1 pingat emas bagi acara Larian 2.4 KM , pingat perak bagi acara Futsal dan pingat gangsa bgi acara Esports dan berjaya meraih tempat Ketiga keseluruhan yang melibatkan 7 Universiti Zon Pantai Timur.



Sempena hari bersejarah pada tanggal 31/8/1957, Warga Kor Suksis UMPSA mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ba...
31/08/2023

Sempena hari bersejarah pada tanggal 31/8/1957, Warga Kor Suksis UMPSA mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Address

Universiti Malaysia
Gambang
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor SUKSIS UMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share